Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi dan Idea Masak Lauk Sahur Bulan Puasa

Resepi dan Idea Masak Lauk Sahur

Sempena memasuki bulan ramadhan yang mulia ini ramai yang mula cari idea masak lauk sahur. Mungkin golongan isteri dan ibu mula pening kepala apa yang nak disediakan semasa sahur kan? Kita ingin berikan menu yang terbaik untuk keluarga supaya mood puasa mereka dalam keadaan baik dan ceria selalu.

Penting untuk anda fikirkan idea masak lauk sahur, namun apakata anda ikuti sahaja senarai resepi cadangan kami yang boleh buatkan anda tenang dan tidak pening memikirkan soal resepi sepanjang bulan ramadan.

Senarai Resepi Idea Masak Lauk Sahur

Sebagai inisiatif untuk anda, ada beberapa idea masak lauk sahur yang anda boleh pillih. Cadangan resepi yang diberikan serta disediakan oleh kami adalah berdasarkan kemudahan dan resepi yang ringkas untuk anda buat.

Berikut adalah merupakan resepi dan idea masak lauk sahur untuk anda:

Resepi Asam Pedas Pari

Idea Masak Lauk Sahur
Idea Masak Lauk Sahur

Bahan-Bahan Kisar:

  • Cili kering segenggam
  • Bawang besar 3 ke 4 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Halia 2 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Lengkuas 1 inci
  • Blend semua

Cara Masak:

  • Tumis dulu sesudu halba baru masukkan bahan blend. Masuk kan sekali serai 3 batang, daun limau purut 3-4 helai. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan ikan pari gaul sekejap. Masukkan air asam jawa. Cairkan atau pekat kan air asam jawa ikut nak pekat ke nak cair asam pedas tu.
  • Masukkan daun kesom banyak2, bunga kantan sekuntum belah dua. Perasakan siap

Nota : Asam pedas jikalau nak bagi pekat, bahan blend mesti sama banyak dengan ikan. Contoh kalau ikan tu dalam semangkuk. Bahan blend pun semangkuk. Lepas tu air asam jawa perlu pekat.

Resepi Kerabu Toge + Daun Selom + Kerang

Idea Masak Lauk Sahur
Idea Masak Lauk Sahur

Bahan-Bahan:

  • *5 tangkai Cabai kering (yg direbus)
  • * Cili hidup 2biji
  • *Cili padi( ikut suka byk mna)
  • * Sedikit lengkuas hiris halus2
  • * Sedikit halia dihiris
  • * Serai 2batang dihiris
  • *Sedikit belacan
  • *Santan
  • Kerisik
  • Gula
  • Garam
  • Daun selom
  • Toge
  • Kerang

Cara Masak :

  • Bahan-bahan yang bertanda, perlu dikisar bersama secawan santan. Kisar biar agak lumat. Jika lumat tuang dalam mangkuk atau besen kecik.
  • Hiris daun selom, Kemudian rendam sekejap dengan air garam. Perlu gaul lepas tu tapiskan.
  • Masukkan dalam mangkuk yang berisi bahan kisar tadi. Toge dicelur sekejap lalu ditoskan.
  • Masuk juga dalam mangkuk tadi. Gaul kesemuanya dahulu. Kemudian, masukkan isi kerang, bawang merah yang dihiris,gula,garam dan kerisik. Gaul biar semua dah cukup rasa.
  • Masuk air perahan limau kasturi untuk rasa yang lagi sedap.
  • Siap untuk dimakan

Resepi Sotong Stim Thai

Idea Masak Lauk Sahur

Bahan-bahan :

  • Sotong
  • Bawang putih dalam 7 ulas
  • Cili padi ikut tahap kepedasan sendiri
  • Kicap sotong
  • Gula pasir / gula somtam
  • Serbuk pati ayam
  • Air perahan limau
  • Daun dan akar ketumbar

Cara Masak:

  • Cuci bersih sotong kemudian kukus dlm 5 minit. Jangan lama-lama nanti sotongnya jadi keras liat
  • Dalam kuali masukkan gula somtan / gula pasir dengan akar ketumbar,cili padi dan bawang putih yang di cincang kasar. Masukkan juga air limau dan serbuk pati ayam.
  • Guna api perlahan masak sampai sos mendidih dan gula larut. Kemudian boleh tambah separuh hirisan daun ketumbar. Kacau sebati rasa semua baik cukup masam,manis,pedas dan masin boleh padam api
  • Sotong yang sudah siap di rebus tadi buangkan airnya simpan dlm 1 sudu makan.
  • Kemudian boleh tuang sos atas sotong yang dah direbus. Taburkan lagi hirisan daun ketumbar dan hirisan limau sebagai hiasan.
  • Siap untuk dihidang.

Resepi Ayam Goreng Berlado

Idea Masak Lauk Sahur

Bahan-Bahan:

  • Ayam(ikot korang nak letak byk mn ayam..klu byk,double lah bahan2)
  • *3 biji bwg merah besar (sy guna yg besar penumbuk tangan kita,baru sambalnya jd byk)
  • *3,4 ulas bawang putih
  • *4,5 biji lada kecil(terpulang pd korang klu nak pedas lagi,tambah lerr lada kecik lg)
  • *5,6 biji lada besar(merah n hijau)
  • 3,4 helai Daun limau purut
  • Serai sebatang
  • 1 atau 2 Asam keping
  • Garam ajinomoto atau secukup rasa

Cara Masak:

  • Goreng ayam terlebih dahulu. Gaul bersama kunyit sikit dan garam.
  • Blender bahan yang bertanda *.
  • Tumis bahan blend.
  • Kacau semasa menumis sehingga pecah minyak, lalu masukkan serai dan asam keping. Masuk daun limau purut dan kemudian keronyok daun limau purut.
  • Masukkan ayam yang sudah digoreng.
  • Gaul sebati, kalau rasa kuahnya nampak kering sedikit, tambah air sedikit untuk elak hangit.
  • Masukkan secukup rasa.
  • Hidangan siap untuk dinikmati.

Dengan perkongsian idea masak lauk sahur kali ini diharapkan dapat membantu persediaan lauk pauk sahur anda dengan terbaik!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati