Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah

Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah

Kebanyakan tempat menarik Kelantan 2024 yang popular dan sering menjadi lawatan pelancong luar lebih tertumpu kepada kawasan pasar, tempat makan menarik, destinasi bersejarah dan juga kawasan pantai.

Selain itu, Kelantan menawarkan kos pelancongan yang murah dari segi harga makanan, penginapan dan lain-lain. Senang cerita tempat menarik Kelantan 2024 amat terkenal dengan keunikan makanan dan pelbagai.

Senarai Tempat Menarik Kelantan 2024

Berikut adalah dikongsikan senarai tempat menarik Kelantan 2024 yang anda perlu kunjungi dan lawati dengan gembira.

Pasar Terapung Pulau Suri

419908016 699217945608543 4620730961439387586 n
Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah 12
52968549 1039621722905666 6673183523513303040 n
Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah 13

Cukup sinonim suasana di Thailand, Anda boleh temuinya di Kampung Pulau Suri, Tumpat. Untuk anda yang ingin mencari makanan popular orang Kelantan, bolehlah ke pasar terapung ini menikmati suasana dan membeli juadah makanan orang setempat. Memberi pengalaman ke pasar terapung yang unik untuk anda.

Disini juga anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lain yang menarik disediakan disana. Pelbagai tarikan dan seni budaya Kelantan dipamerkan. Rugi kalau anda tidak mengambil peluang untuk bergambar bersama keluarga.

Alamat : Pasar Terapung Pulau Suri, Kampung Pulau Suri, Tumpat, Kelantan
Waktu Operasi Pasar Terapung Pulau Suri
10.30 am – 12.30 tengahari ( Hari Sabtu sahaja)

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Screenshot 2024 02 14 162851
Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah 14
Screenshot 2024 02 14 162831
Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah 15

Anda pasti terkejut dengan Pasar Wakaf Che Yeh yang memang sangat besar! Terlalu banyak produk yang anda boleh tilik, boleh jadi 2jam masa anda ambil untuk cuci mata sahaja. Pasar ini beroperasi pada malam dan sehingga waktu pagi esoknya.

Barangan yang dipamerkan disini juga harganya boleh dikatakan sangat murah dan berbaloi. Terdapat banyak pilihan produk jualan yang sangat pelbagai seperti:

  • Pakaian wanita
  • Aksesori wanita
  • Tudung
  • Seluar jeans
  • Jersey bola dan macam-macam lagi.
Alamat : 2028, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Dibuka pada setiap hari
6.00 pm – 3.00 am

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Screenshot 2024 02 14 163025
Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah 16
Screenshot 2024 02 14 163009
Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah 17

Berhampiran dengan negara Thailand, Rantau panjang adalah destinasi yang merupakan salah satu tempat menarik Kelantan 2024 untuk anda berbelanja runcit atau borong. Bahkan di sini juga menjadi kegilaan wanita apabila banyak menawarkan barang-barangan seperti pinggan mangkuk, periuk belanga, toto, sudu garfu dan macam-macam lagi yang menarik.

Apa yang membezakannya dengan Pasar Pengkalan Kubor adalah dari segi harga dan juga pilihan yang ada. Rantau panjang cenderung dengan budaya orang Thai, jadi anda boleh menikmati keenakan masakan Thai yang terkenal dengan pedas dan sedap.

Alamat : Jalan Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200, Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
9.00 am – 8.00 pm ( setiap hari)

Pasar Siti Khadijah

Screenshot 2024 02 14 163150
Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah 18
Screenshot 2024 02 14 163136
Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah 19

Pasar ini adalah antara pasar yang boleh mengimbau masa lalu anda. Pelbagai perkara yang menarik ditawarkan disini termasuk barangan dan makanan tradisional yang rare. Destinasi pasar basah dan kering ini menawarkan pelbagai produk menarik untuk dibeli serta ideal dalam dijadikan buah tangan untuk jiran tetangga.

Antara barangan yang menarik untuk anda lihat adalah:

  • Pakaian-pakaian
  • Kain wanita
  • Kain ela
  • Alatan untuk solat
  • Barang kraftangan
  • Perkakasan hantaran perkahwinan dan sebagainya.
Alamat :Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Pasar Siti Khadijah
7.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Screenshot 2024 02 14 163318
Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah 20
Screenshot 2024 02 14 163303
Tempat Menarik Kelantan 2024 untuk Cuti Sekolah 21

Ia hampir sama dengan Rantau Panjang, namun Pengkalan Kubor menawarkan suasan yang berbeza. Ia juga merupakan kawasan bebas cukai seperti di Padang Besar, Perlis atau di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Bermula pada pukul 10 pagi sehinggalah ke petang.

Anda boleh membuat lawatan dan melihat sendiri suasana pasar yang bercampur dengan tradisi Thai. Boleh juga anda menjenguk untuk membeli barang-barang seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, coklat, jersey, handbag, pakaian wanita dan lain-lain. Apa yang lebih menarik, Anda boleh mencari makanan santai orang setempat di gerai-gerai yang berdekatan seperti masakan mee celup, mee chambul, pulut ayam, pulut mangga, ais krim baba dan lain-lain. Sangat sedap!

Alamat : Tumpat, 16080, Kelantan
Waktu Operasi Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur
9.00 am – 5.30 pm

Demikianlah senarai tempat menarik Kelantan 2024 yang anda boleh kunjungi bersama keluarga. Rancang percutian anda dengan kemampuan anda, namun di Kelantan percutiannya adalah sangat berbaloi dan murah. Jom ke tempat menarik Kelantan 2024.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati