Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Ayam Masak Kari

Resepi ayam kari 2
Resepi Ayam Masak Kari

Pada hari ini, saya nak kongsikan beberapa resepi ayam masak kari yang sangat mudah untuk kita sediakan. Masakan ni memang sangat sedap dan merupakan menu yang sangat popular di Malaysia.

Sesiapa yang nak belajar masak ayam kari ni, bolehlah ikut resepi yang saya sediakan kali ini. Walaupun cara masak simple dan bahan-bahan pun mudah nak cari tapi hasilnya insha Allah sedap.

Resepi Ayam Masak Kari Simple dan Bahan-bahan Nya

Himpunan Resepi Ayam Masak Kari

Sebelum nak masak, kenalah sediakan bahan-bahan dulu. Korang boleh sediakan bahan-bahan macam kat bawah ni:

Bahan-bahannya:

  • Empat biji bawah merah kecil
  • Tiga ulas bawang putih
  • Minyak masak
  • Satu inci halia
  • 2 tangkai daun kari
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Kayu manis
  • Lima ketul ayam mengikut bahagian ayam yang disukai
  • Dua setengah sudu serbuk kari yang telah dibancuh dengan air
  • Satu cawan air
  • Dua biji ubi kentang
  • 1/2 santan cair
  • Garam mengikut cita rasa sendiri

Cara Penyediaan

  1. Masukkan 4 biji bawang merah kecil dan 3 ulas bawang putih ke dalam minyak panas.
  2. Masukkan satu inci halia, dua tangkai daun kari, bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis ke dalam minyak panas tadi.
  3. Masukkan dua sudu setengah serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
  4. Gaul sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan lima ketul ayam yang telah dipotong.
  6. Tuang satu cawan air.
  7. Masukkan dua biji ubi kentang yang telah dipotong.
  8. Tutup dan tunggu sehingga kentang lembut.
  9. Masukkan 1/2 cawan santan cair.
  10. Masukkan garam secubit dua mengikut cita rasa anda.
  11. Hidangan sedia untuk disajikan.

Resepi Ayam Masak Kari Sedap dan Bahan-bahan Nya

4 Resep Masakan Kikil Sapi Lezat dan Praktis

Yang rajin sikit nak masak bolelah ikut resepi yang satu ni.

Bahan-bahannya:

  1. Minyak masak.
  2. Rempah 4 sekawan.
  3. Bawang besar.
  4. Bawang putih.
  5. Halia.
  6. Rempah kari ayam.
  7. Cili kisar.
  8. Daun kari.
  9. Sedikit air.
  10. Ayam.
  11. Kentang.
  12. Air asam Jawa.
  13. Garam.
  14. Perasa.
  15. Santan.
  16. Daun kari.
  17. Bawang goreng.

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan minyak dan rempah empat sekawan.
  2. Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dipotong.
  3. Masukkan rempah kari dan cili kisar.
  4. Masukkan daun kari dan sedikit air.
  5. Masukkan ayam dan kentang.
  6. Gaul sehingga sebati dan tutup kuali.
  7. Masukkan air asam jawa, garam dan perasa.
  8. Masukkan santan dan tutup periuk.
  9. Masukkan daun kari dan bawang goreng.
  10. Boleh dihidangkan bersama dengan roti bakar untuk minum petang.

Resepi Ayam Masak Kari Diet Tanpa Santan dan Bebas Minyak

Resep Tongseng Ayam yang Gurih Lezatnya Bikin Lupa Diri

Untuk anda yang nak makan kari ayam tapi tengah dalam diet dan lebih memilih yang tidak berminyak boleh cuba menu ini.

Bahan-bahannya

  1. Bawang putih
  2. Bawang merah
  3. Bawang besar
  4. Daun kari
  5. Bunga lawang
  6. Cengkih
  7. Kulit kayu manis
  8. Buah pelaga
  9. Cili padi
  10. Ayam
  11. Kunyit
  12. Halia
  13. Bancuhan rempah kari
  14. Air
  15. Tomato
  16. Garam

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air.
  2. Masukkan hirisan bawang putih, bawang merah ,bawang besar, daun kari, bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga .
  3. Didihkan sehingga semua bahan-bahan ini layu.
  4. Masukkan cili padi.
  5. Masukkan ayam yang telah dipotong dan diperap dengan serbuk kunyit dan sedikit hirisan halia.
  6. Gaulkan dengan rata.
  7. Tutup periuk dan masakkan seketika di atas api yang kecil.
  8. Masukkan bancuhan rempah kari.
  9. Gaul sehingga sebati.
  10. Tutup periuk dan tunggu agar rempah kari masak sepenuhnya.
  11. Tambahkan air.
  12. Masukkan tomato dan garam.

Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Lepas ni anda semua dah boleh masak ayam kari sendiri di rumah dengan pelbagai bahan yang sangat mudah untuk didapati. Diharapkan dengan perkongsian resepi ini anda berjaya mempelajari satu resepi baharu.

Darimanakah asal usul ayam kari?

Ayam kari merupakan hidangan yang berasal dari benua kecil India.

Dimanakah ayam kari terkenal?

Ayam kari terkenal di benua kecil India, Asia Tenggara, Britain dan Caribbean.

Apakah yang terdapat dalam kari ayam dari India?

Kari khas dari benua India terdiri daripada ayam yang dimasak dengan sos bawang dan tomato dengan halia, bawang putih, cili, kunyit, jintan, ketumbar dan kayu manis.

Bagaimanakah ayam masak kari dimasak di Asia?

Ayam masak kari dimasak di Asia dengan campuran rempah yang telah dibuat sebelumnya iaitu serbuk atau pes kari.

Apakah bahan yang mudah didapati di India dalam pembuatan ayam masak kari?

Bahan yang mudah didapati di India dalam pembuatan ayam masak kari ialah daun kari dan juga kelapa.

Bagaimanakah ayam masak kari dihidangkan?

Ayam masak kari sering dihidangkan bersama dengan nasi atau roti.

Bagaimanakah ayam masak kari boleh dipekatkan?

Ayam masak kari boleh dipekatkan dengan menggunakan santan.

Bilakah ayam kari berkembang ke Amerika Utara?

Ayam kari berkembang ke Amerika Utara pada awal tahun 1800 an.

Bagaimanakah ayam masak kari berkembang ke Amerika Utara?

Ayam masak kari berkembang ke Amerika Utara apabila seorang kapten laut British yang ditempatkan di India berkongsi resepi hidangan kari ayam dengan beberapa rakannya di pelabuhan di Savannah dan Georgia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati