Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

2 Cara Celcom Check Balance dan Cara Topup Celcom

WhatsApp Image 2024 03 03 at 5.49.59 PM

Cara Celcom check balance dan cara topup celcom merupakan dua perkara utama yang biasa dilakukan oleh pengguna Celcom apabila menggunakan perkhidmatan tertentu. Check balance ialah menyemak jumlah wang atau nilai yang masih ada dalam akaun pengguna, manakala topup membolehkan pengguna menambah nilai atau kredit ke dalam akaun tersebut.

Walaupun langkah-langkah bagi kedua cara ini berbeza, namun langkah asasnya biasanya mudah diakses dan difahami. Disini kami menyediakan 2 cara Celcom check balance dan cara topup Celcom dengan mudah.

Bagaimana Cara Celcom Check Balance?

cara celcome balance

Berkenaan Celcom Check Balance

Terdapat 2 Cara Celcom check balance iaitu anda boleh memilih sama ada dial di telefon atau semak di Aplikasi Celcom. Tujuan Celcom check balance ini adalah untuk mengetahui jumlah baki (wang atau nilai) yang masih ada dalam akaun anda.

Cara Celcom Check Balance

Cara celcom check balance ada dua iaitu melalui:

Dial di Telefon

Ini merupakan kaedah paling mudah untuk menyemak baki kredit anda dengan membuat panggilan terus ke nombor *124#

Semak di Aplikasi Celcom

Aplikasi ini kini tersedia untuk semua pengguna Celcom, tidak kira sama ada pengguna menggunakan pekan Postpaid atau Prepaid

Aplikasi Celcom Life boleh diakses melalui salah satu pautan berikut :

  • Google Play – bagi pengguna Android
  • App Store – bagi pengguna IOS

Setelah memuat turun aplikasi, log masuk ke akaun anda dan baki kredit anda akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut.

Panduan Topup Nombor Celcom

WhatsApp Image 2024 03 03 at 5.52.37 PM

Bila Kena Topup Nombor Celcom?

Selain Celcom check balance, nombor Celcom juga perlu di tambah nilai. Ianya perlu ditopup apabila tempoh tambah nilai sebelumnya telah tamat atau hampir tamat.

Cara Topup Nombor Celcom

Antara cara topup nombor Celcom adalah seperti dibawah:

1. Melalui isi pin

  1. Beli dahulu baucar topup yang mengandungi nombor 16 digit
  2. Pilih amaun topup yang dihendaki
  3. Pastikan cukup 16 digit pincode tersebut
  4. Dail *122*16-digit pincode# (di telefon boimbit anda)
  5. Contoh: *122*1355167880245651#
  6. Pastikan nilai kredit anda adalah sama dengan amaun yang dibeli
  7. Selesai

2. Melalui Aplikasi Celcom

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar, menambah nilai kredit dalam Aplikasi Celcom Life mungkin lebih mudah. Berikut merupakan langkah-langkah untuk membeli topup Celcom melalui aplikasi :

  1. Buka aplikasi Celcom Life
  2. tekan ‘reload’
  3. pilih ‘denomination’
  4. pilih ‘payment method’ dan tekan seterusnya
  5. Anda akan dibawa terus ke bahagian pembayaran
  6. Selesai

3. Beli Topup Melalui Shopee

Tahukah anda sebenarnya anda boleh topup telefon anda secara online sahaja iaitu menerusi aplikasi Shopee. Selain memudahkan dan menjimatkan masa, shopee juga selalu membuat penawaran tambah nilai dengan harga yang lebih murah.

Kebiasaannya, Shopee menawarkan potongan sehingga 4% bagi semua ahli. Sebagai contoh, jika anda ingin topup RM10, anda hanya perlu bayar sebanyak RM9.57 sahaja. jika RM50 anda hanya perlu bayar sebanyak RM47.88 sahaja dan begitulah nilai yang seterusnya.

Walaupun tidak banyak tapi lebih menjimatkan. Bagi anda yang ingin beli topup menerusi aplikasi Shopee, anda boleh merujuk cara-cara dibawah

  1. Buka aplikasi Shopee dan klik pada bahagian ‘Tickets, Top-ups & Bills’ kemudian pilih ‘Mobile Reload’
  2. Kemudian pilih telco bagi nombor telefon anda (contoh: Celcom)
  3. Seterusnya masukkan nombor telefon yang digunakan dan pilih jumlah tambah nilai yang anda mahu
  4. klik ‘Checkout’
  5. Pilih cara bayaran sama ada menggunakan ShopeePAy, kad kredit/debit, perbankan online, dan sebagainya. Seterusnya, klik pada ‘confirm & Pay now’
  6. Jika sudah berjaya, topup akan terus masuk ke dalam nombor telefon anda selepas beberapa minit. (klik pada “View Order Details” untuk mengetahui lebih lanjut)
  7. atau jika anda menggunaka direct topup, tambah nilai tersebut akan terus masuk ke nombor telefon. Manakala jika anda memilih pin reload, anda akan menerima nombor pin untuk anda gunakan pada bahagian ‘Order Details’
  8. Selesai

Hubungi Customer Servis Celcom

Anda juga boleh menghubungi pihak customer service celcom untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara celcom check balance dan cara topup celcom.

  • 019-601 1111

Soalan FAQs Berkenaan Celcom Check Balance

Topup celcom tahan berapa lama ?

Tempoh sah bagi kredit Celcom adalah bergantung kepada amaun atau nilai reload tersebut. Jika nilai reload RM10, maka ianya sah selama 10 hari.

Bagaimana jika pin tidak sah ?

Anda boleh pergi semula ke tempat yang anda beli. jika pin telah digunakan, pihak penjual perlu membuat laporan kepada Celcom atau vendor yang menguskan sistem tersebut.

Adakah selamat celcom check balance online?

Ya, ia adalah selamat untuk digunakan dengan merujuk aplikasi rasmi Celcom.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati