Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Harga Buat Lesen Kereta Naik Bermula 1 Mac 2024

Harga Buat Lesen Kereta Naik Bermula 1 Mac 2024

Memasuki bulan Mac 2024, bermula kenaikan cukai SST 8%. Netizen turun menyaksikan harga buat lesen kereta naik. Perkara ini mendapat liputan hangat di media sosial kerana harga dahulu telah berubah. Sebelum ini cukai SST dikenakan sebanyak 6% sahaja.

Walaubagaiamanpun, isu harga buat lesen kereta naik ini adalah berdasarkan kenaikan biasa kerana 2% sahaja. Negara Malaysia juga adalah merupakan negara dengan kadar pengenaan cukai yang rendah berbanding negara-negara lain.

Berkenaan Harga Buat Lesen kereta Naik

Kenapa Harga Buat Lesen Kereta Naik?

harga buat lesen kereta naik
Harga Buat Lesen Kereta Naik Bermula 1 Mac 2024 4

Jika disemak balik, kenaikan harga buat lesen kereta adalah kerana kenaikan SST 8% melalui senarai cukai SST yang dikenakan dalam pelbagai industri perkhidmatan. Berdasarkan senarai tersebut, perkhidmatan latihan dan belajar memandu mungkin termasuk dalam kumpulan G.

Kumpulan G dikenakan kenaikan 2% daripada 6% sebelum ini yang menjadikkannya 8% keseluruhannya. Kemungkinan kenaikan ini digunapakai tempat belajar memandu seluruh cawangan Malaysia. Perkara ini dapat dipastikan apabila tular di media sosial, Facebook Hamka mengenai harga terbaru lesen belajar memandu ini.

Berapa Harga Buat Lesen Kereta?

harga buat lesen kereta naik 1

Berdasarkan gambar diatas, dapat dipastikan bahawa sebelum ini harga buat lesen D adalah RM1166 sebelum 1 Mac 2024. Kemudiannya harga terbaru buat lesen kereta adalah RM1251.28. Ia adalah mengambil kira beberapa perkhidmatan seperti:

  • KPP01
  • KPP02
  • KPP03
  • Ujian Komputer
  • Ujian Kelayakan (QTI)
  • Insurans
  • Caj Urusan

Keseluruhan kenaikan untuk semua jenis perkhidmatan diatas adalah sebanyak RM85.28. Harga terbaru tersebut juga mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook antaranya:

Banyak juga ya. Rm85 ringgit just cukai shj.
Sy perhatikan, media berita dan cybertrooper cuba down play impak cukai baru 8% ni dgn menyebut hanya aktiviti hiburan spt karaoke, hotel dan golf yg kena cukai, tapi hakikatnya yg kena lebih menyeluruh. Bila dah start implement, baru tahu.

Mohd Hafiz Shamshuddin

Murah lagi ni bang..

Abe Pik

tahun 1997, pada saat itu harga emas hanya RM30 per gram, nasi goreng paprik RM1.80 sepinggan, hutang negara pun rendah, kos mengambil lesen L & ujian memandu (manual) adalah RM600. So kalau kos RM1,251.28 pada tahun 2024 (berbanding RM600 27 tahun yang lalu), dalam situasi ekonomi dunia yg merudum, hutang negara yg tinggi, harga emas RM318 per gram, adakah RM1,251.28 itu keterlaluan?

Iskandar Idris

Merujuk komen-komen yang diberikan, ada sebahagian yang mengakui sebut harga tersebut masih relevan dan murah serta ada juga sebahagian yang lain menganggap ianya adalah mahal. Bagi sesetengah pihak yang tidak berkemampuan, tidak perlu risau kerana kerajaan juga masih meneruskan bantuan lesen memandu kepada mereka yang layak.

Cukai Berkenaan Kenderaan Naik

Menurut perkongsian sebelum ini, harga servis kereta juga akan naik seiring dengan kos cukai perkhidmatan yang lain. Untuk servis kereta, kenaikan adalah dikenakan keatas kos buruh sahaja. Sebelum ini pihak Proton juga memaklumkan bahawa selepas 1 Mac 2024 akan ada perubahan dari segi kenaikan kos bayaran upah.

Selain itu, bayaran untuk insurans kenderaan juga dinaikkan dengan 8% kerana sektor insurans adalah tergolong dalam perkhidmatan di dalam kumpulan I. Kenaikan ini juga telah mula dimaklumkan oleh pelbagai pengusaha kumpulan insurans.

Dengan pelbagai kenaikan cukai SST terbaru ini dan juga harga buat lesen kereta naik adalah kenaikan kadar yang normal dan masih terendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Bagi rakyat Malaysia pula, anda boleh membuat piihan dalam mengatur serta menggunakan perkhidmatan mengikut keperluan.

Soalan Faqs Berkaitan Harga Buat Lesen Kereta Naik

Kenapa harga buat lesen naik?

kerana ia adalah dibawah sektor perkhidmatan yang melibatkan beberapa perkara dan caj.

Berapa Harga terbaru buat lesen kereta 2024?

Berdasarkan harga semasa kemungkinan diantara RM1250-RM1300 bagi lesen kereta D/DA. Sebelum ini adalah harga lingkungan RM1116 berdasarkan beberapa cawangan pusat belajar memandu.

Berapa umur terbaru buat lesen kereta?

Setakat ini kerajaan masih belum mengumumkan umur terbaru untuk ambil lesen dan masih kekal dengan umur 17 tahun dan ketas.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati