Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Kuih Muih Untuk Juadah Berbuka Puasa

Himpunan Resepi Kuih Muih Untuk Juadah Berbuka Puasa

Bulan Ramadan sememangnya sinonim dengan hidangan istimewa yang disediakan untuk berbuka puasa. Selain juadah utama, resepi kuih muih tradisional turut menjadi pelengkap wajib untuk mengakhiri saat berpuasa dengan kenikmatan tersendiri. Legasi kuih-muih warisan ini telah diwariskan turun-temurun, menjadi sebahagian budaya masakan masyarakat kita.

Justeru, pada bulan yang mulia ini, admin akan kongsikan beberapa resepi kuih-muih tradisional yang mudah untuk dicuba di rumah. Resepi ini menggunakan bahan-bahan asas yang senang didapati, ringkas tetapi memberikan kelazatan yang memukau. Langkah demi langkah disediakan secara terperinci untuk memudahkan anda menghasilkan kuih-muih istimewa ini.

Panduan Lengkap Berkenaan Resepi Kuih Muih yang Anda Boleh Buat Dirumah

Sila ikuti resepi-resepi yang kami sediakan untuk menghasilkan kuih-muih tradisional yang menyelerakan dibulan puasa. Mulakan berbuka dengan kuih-muih warisan yang penuh dengan citarasa kegemaran. Selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kemakmuran.

Resepi Kek Pisang Marveles (Bakar/Kukus)

IMG 20240314 143810 421

Bahan A:

  • 1 cawan pisang yang dilumatkan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak sayur/minyak masak atau mentega cair
  • 3 biji telur gred A
  • 3 sdm susu pekat manis
  • 1 sdt esen vanilla

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara Menyediakan:

  1. Pukul gula, telur, esen vanila, susu pekat dan minyak selama 3-5 minit atau hingga berwarna putih.
  2. Masukkan pisang yang dilumatkan dan kacau rata.
  3. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil dikacau dengan spatula hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas tahan panas.
  5. Untuk membakar: Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 45-60 minit atau hingga masak.
  6. Untuk mengukus: Kukus selama 45-60 minit atau hingga masak.

Resepi Kuih Apam Gula Merah

IMG 20240314 144059 221 1

Bahan A:

  • 200 gram gula merah
  • 150 gram gula pasir
  • 600 ml air
  • 3 helai daun pandan, disimpul

Cara untuk Bahan A:

  1. Masak semua bahan A hingga gula larut dan mendidih. Angkat dan biarkan sejuk.

Bahan B:

  • 450 gram tepung gandum
  • 150 gram tepung beras
  • 8 gram ragi instan/yis mauripan
  • Secubit garam

Cara Menyediakan:

  1. Campur semua Bahan B kecuali garam, aduk rata. Masukkan air gula merah (Bahan A) sedikit demi sedikit sambil diaduk rata.
  2. Tambahkan garam, aduk hingga adonan betul-betul sebati dan biarkan mengembang selama +/- 50 menit.
  3. Setelah mengembang, tuang ke loyang brownies 20x20cm yang sudah diolesi minyak.
  4. Kukus adonan selama 30 menit atau hingga matang.
  5. Sajikan apam dengan kelapa parut kukus.

Kelapa Parut Kukus:

  • 1/2 butir kelapa parut
  • Garam secukupnya
  • Daun pandan

Cara-Cara:

  1. Campur kelapa parut dan garam, aduk rata.
  2. Kukus selama 15 minit dengan daun pandan agar wangi.

Resepi Puding Roti

IMG 20240314 143906 299

Kredit resepi : Nurul Shafira

Bahan-bahan

  • 10 keping roti Gardenia, potong empat segi
  • 1 tin (385g) susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 5 sudu besar gula
  • Buah-buahan kering campur (pilihan), rendam seketika dalam air panas

Cara Menyediakan:

  1. Kecualikan roti, blend semua bahan lain hingga sebati.
  2. Sapu mentega pada setiap keping roti dan loyang.
  3. Susun roti di dalam loyang, kemudian tuang adunan blend di atasnya. Tekan-tekan roti agar meresap adunan.
  4. Taburkan buah-buahan kering di atasnya.
  5. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.

Sos Custard

  • 1 tin (385g) susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung custard
  • 4 1/2 sudu besar gula

Cara Menyediakan Sos

  1. Campur tepung custard dengan air, kacau rata.
  2. Tambahkan susu cair dan gula, kacau rata.
  3. Masak di atas api kecil sambil dikacau sehingga mengental dan sedikit pekat.

Hidangkan puding roti panas-panas bersama sos custard yang lembut dan menyelerakan.

Resepi Sagu Gula Melaka

IMG 20240314 143547 101

Kredit: minah ramli

Bahan-bahan:

  • Sagu mutiara
  • Pewarna makanan
  • 1 tin susu cair (boleh ganti dengan santan/susu segar)
  • 2 sudu gula merah
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 helai daun pandan (boleh digugurkan)
  • 1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Masak sagu dengan air yang mendidih sehingga mengembang (menjadi lutsinar).
  2. Basuh sagu dan letak pewarna makanan, biarkan selama 20 minit. Selepas itu, basuh sagu di bawah air paip supaya susu tidak berwarna.
  3. Masak gula merah, gula Melaka, daun pandan dengan 1/2 cawan air. Biarkan hingga sejuk.
  4. Sajikan sagu gula Melaka bersama susu cair/santan/susu segar.

Tips Sagu

  • Pastikan air betul-betul mendidih sebelum masukkan sagu, jika tidak sagu akan hancur.
  • Jangan rendam sagu kerana akan menyebabkannya hancur.
  • Kacau sagu setiap 5 minit supaya tidak berketul.
  • Basuh sagu di bawah air paip dan rendamkan dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
  • Selepas diwarnakan, biarkan selama 20 minit supaya warna meresap, kemudian basuh semula sagu.

Semoga resepi Sagu Gula Melaka yang lembut dan menyelerakan ini menjadi kegemaran anda! Selamat mencuba!

Kuih Putu Pandan Buluh/Kuih Putu Piring

IMG 20240314 145953 362

Bahan-bahan:

  • 150gram tepung beras (disangai untuk lebih ringan)
  • 90-100ml air panas atau air pandan
  • Sedikit pewarna emulco pandan
  • Sedikit pewarna hijau epal
  • Sedikit garam
  • Gula kabung, dihiris nipis untuk inti
  • Kelapa parut untuk pelengkap (dicampurkan sedikit garam dan dikukus sebentar)

Cara Membuat:

  1. Gaul tepung beras, pewarna pandan/hijau epal dan garam hingga rata. Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil diadun sehingga adunan menjadi lembab dan bergerindil (kecuali gula kabung).
  2. Ayak/tapislah adunan tepung beras itu untuk mendapatkan adunan yang halus. (Adunan yang telah ditapis boleh dicampurkan dengan kelapa parut putih jika mahu).
  3. Oleslkan sedikit minyak pada acuan lompang.
  4. Masukkan separuh adunan tepung beras ke dalam acuan lompang.
  5. Kemudian masukkan inti gula kabung yang telah dihiris nipis.
  6. Tutup dengan memasukkan baki adunan tepung beras di atasnya sehingga paras dengan acuan. Jangan terlalu ditekan, hanya letak layang-layang sahaja.
  7. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga kuih masak. Tudung pengukus perlu dibalut dengan kain.

Hidangkan Kuih Putu Pandan Buluh yang telah masak dengan kelapa parut yang telah dikukus bergaram tadi.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati