Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kebaikan Selawat Tafrijiyyah, Terjemahan dan Selawat Tafrijiyyah Rumi

selawat
Kebaikan Selawat Tafrijiyyah, Terjemahan dan Selawat Tafrijiyyah Rumi 4

Adakah anda pernah mengamalkan selawat tafrijiyyah? Sebagai umat Islam di muka Bumi Allah swt ini, terdapat banyak perkara yang boleh dibuat untuk mendapatkan ganjaran pahala. Salah satunya adalah dengan membaca dan mengamalkan selawat tafrijiyyah. Ramai yang tidak pasti mengenai selawat tafrijiyyah ini, dan ia memberi pahala yang sangat mudah untuk capai jika diamalkan setiap hari. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda semua tentang maksud selawat tafrijiyyah, bacaan rumi dan terjemahannya serta kebaikan yang anda boleh nikmati apabila mengamalkannnya.

Apa itu Selawat Tafrijiyyah?

Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang bererti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Sebagai seorang muslim, kita sedia maklum bahawa selawat ke atas Nabi SAW adalah salah satu zikir yang menjadi amalan dalam kehidupan kita. Bahkan, Allah SWT memerintahkan di dalam al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab, 56)

Sabda Nabi Muhammad SAW:

Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat.
(Hadis Riwayat Thabrani)

85120664 105636164355529 6517837953736114176 n
Kebaikan Selawat Tafrijiyyah, Terjemahan dan Selawat Tafrijiyyah Rumi 5

Bacaan Rumi dan Terjemahan Selawat Tafrijiyyah

Berikut merupakan lafaz selawat tafrijiyyah:

 اَللهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلاَمًا تَامَّاعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Bacaan Rumi selawat tafrijiyyah:

“Allahumma solli solatan kamilatan. Wasalim sallaman taammaa. A’laa saidina muhammadinil lazi. Tanhallubihil u’kadu. Watanfariju bihil kurobu. Watukdho bihil hawa iju. Watunaalu bihirro gha’ ib-u. Wahusnu khawaa timi. Wayustasqhol ghomaamu. Biwajhihil karim. Wa ala alihi wasah bihi. Fi kulli lamhatim wanafasim. Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh”

Terjemahan selawat tafrijiyyah:

Maksudnya: Ya Allah limpahkanlah selawat (rahmat) yang sempurna dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, yang menjadi sebab terungkai segala kebuntuan dan terbuka segala kesusahan serta ditunaikan segala hajat dan dipenuhi segala keperluan serta dikurniakan husnu khatimah dan dikurniakan limpahan rahmat dengan keberkatan sosok tubuh (kemuliaan) Baginda SAW dan seluruh ahli keluarga Baginda dan sahabatnya dalam setiap kerdipan mata dan nafas setiap makhluk Engkau miliki.

82110249 2762536557122606 7219503711456854016 n
Kebaikan Selawat Tafrijiyyah, Terjemahan dan Selawat Tafrijiyyah Rumi 6

Kebaikan Mengamalkan Selawat Tafrijiyyah

Terdapat banyak kebaikan yang dibawa oleh amalan Selawat Tafrijiyyah. Berikut adalah beberapa kebaikan jika anda mengamalkannnya dalam kehidupan seharian anda:

1. Dimurahkan rezeki.
2. Kesedihan, kesulitan dan kesempitan hidup akan dilenyapkan oleh Allah SWT.
3. Dilindungi daripada bencana dan bahaya.
4. Cahaya akan dipancarkan dalam hatinya dan juga ditinggikan martabatnya.
5. Hajat akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
6. Suara dan pandangan diterima oleh masyarakat.

Cara Mengamalkan Selawat Tafrijiyyah

Bilakah waktunya untuk membaca Selawat Tafrijiyyah?

Selawat Tafrijiyyah boleh dibaca pada bila-bila masa. Sesetengah Ulama’ mengamalkan bacaan selawat ini sebanyak 11 kali pada setiap kali selepas solat 5 waktu. Selawat ini boleh dibaca juga ketika menghadapi keadaan huru-hara atau tidak menentu atau ketika mempunyai sesuatu hajat.
Merujuk Imam ad-Dainuri r.a.:
Baca 11 x – Setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
Baca 41 x – Setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
Baca 100 x – Setiap selepas solat Hajat beberapa malam dan menyelesaikan masalah.
Baca 313x – Setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
Baca 1000x – Tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Merujuk Imam Qurtubi r.a.:
Baca 41 x / 100x, Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
Merujuk Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.:
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh, InsyaAllah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

Apabila dibaca 3 kali setiap selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.

Soalan FAQs Berkenaan Selawat Tafrijiyyah

Apakah maksud selawat Tafrijiyyah?

Dikenali dengan “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang.

Apakah antara kebaikan mengamalkan selawat Tafrijiyyah?

Dimurahkan rezeki; kesedihan, kesulitan dan kesempitan hidup akan dilenyapkan oleh Allah SWT; dilindungi daripada bencana dan bahaya;
Cahaya akan dipancarkan dalam hatinya dan juga ditinggikan martabatnya; Hajat akan dimakbulkan oleh Allah SWT; Suara dan pandangan diterima oleh masyarakat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati