Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tutorial Cara Daftar ASB Online dan Cara Semak ASB Guna IC

Cara Daftar ASB Online

Tahukah anda cara daftar ASB online? Di sini kami menyediakan cara daftar ASB online serta panduan tentang akaun ASB tersebut. Dengan perkongsian ini, anda dapat mengetahui cara daftar ASB online dengan sanagt mudah.

Pengenalan ASB Online

Cara Daftar ASB Online

Apa itu ASB Online?

Untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan mereka secara dalam talian, ASNB telah mencipta portal pelaburan yang dipanggil myASNB.

Terdapat beberapa kemudahan yang boleh diakses melalui myASNB:

  1. Pelaburan tambahan secara percuma ke dalam akaun unit amanah ASNB
  2. Auto Labur membolehkan anda menetapkan pelaburan secara automatik
  3. Menyiasat rekod transaksi dan baki pelaburan terkini
  4. Menjaga data peribadi dengan mudah
  5. mengurus akaun pelaburan anak-anak penjaga berdaftar yang berusia 18 tahun ke bawah
  6. Pelaburan unit amanah ASNB
  7. Pelabur mesti mengemaskini nombor telefon mereka di mana-mana cawangan ASNB atau ejen sebelum mereka boleh menggunakan myASNB di www.myasnb.com.my

Berapa Dividen ASB Setahun?

Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ia pernah mencecah dua kali ganda sepanjang tahun 1990-an.

Namun begitu, akibat daripada pelbagai sebab, termasuk prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang telah berubah secara ketara berbanding ketika ASB mula dilancarkan, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi yang dijanjikannya pada mulanya.

Berikut merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini :

Dividen ASB Tahun 2022

  • Dividen – 4.60%
  • Bonus – 0.50%
  • Kadar Agihan – 5.10%

Dividen ASB Tahun 2021

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 0.75%
  • Kadar Agihan – 5.00%

SEJARAH PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB 2013-2023

Cara Daftar ASB Online

Syarat Buka Akaun ASB

Sebelum anda mengetahui cara daftar ASB online, anda perlu mengetahui syarat-syaratnya terlebih dahulu. Berikut merupakan syarat-syarat untuk membuka Amanah Saham Bumiputera (ASB):

  1. Warganegara Malaysia :
    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan Berstatus Bumiputera.
  2. Umur :
    • Bagi akaun dewasa, pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
    • Bagi akaun remaja, Pemohon mestilah penjaga berstatus Bumiputera untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun.
  3. Dokumen pengenalan :
    • Mempunyai kad pengenalan (MyKad) yang sah dan berstatus Bumiputera.
  4. Maklumat Penjaga (bagi kanak-kanak bawah 18 tahun)
    • Penjaga mestilah ibu bapa atau penjaga sah yang berstatus Bumiputera dengan dokumen sokonhgan yang sah seperti sijil kelahiran anak dan kad pengenalan penjaga
  5. Alamat tetap :
    • Alamat kediaman tetap di Malaysia pelu disedaiakan semasa pendaftaran.
  6. Deposit Minimum :
    • Deposit minimum untuk membuka akaun ASB biasanya adalah RM10.
  7. Borang Permohonan :
    • Lengkapkan borang permohonan yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Pemohon boleh mengunjungi mana cawangan ASNB atau boleh membuat pendaftaran menerusi portal rasmi ASNB. Anda jua boleh boleh mengunjungi mana-mana ejen ASNB seperti bank-bank tempatan (Maybank, CIMB,RHB, dan lain-lain) untuk memohon pembukaan akaun ASB.

Panduan dan Cara Daftar ASB Online

Cara Daftar Akaun ASB Online Pertama Kali

Cara Daftar ASB Online

Kini, aplikasi myASNB membolehkan anda membuat pendaftaran akaun baharu dengan ciri dan wajah terkini.

Semua tabung unit amanah ASNB mempunyai pelaburan permulaan serendah RM10.

Berikut merupakan cara daftar ASB online :

  1. Muat turun aplikasi myASNB
  2. Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar.
  3. Isikan maklumat di ruang yang disediakan.
  4. Buat proses verifikasi identiti.
  5. Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.
  6. Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.
  7. Pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.
  8. Selesai.

Cara Semak Akaun ASB Online

Cara Daftar ASB Online

Untuk membuat semakan dividen, baki dan penyata akaun anda, sila ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik menu ‘Akaun Saya’
  3. Jumlah baki terkini akan dipaparkan
  4. Anda boleh memuat turun penyata bagi tahun terkini atau tahun sebelumnya dengan memilih menu ‘Penyata’

Merujuk perkongsian mengenai cara daftar ASB online ini, Diharapkan dapat membantu anda melalukan pendaftarn dengan sangat mudah.

Soalan FAQs Berkenaan Cara Daftar Akaun ASB Online

Berapa boleh labur dalam ASB?

Anda boleh membuat pelaburan sehingga mencapai had maksimum yang ditetapkan. Had pelaburan bagi akaun dewasa adalah sehingga 200,000 manakala had pelaburan bagi akaun kanak-kanak pula adalah sehingga RM50,000

Bila ASB umum dividen?

Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun. Semakan pengkreditan boleh dibuat mulai 1 Januari 2024 secara online di Portal MyASNB dan 2 Januari 2024 di Kaunter ASNB

Bagaimana keluar duit ASB?

anda boleh mengeluarkan duit ASB melalui beberapa kaedah seperti melalui kaunter, melalui Portal MyASNB dan melalui Aplikasi MyASNB

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati