Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tutorial Cara Buat Link Whatsapp Online dan Melalui Website

Cara Buat Link Whatsapp

Cara buat link Whatsapp kini lebih mudah dengan carian info-info menarik di internet. Kebiasaaanya link whatsapp dibuat bertujuan memudahkan lagi seseorang untuk memulakan berbualan dengan anda melalui whatsapp terutamanya peniaga.

Peniaga Online kebiasaannya mencipta link Whatsapp mereka sendiri agar orang ramai terus dapat membuat mesej pesanan kepada peniaga dengan hanya klik pada link Whatsapp peniaga tersebut. Oleh itu, di sini kami telah menyediakan cara-cara mencipta link Whatsapp secara mudah dan ringkas.

Bagaimana Cara Buat Link Whatsapp?

Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor

Terdapat banyak cara buat link Whatsapp tanpa nombor yang anda boleh lakukan sendiri dengan sangat mudah. Disini kami menyediakan beberapa contoh cara buat link Whatsapp yang ringkas :

1. Buat link melalui Whatsapp sendiri

Untuk yang tidak tahu, pihak WhatsApp sebenarnya menawarkan fungsi untuk membuat link WhatsApp, tetapi ia terhad kepada pengguna WhatsApp Business sahaja. Berikut merupakan cara membuat link :

  • Buka aplikasi WhatsApp Business anda
  • Klik “Settings”
  • Klik “Business Settings”
  • Klik “Short Link”
  • Copy link tersebut dan anda boleh paste dimana-mana posting anda di media sosial

2. Buat link Whatsapp melalui wa.link

Anda hanya perlu pergi ke laman web di bawah untuk mencipta link:

Kedua-kedua kaedah ini membolehkan anda membuat link Whatsapp tanpa mendedahkan nombor telefon anda. Anda juga tidak perlu menyimpan nombor telefon tersebut menggunakan link.

Cara Buat Link Whatsapp Business

Berikut merupakan cara untuk buat link Whatsapp Business :

  1. Buka aplikasi WhatsApp Business anda
  2. Klik “Settings”
  3. Klik “Business Settings”
  4. Klik “Short Link”
  5. Copy link tersebut dan anda boleh paste dimana-mana posting anda di media sosial

Cara Buat Link Whatsapp Dengan Teks

Cara Buat Link Whatsapp

Penambahan teks di link Whatsapp anda dapat memudahkan lagi urusan seseorang untuk memulakan perbualan terutamanya kepada peniaga. Berikut merupakan langkah-langkah buat link Whatsapp dengan teks :

  1. Taip https://www.wasap.my/
  2. Tambah tanda palang “/” diikuti nombor “6” yang mewakili nombor kod negara.
  3. Kemudian, tambah nombor telefon. Contoh https://wasap.my/60123456789
  4. Tambahkan ayat yang anda ingin tulis pada hujung no,bor telefon (pastikan tiada space)
  5. Contoh : https://wasap.my/60123456789/PesanKekLapis

Cara Buat Link Whatsapp Group

Cara Buat Link Whatsapp

Jika anda merupakan admin group Whatsapp, anda boleh menjemput orang untuk menyertai kumpulan dengan berkongsi link dengan mereka. Pentadbir sentiasa boleh Reset link untuk membuat link jemputan terdahulu tidak sah dan mencipta pautan baru.

  1. Buka chat group WhatsApp, kemudian klik nama group.
  2. Sebagai alternatif, klik lebih banyak opsyen atau menu di sudut atas > Kumpulan maklumat.
  3. Klik Jemput kepada kumpulan melalui link yang tersedia.
  4. Pilih untuk menghantar link melalui WhatsApp atau salin link tersebut.
  5. Jika menghantar melalui WhatsApp, cari atau pilih kenalan, kemudian klik Hantar.
  6. Untuk mengeset semula pautan, klik Reset link > Reset Link.

Dengan berbekalkan panduan serta kaedah buat link Whatsapp yang kami kongsikan ini, anda boleh mencubanya sendiri dengan mudah dan pantas. Hal ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk mencari kenalan baharu atau mencari pelanggan jika anda seorang usahawan dalam talian.

Soalan FAQs Berkenaan Cara Buat Link Whatsapp

Bagaimana buat link whatsapp?

Anda boleh buat link menggunakan beberapa kaedah seperti buat link memlalui whatsapp, buat link di website wasap.my dan buat link di Wa.link

Website apa untuk buat link whatsapp?

Anda boleh layari website Wasap.my atau Wa.link untuk memudahkan urusan anda membuat link Whatsapp

Bagaimana buat link whatsapp ada ayat?

Tambahkan ayat pada hujung nombor telefon yang tertera pada pautan seperti /nakorder

Adakah perlu menyimpan nombor telefon dalam kenalan untuk menggunakan link?

Tidak, anda tidak perlu menyimpan nombor telefon terlebih dahulu sebelum menggunakan link Whatsapp anda.

Bagaimana cara menguji link yang dicipta boleh digunakan atau tidak?

Anda boleh menguji link Whatsapp anda dengan “copy” “paste” di laman sesawang. Jika link anda berfungsi ia akan secara automatik terus masuk ke aplikasi Whatsapp lalu serta merta anda boleh memulakan berbualan atau penghantaran mesej dengan cepat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati