Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Pinjaman Peribadi Maybank Serta Jenis Pinjaman Peribadi Maybank

Jadual Pinjaman Peribadi Maybank

Jom ketahui jadual pinjaman peribadi Maybank! Ada banyak jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pelbagai institusi kewangan. Berdasarkan ciri dan syarat kelayakan bagi memohon produk atau pelan tersebut mungkin berbeza-beza mengikut bank. Bagi maybank mereka menyediakan pinjaman peribadi yang lengkap dan sesuai dengan rakyat malaysia yang memerlukan bantuan kewangan.

Di bawah adalah dikongsikan daripada Sistem Guru Online berkenaan dengan jadual pinjaman peribadi maybank serta penerangan pinjaman peribadi maybank.

Berkenaan Pinjaman Peribadi Maybank dan Jadual Pinjaman Peribadi Maybank

Ikuti maklumat lanjut berkenaan pinjaman peribadi dan pembiayaan secara konvensional dan islamik serta maklumat lengkap jadual pinjaman peribadi Maybank.

Apa Itu Pinjaman Peribadi Maybank?

Pinjaman peribadi Maybank adalah merupakan sebuah produk pelan pembiayaan secara Islamik dan konvensional yang disediakan oleh Maybank. Ia adalah merupakan pinjaman peribadi secara tidak berjaga yang mana pemohon tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau perlu mengemukakan penjamin dalam urusan permohonan.

Kelebihan Pinjaman Peribadi Maybank

Terdapat beberapa kelebihan yang disediakan oleh pihak maybank kepada para pengguna. Berikut adalah merupakan kelebihan pinjaman peribadi Maybank:

  • Permohonan mudah dan dimana-mana melalui aplikasi MAE.
  • Permohonan lulus secara pantas.
  • Bayaran ansuran bulanan rendah
  • Tidak ada bayaran duti setem
  • Tida ada bayaran pemprosesan
  • Tidak memerlukan penjamin atau cagaran
  • Pelan insurans untuk pengurangan tempoh atau perlindungan peribadi cecah sehingga RM100,000 secara pilihan.

Syarat Kelayakan Pinjaman Peribadi Maybank

Bagi penggunaan syarat kelayakan pinjaman peribadi maybank ini, pihak maybank telah menyenaraikan syarat kelayakan permohonan pinjaman peribadi seperti di bawah:

  1. Mestilah warganegara malaysia
  2. Mereka adalah berumur dari 21 sehingga 60 tahun
  3. Mestilah berpendapatan minima RM3500 atau RM42,000 setahun
  4. Tidak disenaraihitamkan oleh institusi kewangan di Malaysia samada Bank, Koperasi, AEON dan lan-lain.
  5. Tidak mempunyai akaun dibawah pemerhatian khas atau Special Attention Account (SAA)
  6. Bukan dibawah seliaan Agensi Kaunseling dab Pengurusan Kredit (AKPK)
  7. Mestilah status pekerjaan adalah tetap ( penjawat awam)
  8. Telah bekerja selama lebih dari 6 bulan dari syarikat sama dan mempunyai caruman KWSP minima 6 bulan caruman bagi pekerja swasta.
  9. Bagi mereka yang bekerja sendiri, mestilah mempunyai syarikat SSM

Tempoh Pinjaman Peribadi Maybank

Terdapat tempoh pinjaman peribadi Maybank yang boleh dirujuk antaranya dari jadual pinjaman peribadi Maybank dan boleh juga rujuk melalui info dibawah:

Kadar PinjamanTempoh Lama Pinjaman
Minima: RM5,000Minima: 2 tahun
Maksima: RM100,000Maksima: 6 tahun

Kadar Faedah Pinjaman Peribadi Maybank

Kadar faedah pinjaman peribadi Maybank adalah seperti dibawah. Boleh juga rujukan lengkap dan rasmi melalui jadual pinjaman peribadi Maybank:

  • Pinjaman RM5,000 hingga RM20,000, Jumlah faedah tetap adalah 8% setahun
  • Pinjaman RM20,001 hingga RM50,000, Jumlah faedah tetap adalah 7% setahun
  • Pinjaman RM50,001 hingga RM100,000, Jumlah faedah tetap adalah 6.5% setahun

Jadual Pinjaman Perinadi Maybank

Rujukan penting jadual pinjaman peribadi Maybank anda boleh merujuk melalui paparan dibawah. Sumber adalah daripada Maybank:

Jadual Pinjaman Peribadi Maybank
Jadual Pinjaman Perinadi Maybank

Panduan Permohonan Pinjaman Peribadi Maybank

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Maybank

Bagi anda yang ingin membuat permohonan pinjaman peribadi Maybank, ada terdapat langkah seperti dibawah perlu anda ikuti:

  1. Sila pergi laman Maybank Personel Loan
  2. Anda perlu mengisi butiran yang perlu serta lampirkan dokumen-dokumen yang diminta.
  3. Setelah membuat isian, anda perlu menunggu maklum balas daripada Maybank.
  4. Berkenaan amaun pinjaman yang diluluskan oleh pihak Maybank, Ia akan dikreditkan ke akaun pemohon.
  5. Apabila berjaya, anda perlu membuat bayaran bulanan mengikut polisi yang dipersetujui.

Dokumen yang Diperlukan Pinjaman Peribadi Maybank

Bagi membuat permohonan pinjaman peribadi, anda perlu melengkapkan beberapa dokumen yang diminta seperti dibawah:

Dokumen untuk Kakitangan Kerajaan/Swasta/GLC

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKAD) depan dan belakang.
  • Salinan 3 bulan slip gaji.
  • Salinan 6 bulan penyata bank kemasukan gaji (gaji dikreditkan oleh syarikat ke akaun tersebut).
  • Borang BE terkini dengan resit bayaran cukai.

Dokumen untuk Bekerja Sendiri

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKAD) depan dan belakang.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  • Salinan 6 bulan penyata bank syarikat.
  • Borang BE atau e-Form BE dengan resit bayaran cukai.

Maklumat Lanjut Berkenaan Pinjaman Peribadi Maybank

Bagi sebarang maklumat dan persoalan, anda boleh layari laman Pinjaman Peribadi Maybank untuk mengetahui lebih lanjut.

Soalan FAQs Berkenaan Jadual Pinjaman Peribadi Maybank

Berapa lama tempoh kelulusan untuk Maybank Personal Loan?

Permohonan pinjaman peribadi melalui Maybank Personal Loan biasanya diproses dalam masa 48 jam selepas tarikh permohonan diterima.

Apakah caj yang dikenakan jika saya lewat membuat pembayaran?

Sekiranya bayaran tidak dibuat selepas tarikh jatuh tempo, caj bayaran lewat sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas jumlah tertunggak, yang akan dikira dari tarikh bayaran tertunggak hingga tarikh penyelesaian.

Berapa caj yang dikenakan jika saya ingin menyelesaikan pinjaman awal?

Jika anda memilih untuk menyelesaikan pinjaman pada separuh tempoh pertama, caj penyelesaian awal akan dikenakan. Caj ini adalah sebanyak RM200 atau 3% daripada jumlah baki pinjaman, bergantung kepada jumlah yang lebih tinggi.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati