Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Laluan Kerjaya Doktor Bagi Pelajar Lepasan SPM

laluan kerjaya DOKTOR
Panduan Laluan Kerjaya Doktor Bagi Pelajar Lepasan SPM

Mempunyai kerjaya yang baik adalah merupakan impian setiap orang. Ada ramai yang minat untuk pilih laluan kerjaya Doktor selepas mereka tamat belajar diperingkat Sekolah Menengah. Menjadi Doktor adalah merupakan antara kerjaya yang disegani oleh ramai orang kerana ia adalah merupakan kerjaya memerlukan ilmu perubatan.

Persoalan mengenai laluan kerjaya Doktor dapat anda ketahui jawapannya melalui penerangan oleh admin. Terdapat beberapa langkah anda perlu tempuhi sebelum berjaya menjadi seorang yang bergelar Doktor di masa hadapan.

Senarai Laluan Kerjaya Doktor

LALUAN JADI DOKTOR
Panduan Laluan Kerjaya Doktor Bagi Pelajar Lepasan SPM

Bagi pelajar lepasan SPM yang beminat menjadi doktor, berikut adalah merupakan laluan kerjaya Doktor yang anda perlu ikuti:

  1. Mengambil pengajian dalam Program Asasi Sains atau Matrikulasi:
    • Pilih kursus asasi sains atau matrikulasi. Perlu merujuk syarat kelayakan asasi atau kursus mengikut IPT.
  2. Menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS/MD):
    • Lanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti tempatan atau luar negara.
    • Tempoh pengajian kebiasaannya selama lima hingga enam tahun.
  3. Perlu Lalui Latihan Housemanship:
    • Bakal Doktor perlu melalui latihan housemanship selama dua tahun di hospital yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  4. Perkembangan kerjaya melalui Latihan Kedoktoran (Specialist Training):
    • Seorang Doktor boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran tertentu jika ingin menjadi Doktor pakar.

Senarai Bidang Pengajian Doktor

Bidang pengajian perubatan atau bidang Doktor terbahagi kepada banyak jenis dan mempunyai pelbagai bidang. Tawaran bidang ini juga ada ditawarkan samaada di Universiti tempatan atau luar negara. Perkara ini anda perlu merujuk carian sendiri berkenaan tawaran kos. Dibawah adalah merupakan senarai bidang perubatan yang ditawarkan:

  1. Physiology (Fisiologi)
  2. Optometri/ Ophtalmology (Mata)
  3. Medical Microbiology & Immunology
  4. Radiography/Radiology (X-Ray)
  5. Medicine (Ubatan)
  6. Obstectrics & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan)
  7. Biomedical Science
  8. Paediatrics (Kanak-kanak)
  9. Pharmacy (Farmasi)
  10. Surgery (Pembedahan)
  11. Physiotherapy (Fisioterapi)
  12. Otorhinolaryngology
  13. Anaesthesiology (Bius)
  14. Environmental Health / Science (Kesihatan Alam Sekitar)
  15. Veterinar (Haiwan)
  16. Orthopaedics (Tulang)
  17. Nursing Science (Sains Kejururawatan)
  18. Parasitology & Entomology (Parasit / Serangga)
  19. Pathology (Penyakit)
  20. Family Medicine (Perubatan Keluarga)
  21. Forensics (Forensik)
  22. Community Health (Kesihatan Komuniti)
  23. Dentistry (Pergigian)
  24. Oncology (Kanser)
  25. Hematology (Kajian Darah)
  26. Prostetics (Anggota Badan Palsu)
  27. Health Assistant (Pembantu Kesihatan)
  28. Midwifery (Perbidanan)

Senarai dan Deskprisi Tugas Doktor

Kerjaya seorang doktor perubatan secara umumnya adalah merangkumi perkara-perkara berikut:-

  1. Memeriksa pesakit bagi menentukan penyakit.
  2. Membuat pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis.
  3. Memberi khidmat nasihat berkaitan penyakit dan menjalankan kaedah dan rawatan pencegahan. .
  4. Melakukan rawatan perubatan ataupun pembedahan khas.
  5. Menetapkan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan ataupun kecederaan diagnosis.

Tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai perubatan gred U41 boleh dibahagikan kepada tugas umum dan tugas on-call. Antara tugas-tugas umum termasuklah:-

  1. Melakukan rondaan pesakit dalam wad.
  2. Memeriksa pesakit-pesakit baru dan lama.
  3. Membuat pelan rawatan dan membentang setiap kes pada pakar yang bertugas bagi rawatan selanjutnya

Syarat Kelayakan Pegawai Perubatan

Untuk menjadi seorang Doktor, seseorang itu perlu untuk melepasi beberapa syarat kelayakan seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Mempiunyai ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
  • Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) AktaPerubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.
  • Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Berapa Gaji Doktor di Malaysia?

    Gaji Doktor diobawah SPA adalah bermula dari RM2,497 sehingga RM13,256 bagi gred yang paling atas. Kenaikan gaji Doktor pula adalah minima RM225 setahun.

    Berikut adalah merupakan tangga gaji lengkap bagi Doktor dibawah SPA:

    GredGaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan Gaji Tahunan
    UD41RM2,947.00RM9,656.00RM225.00
    UD43RM3,611.00RM10,560.00RM250.00
    UD47RM5,211.00RM11,769.00RM270.00
    UD51RM5,860.00RM12,449.00RM290.00
    UD53RM6,182.00RM13,256.00RM320.00

    Kerjaya Doktor di Malaysia masih mendapat permintaan tinggi dan dibayar dengan gaji yang tinggi. Hal ini, ia memberi dorongan dan motivasi kepada para pelajar untuk memulakan laluan kerjaya Doktor selepas SPM.

    Soalan FAQs Berkenaan Laluan Kerjaya Doktor

    Bagaimana nak jadi Doktor?

    Pertama sekali anda kena mempunyai SPM aliran Sains dan melalui Asasi berkait dan lanjutkan ke ijazah perubatan. Kemudian perlu melalui beberapa latihan sebelum disahkan sebagai seorang Doktor bertauliah.

    Adakah gaji Doktor mahal?

    Ya, gaji seorangf Doktor di Malaysia adalah mahal dengan gaji permulaan hampir RM3,000 dan boleh cecah RM10,000 keatas.

    Adakah boleh pilih bidang pengajian perubatan doktor sendiri?

    Ya, pelajar boleh memilih sendiri bidang pengajian perubatan yang diinginkan seperti cadangan laluan kerjaya Doktor.

    TINGGALKAN KOMEN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    Cikgu Ahmad
    Cikgu Ahmad
    "It always seems impossible until it's done."

    Anda Mungkin Meminati