Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Harga Towing Konkrit Naik Selepas Harga Diesel Naik

Harga Towing Konkrit Naik Selepas Harga Diesel Naik

Harga Towing Konkrit Naik? Syarikat penunda kenderaan dan pengeluar konkrit menaikan harga perkhidmatan susulan peningkatan harga diesel. Sekurang-kurangnya dua pengeluar konkrit, DPG Readymix Sdn Bhd dan LCS Marketing Sdn Bhd, mengesahkan kepada pihak FMT bahawa pihak syarikat meningkatkan harga selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.- Kredit FMT

Ketika dihubungi oleh FMT, jurucakap syarikat berpangkalan di Kelantan, DPG Readymix berkata mereka dimaklumkan tidak layak mendapatkan kad fleet bagi subsidi diesel.

Bila Harga Towing Konkrit Naik?

harga towing konkrit naik

Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan harga terbaru minyak Diesel, beberap syarikat telah menaikkan harga perkhidmatan mereka dikalangan pengguna jentera berdiesel.

Dikatakan bermula 10 Jun harga jualan konkrit naik susulan kenaikan harga Diesel pada 9 Jun lalu.

Berapa Harga Towing Konkrit Naik?

harga towing konkrit naik 1

Dalam masa yang sama, notis daripada LCS Marketing menyatakan bahawa mereka juga menaikkan harga syarikat yang berpangkalan di Pahang itu berkata harga konkrit meningkat kepada RM12 satu meter padu dalam jarak 30km.

“Bagi jarak melebihi 30km, caj tambahan akan dikenakan,” Menurut notis berkenaan. Pihak LCS Marketing mengesahkan notis itu ketika dihubungi dan menyatakan langkah tersebut susulan harga diesel lebih tinggi.

Selain itu, syarikat lain juga dikatakan mengambil langkah sama dengan menaikan harga.

Sementara itu, Hong Guan Towing Service juga mengesahkan pihaknya menaikkan harga perkhidmatan.

harga towing konkrit naik 2

“Tiada subsidi diperuntuk kepada trak penunda,” tertera dalam notis.

Kedai barangan logam, Chuan Soon Heng Sdn Bhd, juga mengeluarkan notis memaklumkan pengguna mengenai peningkatan harga, menyatakan 25% kenaikan ‘caj trak’ berkuat kuasa semalam.

“Selepas semakan mendalam peningkatan kos pengangkutan kami, perkapalan dan produk, kami perlu mengambil keputusan sukar menaikkan harga bagi semua barangan. Caj pengangkutan juga akan disemak,” Menurut kenyataan dalam notis.

Sebab Harga Towing Konkrit Naik

Diantara sebab harga towing konkrit naik adalah kerana kenaikan harga Diesel yang kini cecah RM3.35 seliter bermula 12 tengah Malam pada hari Isnin 10 Jun 2024. Kenaikan ini melibatkan Semenanjung sahaja dan kecualikan Sabah dan Sarawak.

Selain itu dimaklumkan juga Bas Persiaran dan Bas Sekolah mungkin akan menaikkan harga susulan peningkatan harga minyak Diesel yang terbaru.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati