Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tambang Bas Sekolah Bakal Naik Bermula Bulan Ini?

Tambang Bas Sekolah Bakal Naik Bermula Bulan Ini?

Tular di media sosial berkenaan tambang bas sekolah bakal naik ekoran kenaikan harga Diesel. Pemilik bas sekolah tidak menolak kemungkinan akan menaikkan tambang disebabkan kenaikan harga diesel sebanyak RM3.35 seliter 10 Jun lalu berbanding RM2.15 seliter sebelum ini.

Pengusaha bas menyifatkan kenaikan tersebut terlalu tinggi dan membebankan ketika keadaan ekonomi yang masih tidak stabil.

Kenapa Tambang Bas Sekolah Bakal Naik?

tambang sekolah bakal naik
Tambang Bas Sekolah Bakal Naik Bermula Bulan Ini?

Menurut berita Kosmo, Seorang pemandu van sekolah di Johor, Susilah Abdullah 32 berkata, kenaikkan harga diesel ini boleh menyebabkan tambang sekolah dinaikkan kerana menampung kos bahan api.

Menurutnya, kenaikkan tersebut naik terlalu tinggi berbanding harga asal RM2.15 seliter. “Kenaikan harga diesel sudah dijangka tapi terkejut kerana kenaikkan terlalu tinggi, saya jangkakan mungkin naik sedikit. “Kalau harga diesel dah naik sudah tentu tambang sekolah akan turut naik, tetapi kena tunggu berapa sepatutnya tambang yang sesuai untuk dinaikkan,” katanya kepada Utusan.

Menurut pengusaha lain, tambang sekolah yang dikenakan berlainan mengikut jarak rumah ke sekolah. Seorang lagi pengguna Epindi Husain 59 berkata, kenaikkan bahan bakar ini sudah akan menaikkan lagi bahan binaan.

Beliau yang bekerja sendiri dengan membuat kerja-kerja ubah suami rumah terpaksa akur dengan kenaikkan ini dan sudah tentu harga bahan binaan akan naik.

Kerajaan Ambil Maklum Berkenaan Tambang Bas Sekolah Bakal Naik

tambang sekolah bakal naik
Tambang Bas Sekolah Bakal Naik Bermula Bulan Ini?

Menurut pihak kerajaan, Pengusaha bas sekolah dan bas ekspres tidak sepatutnya menaikkan kadar tambang susulan pengumuman kenaikan harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa pada 10 Jun lalu.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengusaha untuk kedua-dua jenis bas itu tidak terkesan dengan kenaikan bahan api tersebut kerana telah diberi subsidi diesel.

“Kenaikan kadar tambang tak sepatutnya berlaku, subsidi diesel ini terus diberikan kepada pengusaha bas ekspres dan bas sekolah. Mereka tidak terkesan susulan daripada kenaikan harga diesel.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

Pengusaha Bas Golongan yang Menerima Subsidi

tambang sekolah bakal naik
Tambang Bas Sekolah Bakal Naik Bermula Bulan Ini?

Kenaikan tambang bas sekolah bakal naik tidak sepatutnya berlaku kerana mereka sudah menerima subsidi dan tidak ada perubahan dari segi itu kerana mereka diberikan kad fleet serta harga Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 iaitu pengusaha bas ekspres dan sekolah kekal pada harga RM1.88 seliter.

Menurut Anthony Loke lagi, beliau mempersoalkan apa yang mendorong mereka nak naikkan harga? Jika soal ini digunakan sebagai alasan dalam menaikkan harga tambang bas sekolah atau bas ekspres, itu tidak sepatutnya berlaku.

Beliau menjawab isu tersebut semasa pada sidang akhbar selepas merasmikan 57th ASEAN Senior Transport Offical Meeting (STOM) pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau juga berkata, bagi bas ekspres, kadar tambang tidak boleh dinaikkan sesuka hati kerana ia adalah di bawah seliaan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Jadi rakyat Malaysia dinasihatkan untuk melaporkan apa-apa kenaikan sekiranya melibatkan bas ekspres.

Tambang Bas Sekolah Bukan Dibawah Harga Kawal

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Bagi bas sekolah pula, merkea tidak kawal harganya, cuma pihak kerajaan galakkan perbincangan antara pengusaha bas sekolah dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Sementara itu, untuk bas persiaran, ia adalah bagi kegunaan untuk pelancongan iaitu bagi pelancong asing, bukan untuk kegunaan harian, jadi tidak dimasukkan subsidi untuk sektor pelancongan.

Menurtnya lagi, beliau mengatakan bahawa Kos pelancongan di negara kita memang cukup kompetitif, mungkin ada sedikit kenaikan kos untuk pelancong asing namun beliau rasa ia boleh diterima untuk pelancong asing dengan keadaan semasa.

Sebelum ini, ada ura-ura mengenai kemungkinan berlaku kenaikan tambang bas ekspres, bas sekolah dan bas persiaran selepas pengumuman kenaikan harga diesel di Semenanjung yang melebihi 50 peratus bermula pada Isnin.

Berkenaan isu tambang bas sekolah bakal naik, ia memerlukan perbincangan dikalangan semua pihak dan boleh diuruskan dengan baik dengan hasil kata sepakat. Dengan keadaan semasa, rakyat perlu mengambil kira-kira pelbagai faktor dan ada yang perlu menerima kenaikan dan perlu diberikan bantuan susulan kesan kenaikan harga diesel terbaru.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati