Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman Jawatan Kosong LGM Jun 2024 Tetap/Kontrak

JAWATAN KOSONG LGM JUN 2024

Makluman mengenai pengambilan jawatan kosong LGM Jun 2024 dengan banyak jawatan kini dibuka untuk semua permohonan pelbagai lapisan dan taraf akademik. Permohonan jawatan LGM ini boleh dirujuk dengan kadar segera melalui siaran iklan lengkap yang kami sediakan untuk anda.

Para calon boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan kosong LGM Jun 2024 yang diwar-warkan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia dengan tawaran kerja adalah tetap dan meliputi pelbagai penempatan dalam negara Malaysia.

Maklumat Jawatan LGM Jun 2024

Untuk permohonan jawatan kosong LGM Jun 2024, adalah dibuka peluang kerjaya sebanyak 7 jenis jawatan kekosongan. Terdiri daripada jawatan minima Ijazah dengan taraf jawatan kosong adalah tetap dan kontrak dibawah LGM. Dibawah adalah merupakan senarai jawatan kosong LGM Jun 2024 yang dibuka :

JawatanBidang KeutamaanPenempatan
PEGAWAI PENYELIDIK Q41/Q43/ Q47/Q51/ Q53AGRONOMI/PATOLOGI TUMBUHAN/FISIOLOGI TUMBUHAN/ PENGURUSAN LADANG/ KEJURUTERAAN PERTANIANKUALA LUMPUR/ MELAKA/PERAK
PEGAWAI PENYELIDIK Q41/Q43/ Q47/Q51/ Q53ΒΙΟΚΙΜΙΑ/BIOLOGI MOLEKUL/FISIOLOGI TUMBUHAN/ HORTIKULTUR/ MIKROBIOLOGI/ KEJURUTERAAN AWAM/ PENGURUSAN LADANG/ SAINS PERTANIAN/ SAINS TANAH/UKUR TANAH/ REMOTE SENSINGI
PEGAWAI PENYELIDIK Q41/Q43/ Q47/Q51/ Q53KEJURUTERAAN MEKATRONIK/ROBOTIK/ KEJURUTERAAN MEKANIKAL/ KEJURUTERAAN KIMIA/ SAINS KIMIA
PEGAWAI PENYELIDIK Q41/Q43/ Q47/Q51/ Q53KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PEGAWAI TADBIR (UNDANG- UNDANG) N48PERUNDANGAN
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41PEMBANGUNAN SISTEM
AKAUNTAN WA41KEWANGAN DAN AKAUN

Tempoh Permohonan Jawatan Kosong LGM Jun 2024

Sebagai pengetahuan anda, Jawatan kosong LGM Jun 2024 dibuka pada 24 Mei 2024 dan akan ditutup pada tarikh tutup 7 Jun 2024 dengan permohonan boleh dilakukan secara atas talian dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia.

Anda boleh mengambil peluang mohon segera untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tempoh permohonan jawatan tamat.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Kosong LGM Jun 2024

Untuk para calon, anda boleh membuat permohon berdasarkan rujukan syarat umum dan syarat khusus yang ditetapkan oleh LGM:

Syarat Umum

  1. Merupakan rakyat Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
  4. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.
  5. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Syarat Khusus

Syarat-syarat khusus adalah seperti di LAMPIRAN A. Anda boleh merujuk maklumat lanjut melalui siaran iklan yang dikongsikan dibahagian bawah.

  • Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara atas talian melalui pautan dalam JADUAL 1 di bawah.
  • Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.
  • Permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke LGM.
  • Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini semasa permohonan dibuat.

Rujukan Iklan Jawatan Kosong LGM Jun 2024

JAWATAN KOSONG LGM JUN 2024

Untuk para calon, Anda boleh merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka LGM ini melalui laman Web rasmi, Lembaga Getah Malaysia.

Cara Mohon Jawatan Kosong LGM

Untuk membuat permohonan, berikut adalah langkah mohon kerja di LGM:

  • Semak iklan tawaran jawatan kosong LGM.
  • Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang secara atas talian melalui pautan berikut di Laman Kerjaya Lembaga Getah Malaysia.

Mohon para calon membuat semakan beberapa perkara sebelum membuat pengesahan permohonan. Pastikan anda menyediakan maklumat permohonan yang betul.

Catat Am

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Walau bagaimanapun, Pengurusan Tertinggi LGM berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan yang telah ditetapkan.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
  3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia / Seksyen Perjawatan di talian 03-9206 2000:
  • Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin/Cik Nur Fa’iqah binti Jasmi (ext: 2205)
  • Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (ext: 2204)

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati