Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Claim Baucar Buku MADANI 2024 RM100 Serta Senarai Buku Cadangan MADANI 2024

Cara Claim Baucar Buku MADANI 2024 RM100 Serta Senarai Buku Cadangan MADANI 2024

Kerajaan Malaysia kini telah mengumumkan penyaluran bantuan baucar buku Madani 2024 yang berjumlah RM100 untuk murid sekolah rendah bermula untuk pelajar tahun 4, pelajar sekolah Menengah dan pelajar IPT.

Baucar Buku Madani 2024 dikatakan boleh digunakan di PBAKL 2024 yang kini sedang berlangsung pada beberapa lalu.

Menurut kerajaan, mereka boleh teruskan dengan penyaluran baucar RM100 dan bagi tahun ini dimulakan dengan diberikan kepada tahun 4 dan keatas untuk mengurangkan tekanan bagi kewangan kerajaan Malaysia.

Turut dijelaskan oleh kerajaan bahawa terdapat panduan jenis buku yang boleh dibeli iaitu seperti Novel klasik Hikayat Hang Tuah, Novel sasterawan negara dan lain-lain. Perkara ini tekah dijelaskan pihak Kerajaan sebelum ini.

Apa itu Baucar Buku Madani?

baucar buku madani 2024

Baucar buku Madani adalah merupakan jenis inisiatif kerajaan dalam menggalakkan dan meningkatkan budaya membaca dikalangan pelajar serta dalam masa yang sama meningkatkan kerancakkan industri buku tempatan sambil membantu para ibu bapa dari segi kewangan untuk memiliki buku.

Sebagai rekod sebelum ini, Kementerian Pelancongan dibawah Seni dan Budaya (MOTAC) telah perkenal program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM) bagi tahun 2022 dan 2021 dengan jumlah RM10. Di zaman 2017 pula diperkenalkan Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia dengan bantuan sebanyak RM250. Ini membuktikan bahawa kerajaab Malaysia sememangnya prihatin dan mempunyai usaha untuk tingkatkan golongan yang suka membaca buku.

Bila Boleh Claim Baucar Buku Madani 2024?

Untuk pengetahuan semua, Baucar Buku Madani 2024 boleh ditebus bermula 31 Mei 2024 dengan mengikuti langkah-langkah penebusan seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia Madani. Bagi tarikh tutup untuk claim Baucar Buku Madani 2024 belum diumumkan lagi setakat ini.

Baucar ini boleh digunakan untuk membuat pembelian apa-apa buku semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang kini sedang berlangsung.

Syarat Kelayakan Baucar Buku Madani 2024

Kerajaan menyatakan bahawa pemberian Baucar Buku Madani 2024 ini diberikan beberapa peringkat mengikut syarat iaitu bagi:

  • Pelajar sekolah rendah bermula dari tahun 4, 5 dan 6
  • Pelajar Sekolah Menengah
  • Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Kadar Bantuan Baucar Buku Madani 2024

Penyaluran bantuan baucar buku Madani 2024 ini adalah diberikan mengikut peringkat umur, bagi pelajar sekolah rendah bermula tahun 4 keatas diberikan baucar sejumlah RM50 dan bagi pelajar sekolah menengah dan pelajar IPT diberikan dengan sejumlah RM100 bagi seorang.

Cara Claim Bantuan Baucar Buku Madani 2024

Untuk claim bantuan baucar buku Madani 2024, disediakan berbeza mengikut peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah serta IPT. Berikut adalah merupakan cara claim bantuan baucar buku Madani 2024:

Cara Claim Baucar Buku Madani 2024 Untuk Pelajar Sekolah

cara claim baucar buku madani 2024
Cara Claim Baucar Buku MADANI 2024 RM100 Serta Senarai Buku Cadangan MADANI 2024 5

Penyaluran baucar buku yang melibatkan murid atau pelajar institusi pendidikan bawah KPM telah diberikan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

  1. Murid boleh log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan seterusnya klik ikon Kota Buku Digital.
  2. Murid boleh mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
  3. Murid/pelajar juga boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI yang disediakan.
  4. Setelah selesai memilih, murid boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
  5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
  6. Proses claim baucar buku selesai.

Cara Claim Baucar Buku Madani 2024 Untuk Pelajar IPT

cara claim baucar buku madani 2024 pelajar IPT

Penyaluran baucar buku oleh Kerajaan MADANI bernilai RM100 untuk pelajar IPT sebagaimana dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini akan diuruskan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) sendiri.

Menurut kenyataan dari Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, IPT akan menetapkan mekanisme yang terbaik dalam pemberian baucar terbabit manakala bagi mekanisme pemberian baucar buku pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 ia akan dimulakan pada jam 2 petang, Isnin.

Senarai Jenis Buku Boleh Dibeli Dibawah Baucar

Untuk pengetahuan semua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengeluarkan senarai buku yang boleh dibeli menggunakan baucar ini dengan merujuk makluman terkini di website-website berkaitan.

Antara jenis buku yang boleh dibeli dibawah baucar adalah termasuklah seperti:

  • Buku-buku / novel klasik,
  • Novel-novel oleh sasterawan terkemuka seperti A Samad Said, atau Shahnon Ahmad atau Datuk Mohd Anwar Ridhwan.
  • Buku dibawah cadangan MADANI

Untuk maklumat lanjut berkenaan jenis buku, para pelajar boleh merujuk pada laman web DELIMa masing-masing.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati