Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan USM Jun 2024 Terbuka untuk Rakyat Malaysia

JAWATAN USM JUN 2024

Informasi mengenai pengambilan jawatan USM Jun 2024 dengan banyak jawatan kini dibuka untuk semua permohonan pelbagai lapisan dan taraf akademik. Permohonan jawatan USM ini boleh dirujuk dengan kadar segera melalui siaran iklan lengkap yang kami sediakan untuk anda.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan USM Jun 2024 yang diwar-warkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia(USM) dengan tawaran kerja adalah tetap dan meliputi pelbagai penempatan dalam negara Malaysia.

Maklumat Jawatan USM Jun 2024

Khususnya untuk jawatan USM Jun 2024, adalah dibuka peluang kerjaya sebanyak 5 jenis jawatan kekosongan. Bermula daripada jawatan minima PMR/PT3 dengan taraf jawatan kosong adalah kontrak tidak berwaran dibawah USM. Dibawah adalah merupakan senarai jawatan USM Jun 2024 yang dibuka :

JawatanKelayakanGaji
JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) U29DiplomaRM1,797.00
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19SPMRM1,352.00
PEMBANTU AWAM H11PMRRM1,218.00
PEMBANTU OPERASI N11PMRRM1,216.00
OPERATOR LOJI H11PMRRM1,218.00

Tempoh Permohonan Jawatan USM Jun 2024

Berkenaan tempoh permohonan, jawatan USM Jun 2024 dibuka pada 2 Jun 2024 dan akan ditutup pada tarikh tutup 11 Jun 2024 dengan permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman permohonan USM dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia(USM).

Skop Tugasan Bagi Jawatan USM Jun 2024

Bagi skop tugasan bagi ketiga-tiga jawatan telah disenaraikan oleh pihak USM. Anda boleh membuat semakan berkenaan dengan skop tugasan kerja mengikut jawatan seperti dibawah:

Skop Tugasan Bagi Jawatan Pembantu Tadbir N19

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Skop Tugasan Bagi Jawatan Pembantu Awam H11

  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Skop Tugasan Bagi Jawatan Pembantu Operasi N11

  • Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  • Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.

Skop Tugasan Bagi Jawatan Operator Loji H11

  • Bertanggungjawab ke atas pengendalian loji/jentera statik jabatan sama ada dandang stim atau enjin pembakaran dalam, penyenggaraan berjadual/berkala ke atas dandang, prosedur keselamatan dandang serta pengurusan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang seperti mana diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.

Rujukan Iklan Jawatan USM Jun 2024

iklan jawatan usm jun 2024

Langkah seterusnya, Anda boleh merujuk syarat kelayakan permohonan dan maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka USM ini melalui pautan rasmi, Universiti Sains Malaysia(USM).

Cara Mohon Jawatan Kosong USM

Untuk membuat permohonan para pemohon boleh mengemukakan jawatan melalui laman erecruit USM. Berikuy adalah beberapa langkah untuk permohonan serta beberapa maklumat berkaitan:

  1. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna erecruit.
  2. Staf USM yang sedang berkhidmat dan aktif sila daftar erecruit melalui sini: STAF USM
  3. Pemohon TIDAK PERLU menghantar sebarang cetakan maklumat yang telah diisi melalui Sistem Erecruit kepada Pihak Bahagian Sumber Manusia USM;
  4. Tarikh Permohonan adalah pada 2/06/2024 sehingga 11/06/2024 ;
  5. Sukacita diingatkan bahawa maklumat yang diisi adalah LENGKAP dan BETUL dari segi EJAAN, PERKATAAN DAN NOMBOR;
  6. Ditegaskan bahawa hanya maklumat permohonan yang LENGKAP dan BETUL serta memenuhi syarat skim perkhidmatan sahaja akan dipilih dalam proses penyaringan;
  7. Ditegaskan bahawa hanya calon yang melepasi ujian saringan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga;
  8. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan maka permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA .

4 KOMEN

  1. Saya akan menjaga pertuturan.
    Saya selalu memberikan penghargaan.
    Saya sentiasa menunjuk ajar perkara asas.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati