Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan MARDI Jun 2024 Kini Dibuka

JAWATAN MARDI JUN 2024

Makluman mengenai pengambilan jawatan MARDI Jun 2024 dengan banyak jawatan kini dibuka untuk semua permohonan pelbagai lapisan dan taraf akademik. Permohonan jawatan MARDI ini boleh dirujuk dengan kadar segera melalui siaran iklan lengkap yang kami sediakan untuk anda.

Para calon boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan MARDI Jun 2024 yang diwar-warkan oleh pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan tawaran kerja adalah tetap dan meliputi pelbagai penempatan dalam negara Malaysia.

Maklumat Jawatan MARDI Jun 2024

Untuk permohonan jawatan MARDI Jun 2024, adalah dibuka peluang kerjaya sebanyak 7 jenis jawatan kekosongan. Terdiri daripada jawatan minima Diploma dengan taraf jawatan kosong adalah tetap/kontrak dibawah MARDI. Dibawah adalah merupakan senarai jawatan MARDI Jun 2024 yang dibuka :

JawatanPenempatanGaji
Penolong Pegawai Senibina (Setara Dengan Penolong Pegawai Senibina Gred JA29)Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (AM), Ibu PejabatRM1,900
Penolong Pegawai Penyelidik (Setara Dengan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29)Pusat Penyelidikan Tanaman Industri (IC), Mardi Bagan DatukRM1,900
Penolong Juruukur Bahan (Setara Dengan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29)Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (AM), Ibu PejabatRM1,900

Tempoh Permohonan Jawatan MARDI Jun 2024

Sebagai pengetahuan anda, jawatan MARDI Jun 2024 dibuka pada 30 Mei 2024 dan akan ditutup pada tarikh tutup 7 Jun dan 21 Jun 2024 dengan permohonan boleh dilakukan secara penghantaran borang permohonan dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Skop Tugasan Bagi Jawatan MARDI Jun 2024

Untuk skop tugasan bagi ketiga-tiga jawatan telah disenaraikan oleh pihak MARDI. Para calon boleh membuat semakan berkenaan dengan skop tugasan kerja mengikut jawatan seperti dibawah:

Skop Tugasan Bagi Jawatan Penolong Pegawai Senibina

  • Membantu Jurutera bagi peringkat awalan termasuk draf lukisan konsep, reka bentuk, spesifikasi serta skop kerja dan anggaran kos;
  • Penyediaan dokumen bagi perolehan Sebut Harga. Ini termasuk spesifikasi teknikal, skop kerja, bill of quantities, lukisan konsep 3D, lukisan berskala 2D dan lain-lain berkaitan;
  • Penyediaan Laporan Penilaian Teknikal (Analisa) Tawaran Sebut Harga;
  • Penyeliaan dan Pengawasan Kerja di tapak;

Skop Tugasan Bagi Jawatan Penolong Pegawai Penyelidik

  • Merancang dan menyelenggara tanaman kelapa di ladang seperti meracun, mesin rumput, kawalan P&D dan membersih kawasan ladang/nurseri
  • Merancang dan membangunkan infra ladang dan sistem pengairan ladang/nurseri
  • Merancang penuaian buah kelapa dan membantu dalam merekod katalog varieti

Skop Tugasan Bagi Jawatan Penolong Juruukur Bahan

  • Membantu Jurutera bagi peringkat awalan termasuk penilaian tapak, penyediaan dokumen spesifikasi kerja/BQ mengikut keperluan dan kehendak pelanggan dan penyediaan dokumen lengkap sebutharga/tender bagi proses perolehan;
  • Penyediaan dokumen bagi perolehan Sebut Harga. Ini termasuk spesifikasi teknikal, skop kerja, bill of quantities dan lain-lain berkaitan;
  • Penyediaan Laporan Penilaian Teknikal (Analisa) Tawaran Sebut Harga;

Rujukan Iklan Jawatan MARDI Jun 2024

jawatan MARDI jun 2024

Untuk para calon, Anda boleh merujuk syarat kelayakan permohonan dan maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka MARDI ini melalui pautan rasmi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Cara Mohon Jawatan Kosong MARDI

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara pos atau e-mel ke alamat seperti di bawah:

Untuk jawatan Penolong Pegawai Senibina dan Penolong Juruukur Bahan alamat dibawah:

Pengarah
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (AM)
Blok C7, Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang
(u/p: Hawa Shafini binti Mohd Razak)
Alamat e-mel: [email protected]

Untuk jawatan Penolong Pegawai Penyelidik alamat dibawah:

KETUA STESEN
MARDI Bagan Datuk,
Jalan Bagan Datuk Batu 16,
36307 Sg Sumun,Perak
(U/P: /Penolong Pegawai Tadbir)

Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan
dipertimbangkan. Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk
temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati