Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tips Laluan Jadi Doktor Gigi untuk Pelajar Lepasan SPM

laluan jadi Doktor Gigi

Laluan jadi Doktor Gigi untuk pelajar lepasan SPM! Wajib untuk pelajar menlanjutkan bidang pengajian Doktor Gigi di IPT. Selepas tamat pengajian dari universiti yang diiktiraf, graduan perlu mendaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia sebelum dibenar menjalankan pengamalan dalam bidang pergigian.
Pelajar yang tamat dengan jayanya akan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian atau setaraf.

Setiap Doktor Gigi wajib berkhidmat dengan kerajaan selama 3 tahun dan selepas itu boleh memilih untuk berkhidmat dalam sektor awam atau swasta. Ikuti beberapa perkara yang anda perlu ketahui berkenaan syarat, gaji Doktor gigi dan laluan jadi Doktor Gigi.

Senarai Laluan Jadi Doktor Gigi

LALUAN JADI DOKTOR GIGI
Senarai Laluan Jadi Doktor Gigi

Bagi pelajar lepasan SPM yang beminat menjadi doktor Gigi, berikut adalah merupakan laluan jadi Doktor Gigi yang anda perlu ikuti:

  • Program Asasi Sains atau Matrikulasi:
    • Mengikuti kursus asasi sains atau matrikulasi.
  • Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS):
    • Meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian di universiti tempatan atau luar negara.
    • Tempoh pengajian biasanya lima tahun.
  • Latihan Housemanship:
    • Menjalani latihan housemanship selama satu tahun di klinik atau hospital yang diiktiraf

    Senarai Universiti Pengajian Doktor Gigi

    Bidang pengajian perubatan atau bidang Doktor Gigi ada ditawarkan samaada di Universiti tempatan atau luar negara. Perkara ini anda perlu merujuk carian sendiri berkenaan tawaran kos serta syarat kelayakan yang mungkin berbeza mengikut IPT. Dibawah adalah merupakan senarai bidang perubatan yang ditawarkan di Universiti:

    1. Universiti Malaya (UM)
    2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    3. Universiti Sains Malaysia (USM)
    4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    5. Universiti Teknologi MARA (UITM)
    6. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    7. Asian Institute for Medicine, Science and Technology (AIMST)
    8. Penang International Dental College (PIDC)
    9. International Medical University (IMU)
    10. Melaka Manipal Medical College (MMMC)
    11. Malaysian Allied Health Sciences Academy (MAHSA)
    12. Universiti Luar Negara, Kelulusan displin pergigian yang diiktiraf dari luar negara boleh diperolehi daripada schedule 2 (Jadual 2) – Akta Pergigian 1971.

    Senarai lengkap kelulusan yang diiktiraf boleh merujuk pada laman web rasmi KKM yang menghimpunkan senarai negara yang diiktiraf untuk menyambung pengajian dalam bidang doktor gigi.

      Senarai dan Deskprisi Tugas Doktor Gigi

      Tugas utama Doktor Gigi adalah memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian yang merangkumi promosi, pencegahan dan rawatan pergigian kepada orang ramai. Antaranya:

      • Pemeriksaan gigi
      • Rawatan pergigian
      • Restoratif (tampalan dll.)
      • Penskaleran
      • Cabutan
      • Gigi palsu
      • Pembedahan kecil pergigian
      • Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan pergigian

      Syarat Kelayakan Pegawai Perubatan

      Untuk menjadi seorang Doktor Gigi dibawah skim perkhidmatan Pegawai Pergigian Gred UG41, seseorang itu perlu untuk melepasi beberapa syarat kelayakan seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) seperti dibawah:

      • Warganegara Malaysia;
      • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Ijazah dalam bidang pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred UG41: RM2,844.00).
      • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

        Berapa Gaji Doktor Gigi di Malaysia?

        Gaji Doktor Gigi dibawah SPA adalah bermula dari RM2,844 sehingga RM9,656 bagi gred yang paling atas. Kenaikan gaji Doktor Gigi pula adalah minima RM225 setahun.

        Berikut adalah merupakan tangga gaji lengkap bagi Doktor dibawah SPA:

        Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
        Gaji Tahunan
        RM2,844.00RM9,656.00RM225.00

        Kerjaya Doktor Pergigian adalah sesuai untuk anda. Kerjaya ini menawarkan pelbagai cabaran di
        sektor awam dan swasta. Doktor Pergigian bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan
        pergigian kepada orang ramai. Sekiranya berminat, anda dipelawa untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian/setaraf di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf.

        Soalan FAQs Berkenaan Laluan Jadi Doktor Gigi

        Bagaimana nak jadi Doktor Gigi?

        Perlu ambil pengajian pergigian di IPT dalam atau luar negara yang diiktiraf. Kemudia perlu melalui beberapa peringkat sebelum diberi tauliah doktor pergigian.

        Bagaimana nak buka Klinik Doktor Gigi?

        Bagi seorang Doktor Gigi yang ingin membuka klinik sendiri, mereka perlu melepasi perkhidmatan wajib dibawah kerajaan selama 3 tahun.

        Adakah boleh pilih bidang pengajian perubatan Doktor Gigi sendiri?

        Ya, bagi pelajar lepasan SPM adalah boleh memilih mana-mana universiti dengan merujuk senarai laluan jadi Doktor Gigi supaya tidak tersalah pilih bidang pengajian dan Universiti yang diiktiraf.

        TINGGALKAN KOMEN

        Sila masukkan komen anda!
        Sila masukkan nama anda di sini

        Cikgu Ahmad
        Cikgu Ahmad
        "It always seems impossible until it's done."

        Anda Mungkin Meminati