Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Teme Abdullah – Penulis Buku, Influencer dan Seorang Pelukis

BIODATA TEME ABDULLAH
Biodata Teme Abdullah - Penulis Buku, Influencer dan Seorang Pelukis 7

Penulis misteri dan kegilaan ramai Teme Abdullah tidak dapat disangsi lagi adalah antara penulis buku terbaik di Malaysia. Dengan gaya penulisan yang santai dan bermacam gaya, beliau berjaya menarik perhatian ramai dan menerima banyak pengiktirafan.

Teme juga adalah merupakan seorang yang mempunyai pendidikan tinggi sehingga beliau berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara. Minatnya yang mendalam dunia seni tidak menghalang beliau untuk terus berkarya. Jom ikuti rapat maklumat dan biografi Teme Abdullah!

Siapa Teme Abdullah?

teme abdullah 2

Teme Abdullah adalah merupakan seorang penulis, arkitek dan pelukis berbakat. Beliau dilahirkan pada 16 Mei 1993 di Selangor. Teme adalah merupakan penulis negara yang sensasi dengan penampilannya menyembunyikan wajah dirinya.

Melihat gaya yang beliau bawa, walaupun bersifat misteri namun rata-rata peminat tertawan dengan penampilannya yang kacak dan lemah lembut. Sehingga kini nama sebenar Teme masih belum didedahkan dan ia menimbulkan keunikan tersendiri selaku influencer di media sosial.

Biografi Teme Abdullah

teme abdullah 4

Bagi anda yang ingin mengenali siapakah Teme, anda boleh rujuk biografi yang kami sediakan dibawah:

BiografiMaklumat
NamaTeme Abdullah
Umur31 Tahun (2024)
Tarikh Lahir6 Mei 2024
AsalSelangor
PendidikanIjazah Sarjana Muda Seni Bina di United Kingdom (UK)
KerjayaPenulis, Pelukis dan Arkitek
Laman SosialInstagram : @Itsteme
Tiktok : @temeabdullah

Latar Belakang Teme Abdullah

teme abdullah 3

Teme Abdullah dilahirkan dan dibesarkan di negeri Selangor. Untuk pengetahuan, “Teme” adalah bukan nama sebenar dirinya sebaliknya nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya di Sekolah Menengah. Manakala “Abdullah” adalah nama tambahannya sendiri semasa beliau mula menulis buku pada tahun 2016. Teme disini adalah loghat kelantan yang bermaksud “Teman”. Gabungan nama “Teme Abdullah” adalah maksud “Saya hanyalah hamba Allah”.

Diketahui bahawa Teme seorang pelajar Malaysia yang belajar di luar negara iaitu di United Kingdom. Disana beliau aktif dalam bidang lukisan, penulisan dan bahkan arkitek. Beliau terkenal dengan lukisan beliau yang menarik dan unik sehinggalah pada tahun 2019, beliau dipanggil untuk menghadap YDP Agong iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Tungku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi mempersembahkan karya-karyanya termasuk dua naskhah T Planner dan potret lukisan baginda mereka berdua hasil Teme Abdullah.

Kerjaya Teme Abdullah

teme abdullah

Kerjaya Teme Abdullah diketahui setakat ini adalah seorang Penulis, Pelukis dan seorang Arkitek. Beliau bermastautin di UK sebagai Arkitek dan telah melalui pelbagai pengalaman yang menarik.

Minat yang mendalam Teme dalam seni lukis telah menyebabkan beliau dikenali ramai dikalangan guru-guru serta rakan-rakan. Mereka merasakan Teme mempunyai bakat dan potensi untuk menjadi seorang arkitek.

Kerjaya beliau kini hangat sebagai seorang penulis. Rezeki untuk Teme apabila bukunya ” Arkitek Jalanan” adalah merupakan sebuah buku yang banyak terjual dipasaran bahkan berjaya menerima pelbagai anugerah. Dek kerana kejayaan beliau, ia menyebabkan namanya makin meningkat dengan personaliti tersendiri dan kekal misteri pun masih berjaya mendapat liputan orang ramai kerana bakatnya memikat.

Pencapaian Teme Abdullah

Teme selaku influencer berjaya mendapat pelbagai pengiktirafan. Sememangnta beliau layak mendapat penghargaan orang ramai dan anugerah kerana usaha beliau yang luar biasa.

Berikut adalah merupakan senarai anugerah yang berjaya dirangkul oleh Teme Abdullah:

  • (Pertama) Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2017- Pelukis Jalanan
  • Pemenang MPH Best of 2017- Arkitek Jalanan
  • Anugerah Buku Negara 2018- Arkitek Jalanan
  • Anugerah Emas Kulit Buku Cantik 2018- Pelukis Jalanan
  • Pemenang MPH Best of 2018- Impian Jalanan
  • Pemenang MPH Best of 2019- Signature Jalanan
  • Anugerah Buku Popular 2019- Arkitek Jalanan
  • Anugerah Buku Malaysia 2020-Arkitek Jalanan
  • 50 Best Malaysian Titles 2020/2021-Selamat Tinggal Purnama
  • Pemenang MPH Best of 2021- Kapal Terakhir Di Dunia
  • Pemenang MPH Best of 2022- Empayar 3
  • (Pertama) Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2023- Empayar 3
  • No 1 Highest Rated Book In Asia & Oceania 2023- Arkitek Jalanan
  • (Pertama) Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2024-Penulis Jalanan

Senarai Buku Teme Abdullah

teme abdullah 5
Biodata Teme Abdullah - Penulis Buku, Influencer dan Seorang Pelukis 8

Teme juga mempunyai bakat yang hebat dalam penulisan. Beliau berjaya mengeluarkan banyak buku yang ditulis oleh dirinya sendiri. Berikut adalah merupakan senarai buku oleh Teme Abdullah:

  • Empayar Hikayat Putera Tanpa Nama
  • Empayar 2 Hikayat Mukjizat Daripada Iblis
  • Kapal Terakhir Di Dunia Episod 1
  • Kapal Terakhir Di Dunia Episod 2
  • Kapal Terakhir Di Dunia Episod 3
  • Arkitek Jalanan
  • Pelukis Jalanan
  • Impian Jalanan
  • Signature Jalanan
  • Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama
  • Selamat Tinggal Purnama Strain Kedua

Sekian beberapa informasi berkenaan Teme Abdullah yang wajar dijadikan contoh oleh anak muda. Dengan usaha yang gigih, Teme menjadi contoh untuk anak muda terus maju kehadapan mengejar cita-cita. Murninya Teme pula apabila beliau mempunyai hasrat untuk menubuhkan Badan Biasiswa yang dapat membantu pelajar Malaysia yang menghadapi masalah kewangan belajar di luar negara.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati