Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Permohonan Bantuan Subsidi Diesel BUDI MADANI Bagi Rakyat Malaysia

Permohonan Bantuan Subsidi Diesel BUDI MADANI Bagi Rakyat Malaysia

Terbaru! Kerajaan umum bantuan subsidi Diesel Budi Madani untuk rakyat Malaysia. Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI iaitu melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Pelaksanaan program bantuan subsidi diesel ini susulan kenyataan Perutusan Negara oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Apa Itu Bantuan Subsidi Diesel MADANI?

permohonan bantuan subsidi diesel agro

Bantuan subsidi diesel MADANI adalah merupakan program khas bagi pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak termasuk petani kecil dan pekebun kecil boleh membuat permohonan BUDI MADANI yang dibuka mulai 28 Mei 2024.

Pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu sementara petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori akan disalurkan BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan sejajar dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Syarat Kelayakan Bantuan Subsidi Diesel MADANI

permohonan bantuan subsidi diesel

Bagi permohonan bantuan subsidi diesel, ia adalah dibawah beberapa syarat kelayakan yang dibahagi dua iaitu kategori BUDI individu dan BUDI Agri-Komoditi.

Syarat kelayakan bagi kategori BUDI Individu adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  2. Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
  3. Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif;
  4. Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.

Setiap permohonan yang diterima akan disemak silang dengan data di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi mengecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi (T20).

Syarat kelayakan bagi BUDI Agri-Komoditi adalah seperti berikut:

  1. Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
  2. Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

Cara Mohon Bantuan Subsidi Diesel MADANI

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web BUDI MADANI yang akan dibuka sepanjang tahun. Untuk permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima BUDI MADANI pertama mereka menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu di BUDI MADANI dengan kaedah berikut:

  • Mendaftar akaun pengguna
  • Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
  • Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
    • No. Mykad
    • No. Telefon Bimbit
    • Nama Bank
    • No. Akaun Bank
    • Alamat e-mel
  • Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan
    • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
    • Jenama / Model Kenderaan
    • Kelas Kegunaan Kenderaan

    Bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima BUDI MADANI pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

    BUDI MADANI akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan manakala untuk penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

    Untuk memohon dan mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan BUDI MADANI, boleh layari laman web BUDI MADANI atau boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor :

    • 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau secara e-mel di alamat [email protected].
    • Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh diperolehi di semua pejabat LHDNM seluruh Semenanjung Malaysia.

    Permohonan Fleet Card MySubsidi

    Program BUDI MADANI melengkapi usaha sebelum ini oleh Kerajaan dalam menyasarkan subsidi diesel melalui sistem MySubsidi Diesel kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Untuk masa ini, hampir 90,000 fleet card dikeluarkan kepada syarikat di bawah sektor pengangkutan awam darat dan sektor pengangkutan barangan darat.

    Fleet Card membolehkan syarikat logistik yang layak untuk membeli diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak. Usaha ini adalah untuk memastikan kesan kos yang minimum kepada rantaian nilai logistik dan bekalan, secara langsung mengurangkan risiko kenaikan harga barangan keperluan rakyat.

    YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II berkata: “Dengan pelaksanaan BUDI MADANI, Kerajaan telah memperluas bantuan tunai kepada individu dan petani kecil dan pekebun kecil komoditi menjelang pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

    Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan permohonan Fleet Card MySubsidi boleh rujuk perkongsian kami sebelum ini.

    Soalan FAQs Berkenaan Permohonan Bantuan Subsidi Diesel BUDI MADANI

    Apakah itu BUDI Individu?

    BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

    Bagaimana cara kredit bantuan subsidi?

    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.

    Bagaimana dapatkan bantuan subsidi diesel walau tiada akaun bank?

    Pemohon yang layak namun tidak mempunyai akaun bank boleh ke mana-mana Cawangan BSN untuk menerima pembayaran secara tunai.

    1 komen

    TINGGALKAN KOMEN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    Cikgu Ahmad
    Cikgu Ahmad
    "It always seems impossible until it's done."

    Anda Mungkin Meminati