Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan dan Cara Belajar Hukum Tajwid Asas Mudah

Panduan dan Cara Belajar Hukum Tajwid Asas Mudah

Jom Belajar Hukum Tajwid! Hukum Tajwid adalah satu disiplin ilmu yang penting dalam pembacaan al-Quran. Ia melibatkan aturan dan panduan khusus mengenai bagaimana setiap huruf dan kalimah dalam al-Quran harus dibaca dengan betul. Bagi mereka yang baru memulakan pembelajaran tajwid, memahami hukum tajwid asas adalah langkah awal yang penting untuk memastikan bacaan al-Quran yang tepat dan jelas.

Panduan Belajar Hukum Tajwid Asas Mudah

Panduan Belajar Hukum Tajwid Asas Mudah
Panduan dan Cara Belajar Hukum Tajwid Asas Mudah

Berikut adalah merupakan beberapa pengenalan kepada belajar hukum tajwid asas khas kepada orang ramai. Hukum Tajwid merangkumi pelbagai aspek bacaan al-Quran yang perlu dikuasai oleh setiap pembaca. Berikut adalah beberapa hukum tajwid asas yang penting:

Idgham

  • Ma’al Ghunnah (Idgham Nagis)
    • Bacaan dengan dengung pada huruf NUN MATI yang “dihilangkan.”
    • Contoh huruf: ي، ومن
  • Bi’la Ghunnah (Idgham Kamill)
    • Bacaan tanpa dengung dan huruf NUN MATI yang “dihilangkan.”
    • Contoh huruf: ل، ر

Iqlab

  • Menukar sebutan NUN MATI atau TANWIN kepada sebutan MIM dengan dengung.
  • Tanda: MIM kecil di atas NUN MATI atau MIM kecil menggantikan baris kedua TANWIN.

Ikhfaa

  • Bacaan tanpa sabdu dengan dengung pada huruf yang pertama.
  • Apabila NUN MATI atau TANWIN bertemu dengan salah satu dari 15 huruf berikut: ث، ج، د، ذ، ز، س، ش، ص، ض، ط، ظ، ف، ق، ك

Izhar

  • Bacaan terang tanpa dengung.
  • Apabila NUN MATI atau TANWIN bertemu dengan enam huruf Halqiah (tekan): ء، ه، ح، خ، ع، غ

Idgham Mithlain

  • Bacaan dirapatkan bibir dengan dengung mengikut hukum Idgham.
  • Apabila MIM MATI bertemu MIM HIDUP (BERSABDU).

Ikhfaa Syafawi

  • Bacaan tanpa sabdu dengan dengung pada huruf yang pertama.
  • Apabila MIM MATI bertemu huruf BA.

Izhar Syafawi

  • Bacaan tanpa dengung.
  • Apabila MIM MATI bertemu dengan 26 huruf selain dari MIM dan BA.

Dengan memahami dan mengamalkan hukum tajwid asas ini, pembaca al-Quran akan dapat meningkatkan kualiti bacaan mereka dan menjadikan bacaan al-Quran lebih jelas serta sesuai dengan aturan yang telah ditetapkan. Semoga panduan ini membantu dalam pembelajaran tajwid asas yang lebih mendalam.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati