Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman Jawatan Kosong UTHM Ogos 2024

JAWATAN KOSONG UTHM OGOS 2024

Info mengenai jawatan kosong UTHM Ogos 2024! Para pemohon boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan kosong UTHM Ogos 2024 yang diumumkan oleh pihak Universiti Tun Hussin Onn Malaysia(UTHM) dengan pelbagai tawaran kerja dibuka.

Makluman kekosongan jawatan kosong UTHM Ogos 2024 ini boleh diikuti lebih lanjut dibawah. Pengumuman terbaru untuk mereka yang sedang berusaha mendapatkan pekerjaan dibawah sektor Kerajaan. Kini dibuka pengambilan jawatan UTHM bagi bulan Ogos 2024 yang merupakan jawatan kosong terbuka dibawah sektor kerajaan Malaysia.

Maklumat Jawatan Kosong UTHM Ogos 2024

Jawatan Kosong UTHM Ogos 2024

Untuk mereka yang berminat dalam membuat permohonan jawatan kosong UTHM Ogos 2024, adalah dibuka peluang kerjaya yang boleh dibuat permohonan secara atas talian. Kekosongan daripada jawatan minima PMR/PT3 dengan taraf jawatan kosong adalah kontrak/tetap. Berikut adalah merupakan maklumat jawatan kosong UTHM Ogos 2024 yang dibuka :

MaklumatPenerangan
Jawatan Kosong-Pegawai tadbir (Pengkhususan pegawai kawalan trafik udara) N41
-Pegawai psikologi S41
-Pembantu keselamatan KP19
-Pengawal keselamatan KP11
-Pembantu operasi (Pemandu) N11
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Kelayakan AkademikIjazah, SPM dan PMR/PT3
PenempatanUniversiti Tun Hussin Onn Malaysia(UTHM)

Tempoh Permohonan Jawatan UTHM Ogos 2024

Bagi membuat permohonan, jawatan kosong UTHM Ogos 2024 dibuka bermula 1 Ogos 2024 dan akan ditutup 14 Ogos 2024 bersamaan hari Rabu dan permohonan boleh dilakukan secara atas talian atau online serta perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Universiti Tun Hussin Onn Malaysia(UTHM).

Bagi para pemohon, anda boleh mengambil peluang mohon segera untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tempoh permohonan jawatan tamat.

Skop Kerja Jawatan UTHM Ogos 2024

Dibawah adalah merupakan senarai skop kerja bagi jawatan UTHM seperti berikut:

Pegawai Tadbir (Pengkhususan Pegawai Kawalan Trafik Udara) N41

Bertanggungjawab merangka dan melaksanakan tugas-tugas memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996) agar sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan lancar.

Pegawai Psikologi S41

Bertanggungjawab merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar dan perkhidmatan psikologi berdasarkan aplikasi psikologi (penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi) dalam bidang psikologi, kaunseling dan psikologi klinikal melalui pendekatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi dalam konteks pengurusan sumber manusia, pembangunan manusia dan komuniti, pendidikan, keselamatan dan ketenteraman awam, kesihatan, koreksional dan rehabilitasi.

Pembantu Keselamatan KP19

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Pengawal Keselamatan KP11

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan oleh Pihak Universiti.

Pembantu Operasi (Pemandu) N11

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan UTHM Ogos 2024

Bagi para calon ketahui syarat kelayakan, Anda boleh membuat permohon berdasarkan rujukan syarat kelayakan mohon kerja yang ditetapkan oleh Universiti Tun Hussin Onn Malaysia(UTHM):

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan lebih umur 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Mempunyai kelayakan akademik minima Ijazah.
  4. Mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer.
  5. Mempunyai kemahiran dalam bidang pengiraan, pelaksanaan dan kerja-kerja pentadbiran.
  6. Boleh melakukan kerja-kerja yang diberikan oleh majikan dari semasa ke semasa.

Rujukan Iklan Jawatan UTHM Ogos 2024

Anda boleh mendapatkan input lebih lanjut dan adalah disarankan untuk membuat semakan. Pastikan para calon merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka Universiti Tun Hussin Onn Malaysia(UTHM) ini melalui laman mohon kerja mereka:

Cara Permohonan Jawatan UTHM

Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan. Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada [email protected].

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati