Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Hebahan Pengambilan Guru SPP Ogos 2024

Pengambilan Guru SPP Ogos 2024

Berita terbaru berkenaan pengambilan Guru SPP Ogos 2024! Para pemohon boleh merujuk maklumat lengkap mengenai pengambilan Guru SPP Ogos 2024 yang diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang kini sedang membuka peluang kerjaya guru.

Maklumat Pengambilan Guru SPP Ogos 2024

Pengambilan Guru SPP Ogos 2024

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan dan Graduan Bukan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti sebelum atau pada tarikh tutup hebahan ini pada 23 Ogos 2024 untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Kontrak (Interim) bagi Graduan Pendidikan dan secara Contract of Service (COS) bagi Graduan Bukan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Syarat Pengambilan Guru SPP Ogos 2024

Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 Kontrak (Interim) dan Contract of Service (CoS):

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan ini;
  • Memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan
    • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    • Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR). Senarai ujian yang dijajarkan dengan CEFR adalah seperti di Lampiran 1
    • Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM
    • Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM
    • Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut
    • Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak memohon. Calon yang memiliki minor dalam Bahasa Iban adalah digalakkan untuk memohon

Calon yang Tidak Layak Mohon Pengambilan Guru SPP Ogos 2024

Berikut adalah merupakan senarai calon pemohon yang tidak layak untuk membuat permohonan dalam Pengambilan Guru SPP Ogos 2024:

  • Calon yang telah dipanggil temu duga pada tarikh 16 hingga 18 Julai 2024
  • Graduan yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai PPP DG41 Contract of Service (CoS)
  • Graduan yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan
  • Guru interim
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam
  • Seorang bankrap
  • Memperoleh keputusan senat universiti selepas 23 Ogos 2024.

Cara Permohonan Pengambilan Guru SPP Ogos 2024

Calon yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan(mySPP) dengan memilih Sarawak sebagai Pilihan Pusat Temu Duga mulai dari 1 Ogos sehingga 23 Ogos 2024 (Jumaat).

    Calon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

    Calon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan dari tarikh tutup hebahan bermula 24 Ogos 2024 sehingga 7 September 2024.

    Suka diingatkan kepada para pemohon, anda hendaklah menyemak dengan teliti iklan lengkap pengambilan guru SPP Ogos 2024 di pautan:

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Ogos 2024 (Jumaat) – graduan yang telah mengisi permohonan di portal MySPP perlu mengisi pautan disini bagi tujuan semakan permohonan.

    TINGGALKAN KOMEN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    Cikgu Ahmad
    Cikgu Ahmad
    "It always seems impossible until it's done."

    Anda Mungkin Meminati