Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

MAPPA 2024: Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam Bermula Disember 2024

MAPPA 2024 Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam Bermula Disember 2024 20240816 113528 0000
MAPPA 2024: Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam Bermula Disember 2024 5

Kerajaan umum kenaikan gaji baharu penjawat awam! Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024, dengan pelarasan gaji yang signifikan untuk penjawat awam. Kenaikan gaji ini berbeza mengikut kumpulan perkhidmatan, di mana pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima kenaikan sebanyak 15%, manakala pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan mendapat pelarasan 7%.

Pelaksanaan SSPA ini bertujuan meningkatkan integriti dan prestasi penjawat awam, dengan hanya mereka yang berkhidmat dengan setia, amanah, dan cemerlang yang layak menerima ganjaran. Tambahan pula, sistem penilaian prestasi tahunan baharu, MyPERFORMANCE, akan menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

IMG 20240816 WA0024
MAPPA 2024: Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam Bermula Disember 2024 6

Kerajaan turut mengumumkan bahawa julat peningkatan pendapatan penjawat awam akan mencapai antara 16.8% hingga 42.7%, serta pelbagai insentif prestasi lain, termasuk bantuan kepada veteran ATM yang tidak berpencen. Ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pengurusan perkhidmatan awam yang lebih adil dan berkesan.

Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam: Intipati Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 2024

IMG 20240816 WA0023
MAPPA 2024: Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam Bermula Disember 2024 7
IMG 20240816 WA0022
MAPPA 2024: Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam Bermula Disember 2024 8

Berikut adalah merupakan senarai intipati hasil dari MAPPA 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim:

Transformasi Sistem Saraan:

    • Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024.
    • Pelaksanaan SSPA dianggap adil kepada penjawat awam, dengan ganjaran hanya diberikan kepada mereka yang berkhidmat dengan setia, amanah, dan cemerlang.
    • Pelarasan gaji sebanyak 15% kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan serta 7% kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

    Penekanan Integriti dan Prestasi:

      • Nilai dan integriti ditekankan sebagai tonggak perkhidmatan awam yang tidak boleh dipandang remeh.
      • Kerajaan akan memperkenalkan sistem penilaian prestasi tahunan baharu, MyPERFORMANCE, menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
      • Ketua Jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahan akan dikenakan tindakan tatatertib, yang boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat.

      Penambahbaikan dan Pengurusan Sumber Manusia:

        • Kelayakan minimum masuk ke dalam perkhidmatan awam dipertingkatkan kepada SPM atau setara.
        • Penempatan pegawai akan lebih tertumpu kepada kompetensi untuk memastikan “the right person for the right post.”
        • Pengurusan prestasi, tatakelakuan, dan tatatertib akan dipertingkatkan oleh kerajaan.

        Pengiktirafan dan Penghargaan:

          • Pengiktirafan diberikan kepada pegawai yang layak sebagai Subject Matter Expert (SME).
          • Insentif berasaskan prestasi akan diberikan kepada pegawai yang mencapai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya enam tahun selepas Time-Based Kecemerlangan (TBK).
          • Kerajaan merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali atas perkhidmatan cemerlang sebagai Ketua Setiausaha Negara.

          Perubahan Strategik dan Sokongan Kebajikan:

            • Kerajaan akan melaksanakan Rasionalisasi Pejabat-Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di luar negara berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.
            • Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi veteran ATM tidak berpencen akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.
            • Peningkatan pelaburan sebanyak RM83.7 bilion dalam tempoh Januari-Mac 2024 diiktiraf sebagai hasil khidmat cemerlang ratusan pegawai di beberapa kementerian.

            Kerajaan juga berharap dengan kenaikan gaji ini akan dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. Dijangka dengan pengenalan gaji baharu penjawat awam akan memberi impak positif kepada negara.

            TINGGALKAN KOMEN

            Sila masukkan komen anda!
            Sila masukkan nama anda di sini

            Cikgu Ahmad
            Cikgu Ahmad
            "It always seems impossible until it's done."

            Anda Mungkin Meminati