Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Sambal Penyet Paling Sedap! Guna Beberapa Bahan di Rumah

Resepi Sambal Penyet Paling Sedap! Guna Beberapa Bahan di Rumah

Jom cuba buat resepi Sambal Penyet! Sambal penyet merupakan salah satu hidangan ikonik dalam masakan Indonesia yang semakin digemari ramai. Sambal ini biasanya menjadi pelengkap kepada hidangan Nasi Ayam Penyet, yang terkenal dengan ayam goreng yang rangup dan pedas.

Walaupun ia nampak seperti sambal biasa, tetapi rasa pedas yang unik dan aroma yang menggoda menjadikan sambal penyet begitu istimewa. Namun, untuk menghasilkan sambal penyet yang betul-betul sedap, bahan dan teknik yang betul sangat penting. Ramai yang beranggapan bahawa menghasilkan sambal penyet yang enak memerlukan bahan-bahan yang sukar dicari, tetapi sebenarnya anda hanya memerlukan beberapa bahan asas yang mungkin sudah ada di dapur anda.

Resepi Sambal Penyet Paling Sedap! Guna Beberapa Bahan di Rumah

Resepi Sambal Penyet Paling Sedap! Guna Beberapa Bahan di Rumah

Berikut adalah merupakan senarai bahan dan cara penyedian guna resepi sambal penyet:

Bahan-bahan:

  • Tomato (belah 4)
  • Cili besar
  • Cili padi
  • Belacan
  • Ikan bilis (segenggam)
  • Minyak masak

Nota: Tiada sukatan khusus untuk bahan-bahan ini. Anda boleh menyesuaikannya mengikut selera masing-masing. Jika mahu sambal lebih pedas, lebihkan cili padi. Untuk warna sambal yang lebih merah, lebihkan cili besar. Tomato pula menambah kesegaran pada sambal, jadi lebihkan jika suka.

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
  2. Setelah ikan bilis garing, masukkan tomato ke dalam kuali yang sama.
  3. Tambahkan cili besar, cili padi, dan belacan ke dalam kuali.
  4. Goreng bahan-bahan tersebut sehingga layu.
  5. Matikan api dan biarkan bahan-bahan tersebut sejuk.
  6. Setelah sejuk, masukkan ke dalam blender dan blend secara kasar menggunakan butang pulse. Anda juga boleh menggunakan chopper atau menumbuknya secara manual dengan lesung batu.
  7. Saya sendiri menggunakan hand blender untuk proses ini.
  8. Setelah blend kasar, kembalikan sambal tersebut ke dalam kuali yang sama.
  9. Masak sambal sehingga kering dan pecah minyak. Tambahkan sedikit garam dan gula jika suka.
  10. Sambal penyet anda kini siap untuk dihidangkan!

Kredit : resepi Bonda

Resepi sambal penyet ini adalah yang terbaik yang pernah saya cuba, dan suami saya juga sangat menyukainya sehingga pasti menambah nasi setiap kali saya hidangkan. Semoga anda juga menikmati sambal penyet ini seperti kami. Selamat mencuba!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati