Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) Bantuan IPT Sarawak

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) Bantuan IPT Sarawak

Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) merupakan salah satu bentuk bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Biasiswa ini bertujuan untuk menyokong pelajar cemerlang khususnya dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) agar mereka dapat menamatkan pengajian tanpa masalah kewangan. Dalam artikel ini, kita akan melihat maklumat terperinci mengenai biasiswa ini, termasuk syarat kelayakan, kadar biasiswa, serta cara memohon.

Apa itu Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)?

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) Bantuan IPT Sarawak

Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Yayasan Sarawak untuk memberikan sokongan kewangan kepada pelajar yang berkelayakan di peringkat Ijazah Pertama, Sarjana, dan PhD, sama ada di dalam atau luar negara. Biasiswa ini menumpukan kepada pelajar dalam bidang STEM dan memberi keutamaan kepada mereka yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri Sarawak.

Matlamat utama biasiswa ini adalah untuk melahirkan graduan yang cemerlang serta dapat menyumbang kepada pembangunan negeri Sarawak dan negara.

Baca juga Bantuan e-Kredit Kapal Terbang Sabah-Sarawak.

Syarat-Syarat Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)

Berikut adalah merupakan antara syarat-syarat bagi Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib:

  1. Pemohon mestilah anak jati Sarawak (sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa adalah orang Sarawak).
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Wajib memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM atau peperiksaan setaraf.
  4. Pelajar Ijazah Pertama mestilah sedang mengikuti pengajian di IPTA atau IPTS tempatan dengan CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas.
  5. Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) mesti mempunyai pencapaian akademik cemerlang (CGPA 3.00 dan ke atas) semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.
  6. Pengajian mestilah sepenuh masa.
  7. Lulus tapisan senarai pendek dan sesi temuduga.

Kadar Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)

Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) meliputi beberapa elemen pembayaran seperti berikut:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Buku
  • Elaun Alat Perkakas
  • Elaun Latihan Amali
  • Elaun Tesis
  • Tiket penerbangan pergi dan balik (sekali setahun untuk pengajian dalam negara / sekali sepanjang pengajian luar negara)

Cara Mohon Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)

Permohonan bagi Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi Yayasan Sarawak. Iklan permohonan biasanya dibuka sekali setahun dan akan diumumkan di laman sesawang rasmi Yayasan Sarawak, media sosial rasmi, serta surat khabar tempatan.

Bagi mereka yang memohon biasiswa untuk tujuan penyelidikan, borang permohonan boleh dimuat turun sepanjang tahun, dan disertakan bersama proposal penyelidikan yang telah diluluskan.

Maklumat Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan Biasiswa Yayasan Negeri Sarawak, anda boleh melayari laman web rasmi Yayasan Sarawak di https://yayasansarawak.org.my/my/biasiswa/.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati