Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Teks Bacaan Doa Selawat Ke Atas Nabi SAW dan Kelebihan Doa Selawat Keatas Nabi

Teks Bacaan Doa Selawat Ke Atas Nabi SAW dan Kelebihan Doa Selawat Keatas Nabi
Teks Bacaan Doa Selawat Ke Atas Nabi SAW dan Kelebihan Doa Selawat Keatas Nabi

Doa selawat ke Atas Nabi Muhammad SAW merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Ia adalah satu bentuk penghormatan dan cinta umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Selawat bukan sahaja satu doa tetapi juga tanda syukur dan penghargaan kita terhadap perjuangan Nabi dalam menyebarkan Islam. Melalui bacaan selawat, umat Islam memohon agar Allah SWT mencurahkan rahmat dan keberkatan ke atas Nabi Muhammad SAW serta keluarganya.

Kelebihan berselawat juga tidak terhad kepada ganjaran pahala semata-mata, tetapi merangkumi pelbagai kebaikan spiritual dan material dalam kehidupan kita. Dalam kehidupan yang penuh cabaran ini, kita seringkali merasa terhimpit dengan pelbagai masalah dan kekurangan. Namun, dengan memperbanyakkan selawat, bukan sahaja dosa-dosa kita diampunkan, malah rezeki kita juga akan dipermudahkan.

Amalan Doa Selawat Ke Atas Nabi ini amat mudah diamalkan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk tidak melupakan amalan ini kerana ia merupakan salah satu cara untuk meraih rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Teks Bacaan Doa Selawat Ke Atas Nabi

Doa Selawat Keatas Nabi
Doa Selawat Ke Atas Nabi

Berikut adalah teks bacaan Doa Selawat Ke Atas Nabi yang dianjurkan untuk kita amalkan:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حميد مجيد

Terjemahan:
Ya Allah, berilah selawat (rahmat) kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.

Kelebihan Doa Selawat Ke Atas Nabi

Berikut dibawah adalah merupakan senarai kelebihan mengamalkan doa selawat ke atas nabi:

Diampunkan Dosa, Diangkatkan Darjat

Amalan berselawat bukan sahaja mendatangkan pahala berganda tetapi juga memadam dosa-dosa kecil kita. Dengan berselawat, kita mendapat pengampunan dari Allah SWT dan darjat kita di sisi Allah akan diangkat. Amalan ini menunjukkan betapa Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Maksudnya:
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat.” HR. An Nasa’i

Dicukupkan Keperluan Mereka

Rasulullah SAW bersabda:

إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

Maksudnya:
“Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.”
HR al-Tirmizi – dinilai Hasan

Bagi mereka yang menghadapi kesulitan atau kekurangan dalam kehidupan, berselawat adalah salah satu jalan untuk mendapatkan bantuan daripada Allah SWT. Doa dan permintaan kita akan lebih mudah dimakbulkan dan keperluan duniawi akan dicukupkan dengan cara yang tidak disangka-sangka. Keberkatan yang diperoleh melalui selawat bukan sahaja dalam bentuk harta benda tetapi juga kebahagiaan hidup dan ketenangan hati.

Doa Lebih Mudah Dimakbulkan

Sabda Rasulullah ﷺ:

كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya:
“Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.”
HR al-Tabrani

Bagi setiap doa yang dipanjatkan, digalakkan untuk memulakan atau mengakhirinya dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dengan ini, doa kita akan lebih mudah diterima dan diangkat oleh Allah SWT. Selawat juga membuka pintu untuk doa-doa kita dikabulkan, dan ini menunjukkan betapa besar kelebihan berselawat dalam kehidupan seorang Muslim.

Amalkanlah selawat setiap hari agar hidup kita diberkati dan doa kita dimakbulkan Allah SWT.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati