Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Harga Motor Dijangka Naik RM100-200 Selepas Diwajibkan ABS

Harga Motor Dijangka Naik Selepas Diwajibkan ABS
Harga Motor Dijangka Naik Selepas Diwajibkan ABS

Harga Motor Dijangka Naik Selepas Diwajibkan ABS. Dalam perkembangan terkini industri automotif negara, pengguna motosikal perlu bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga motor bermula tahun 2025. Hal ini berikutan keputusan kerajaan untuk mewajibkan pemasangan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc ke atas.

Langkah ini dilihat sebagai usaha proaktif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya, namun ia juga membawa implikasi dari segi kos pembelian bagi para pengguna.

Harga Motor Dijangka Naik Selepas Diwajibkan ABS

Menurut laporan Sinar Harian, Harga jualan motosikal model keluaran baharu dengan enjin berkapasiti 150cc ke atas dijangka mengalami kenaikan antara RM100 hingga RM200, ekoran keputusan kerajaan mewajibkan ia dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Menurut penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri, walaupun kenaikan ini mungkin berlaku, kebanyakan model popular dijangka tidak akan terjejas dengan ketara. “Kenaikan harga mungkin akan berlaku kepada model-model keluaran baharu tetapi tidak akan mengalami peningkatan yang banyak. Saya kira kalau naik pun, dalam RM100 ke RM200, tetapi banyak model motosikal di atas 150cc sebenarnya sudah dilengkapi ABS. Ini bermakna tidak banyak model popular yang akan terjejas dengan kenaikan harga,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Kerajaan sebelum ini telah memutuskan bahawa semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc dan ke atas wajib dilengkapi ABS bermula 1 Januari 2025. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan bahawa langkah tersebut diambil bagi menangani kes kemalangan jalan raya yang sering melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Sebab Kerajaan Wajibkan ABS Pada Motorsikal

Harga Motor Dijangka Naik Selepas Diwajibkan ABS
Harga Motor Dijangka Naik Selepas Diwajibkan ABS – Gambar : HK Motor

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyokong keputusan ini, menunjukkan bahawa ABS berupaya mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus. Mengulas lanjut, Hezeri berkata bahawa usaha untuk mewajibkan penggunaan ABS pada motosikal sudah lama dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan kini menjadi mandatori untuk motosikal baharu dengan enjin di atas 150cc.

Menurut Hezeri, ABS sangat penting bagi motosikal moden yang mempunyai prestasi enjin berkuasa tinggi, terutama dalam menghadapi cuaca negara yang sering dilanda hujan. “Apabila menempuh cuaca hujan, kejadian roda depan tergelincir sering berlaku. Pemasangan ABS membolehkan penunggang membrek dengan selamat walaupun sedang mengambil selekoh. Ia juga memang terbukti mampu menurunkan kadar kemalangan,” katanya.

Sistem ABS sebelum ini diperkenalkan agak lambat di pasaran kerana faktor harga. Namun, dengan pertumbuhan kilang komponen di seluruh dunia dan ia sudah menjadi kelengkapan wajib di banyak pasaran global, kos sistem ini telah menurun dengan ketara, menjadikan harga motosikal dilengkapi ABS lebih mampu milik.

1 komen

  1. Ini, alasan tak boleh pakai, motogp yang laju giler pun tak pakai abs.
    Abs ni, brek pad akan jadi lagi cepat habis. Alasan nak lakukan abs yang tak laku.
    Aku pakai motor besar tak de abs, elok je berhenti.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati