Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan PPPT SPP September 2024 – Pengambilan SPP Semenanjung dan Sabah!

pengambilan jawatan PPPT SPP September 2024

Makluman jawatan PPPT SPP September 2024! Pemohon yang berminat boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan PPPT SPP September 2024 yang disiarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengenai peluang kerja terbaru untuk dipohon oleh rakyat Malaysia.

Jawatan dibuka adalah merupakan jawatan PPPT iaitu Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dengan tawaran dibuka di Semenanjung dan Negeri Sabah. Permohonan boleh dirujuk dengan info lengkap yang kami sediakan dibahagian dibawah berserta dengan cara-cara permohonan jawatan dibawah SPP.

Berkenaan Jawatan PPPT SPP September 2024

jawatan pppt SPP September 2024

Untuk pemohon yang berminat dalam membuat permohonan jawatan PPPT SPP September 2024, adalah disediakan tawaran kerja yang boleh dibuat permohonan secara online. Kekosongan daripada jawatan minima Diploma dengan taraf jawatan kosong adalah Interim (Kontrak).

Dibawah adalah merupakan maklumat jawatan PPPT SPP September 2024 yang dibuka :

MaklumatPenerangan
Jawatan Kosong– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH47
– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41
– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Sabah
– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29
Taraf JawatanInterim (Kontrak)
Kelayakan AkademikDiploma dan Ijazah
PenempatanSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Tarikh Permohonan Jawatan PPPT SPP September 2024

Bagi maklumat permohonan, jawatan PPPT SPP September 2024 dibuka bermula 3 September 2024 dan akan ditutup 17 September 2024 dan permohonan boleh dilakukan secara atas talian serta perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Kelayakan Kerja Jawatan PPPT SPP September 2024

Berikut adalah merupakan senarai kelayakan bidang bagi jawatan PPPT SPP seperti dibawah:

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH47

  • Kejuruteraan Perkapalan:
    • Certificate of Competency (COC) Class 1 Chief Engineer Officer of 3000KW or More; Unlimited Trade Voyages
    • Certificate of Competency (COC) Class 2 Second Engineer Officer of 3000KW or More; Unlimited Trade Voyages

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41

  • Teknologi Makanan
  • Sains Makanan
  • Fesyen dan Pakaian
  • Rekabentuk Grafik
  • Media Digital
  • Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  • Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Rekabentuk Dalaman
  • Senibina
  • Teknologi Maklumat (Perisian)
  • Agro Teknologi
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Logistik dan Pengangkutan
  • Perkhidmatan Bangunan
  • Kewangan dan Perbankan
  • Terapi Kecantikan
  • Animasi 3D
  • Animasi 2D
  • Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
  • Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Akuakultur
  • Mekatronik
  • Pengurusan Acara

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Sabah

  • Pengurusan Pelancongan
  • Agro Teknologi
  • Perakaunan

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29

  • Terapi Kecantikan dan SPA

Rujukan Iklan Jawatan PPPT SPP September 2024

Pemohon boleh buat semakan iklan lebih lanjut mengenai maklumat permohonan. Pastikan para pemohon merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) siaran iklan rasmi jawatan kosong:

Cara Permohonan Jawatan PPPT SPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) untuk mengisi secara Kontrak (Interim) kekosongan di Semenanjung Tahun 2024.

Pemohon yang berminat perlu mengemukakan permohonan atau pengemaskinian secara dalam talian melalui sistem mySPP. Maklumat bidang-bidang yang ditawarkan boleh disemak melalui siaran iklan diatas. Tarikh tutup iklan adalah pada 17 September 2024 (Selasa).

Nota Penting:

  1. Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. Syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan boleh disemak DI SINI.
  2. Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  3. Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.

Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian di bawah:

  • Urusan Pengambilan : 03-8893 4019 – 03-8893 4020
  • Isnin – Khamis: 9.00 pagi 1.00 petang – 2.00 petang – 4.00 petang
  • Jumaat: 9.00 pagi 12.15 tengah hari – 2.45 petang – 4.00 petang

Diharapkan kepada semua calon membuat permohonan dengan betul dan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak SPP.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati