Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan INSPEN Oktober 2024 – Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41

Pengambilan Jawatan INSPEN Oktober 2024 - Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41
Sertai ADAM (Akademi Pendidikan Malaysia)

Sebaran terbaru tawaran jawatan INSPEN Oktober 2024. Jawatan kosong ini adalah tawaran terbaru di bawah sektor awam yang kini dibuka dan boleh dibuat permohonan oleh rakyat Malaysia pada bulan Oktober ini. Bagi para calon yang berminat mengisis kekosongan di Institut Penilaian Negara (INSPEN) anda boleh rujuk info penuh dibawah.

Makluman Jawatan INSPEN Oktober 2024

jawatan inspen Oktober 2024

Perkongsian jawatan kosong ini adalah untuk jawatan minima Ijazah dengan taraf tetap/kontrak. Berikut adalah senarai jawatan kosong INSPEN yang dibuka pada bulan Oktober 2024:

  1. Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41

Maklumat Jawatan INSPEN Oktober 2024

Berikut merupakan maklumat jawatan yang dibuka pada bulan ini:

MaklumatPenerangan
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Kelayakan AkademikIjazah
PenempatanInstitut Penilaian Negara (INSPEN)

Tarikh Permohonan Jawatan

Berdasarkan pada iklan yang disiarkan, jawatan INSPEN Oktober 2024 dibuka bermula 7 Oktober dan akan ditutup pada 21 Oktober 2024. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Institut Penilaian Negara (INSPEN).

Syarat Kelayakan Jawatan INSPEN Oktober 2024

Berikut adalah merupakan senarai syarat kelayakan bagi jawatan INSPEN Oktober 2024:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang daripada 23 tahun dan tidak melebihi 50 tahun
    pada tarikh tutup iklan jawatan:
  3. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
    Membuktikan tahap kecemerlangan akademik; dan
  4. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Khas :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Memperoleh kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Syariah Islamiah, Bahasa Arab, Al-Quran dan Sunnah, Usuluddin atau yang setaraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan, universiti luar negara atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  • Cemerlang dalam bidang kepakaran berkaitan dengan minimum CGPA 3.00 dan ke atas.
    • Bidang kepakaran/ pengajaran yang diperlukan adalah seperti berikut:
    • Pengajian Islam
    • Komputer
    • Pengajian Malaysia

Syarat Lain:

  • Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat- syarat perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
  • Tempoh pembaharuan kontrak adalah bagi setiap dua (2) tahun tertakluk kepada syarat berkuat kuasa.

Kepada anda yang berminat digalakkan untuk merujuk maklumat terperinci di laman web rasmi Institut Penilaian Negara (INSPEN) bagi memastikan mereka memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Semak Iklan Jawatan Institut Penilaian Negara (INSPEN) Oktober 2024

Calon yang berminat boleh merujuk lebih lanjut mengenai maklumat permohonan melalui laman Facebook rasmi Institut Penilaian Negara (INSPEN). Pastikan calon menyemak maklumat penuh berkaitan tawaran jawatan kosong melalui iklan rasmi yang disediakan:

Selepas mengetahui maklumat lengkap mengenai jawatan, para calon boleh mengemukakan permohonan jawatan INSPEN Oktober 2024 dengan segera.

Cara Permohonan Jawatan INSPEN Oktober 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Institut Penilaian Negara (INSPEN) :

  • Rujuk INSPEN.
  • Semak iklan paparan jawatan kosong yang dibuka Institut Penilaian Negara (INSPEN).
  • Permohonan hendaklah dihantar ke e-mel [email protected]
  • Pemohon dikehendaki menyertakan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat pendidikan dan pengalaman kerja, tahap kemahiran komputer, anugerah yang pernah diterima, sumbangan kepada masyarakat/ komuniti dan maklumat lain yang relevan.
    • Gambar berukuran pasport
    • Salinan Sijil Kad Pengenalan
    • Salinan Sijil Kelahiran
    • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
    • Salinan Ijazah Sarjana Muda
    • Salinan Transkrip Akademik
    • Salinan sijil-sijil berkaitan

Selepas anda melalui langkah-langkah tersebut, bagi urusan pengambilan jawatan Institut Penilaian Negara (INSPEN) bulan Oktober ini, perlu dimohon sebelum tarikh tutup. Selepas tarikh tutup, calon yang berjaya akan dipanggil untuk hadiri temuduga seperti kebiasaan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati