Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Umum Penyasaran Subsidi Diesel Bermula Semenanjung, Sabah dan Sarawak Terkecuali

Kerajaan Umum Penyasaran Subsidi Diesel Bermula Semenanjung, Sabah dan Sarawak Terkecuali
Kerajaan Umum Penyasaran Subsidi Diesel Bermula Semenanjung, Sabah dan Sarawak Terkecuali

Terkini kerajaan umum penyasaran subisidi diesel. Jemaah Menteri telah bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi ke atas diesel yang berupaya menjimatkan wang kerajaan RM4 bilion setahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebagai permulaan, langkah itu tidak akan melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Menurut PM, pengecualian itu diberi kerana kebanyakan keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel bagi kenderaan harian mereka.

Pengumuman Kerajaan Berkenaan Penyasaran Subsidi Diesel Bermula Semenanjung

Di Semenanjung, untuk mengurangkan kenaikan mendadak harga barang, kerajaan menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor membabitkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), termasuk bas, teksi dan bot nelayan tertentu.

penyasaran subsidi diesel

Untuk golongan B40 dan M40 yang menggunakan kemudahan diesel bagi perniagaan kecil atau bidang pertanian, perlombongan, penternakan atau nelayan. Golongan tersebut akan terus dibantu. Dalam erti kata lain, mereka tidak terkesan daripada kenaikan harga diesel.

PM berkata demikian dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan malam tadi.

Penyasaran Subsidi Diesel Tidak Babitkan T20

Perdana Menteri berkata, penyasaran subsidi diesel itu juga tidak membabitkan golongan T20 serta 3.8 juta warga asing. Kerajaan ingin tegaskan bahawa kenaikkan (penyasaran subsidi) tersebut tidak bebankan rakyat. Kerajaan naikkan kesannya kepada golongan maha kaya dan orang asing.

Jikalau ada rakyat yang terbeban menggunakan diesel, ada ruang untuk mereka rujuk kepada Kementerian Pengangkutan atau kementerian berkaitan seperti KPDN supaya dapat dipastikan penyasaran subsidi diesel itu hanya memberi kesan kepada golongan kaya dan warga asing serta tidak membebankan rakyat yang dibawah T20.

Kerajaan Umum Bantuan Tunai Kenderaan

Kerajaan Umum Penyasaran Subsidi Diesel Bermula Semenanjung, Sabah dan Sarawak Terkecuali
Kerajaan Umum Penyasaran Subsidi Diesel Bermula Semenanjung, Sabah dan Sarawak Terkecuali

Kerajaan juga memberi jaminan kebajikan rakyat akan terus terpelihara dalam menangani kos sara hidup. Kerajaan Malaysia bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk mereka dari petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.

Kerajaan juga jelaskan bahawa bantuan tunai ini pastinya tidak memanfaatkan golongan T20. Melalui PM juga menegaskan, bukti anjakan pengurusan kewangan negara ini jelas dilihat kerana penjimatan itu dapat digunakan dengan menambah baik bantuan kepada rakyat.

Antaranya dari kerajaan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditambah baik dengan meningkatkan peruntukan sebanyak RM700 juta, yakni lebih lima kali ganda ketimbang RM130 juta tahun 2023. Kerajaan juga meluaskan bilangan penerima kepada 700,000 dan menambah nilai bantuan kepada RM1,200 ketimbang RM600 sebelum ini.

Disamping itu, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga dinaikkan RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion tahun lalu kepada RM10 bilion tahun ini yang memanfaatkan sekitar sembilan juta penerima bersamaan 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

PM juga mengatakan bahawa bantuan murid sekolah turut ditambah baik apabila bermula tahun 2023, kerajaan memperluas Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dengan peruntukan hampir RM800 juta dari kerajaan Malaysia.

Menurutnya lagi, Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan dua kali daripada RM2.50 sekilogram pada 2022 kepada RM2.70 sekilogram tahun lalu dengan RM3 sekilogram untuk tahun 2024. Kerajaan Malaysia juga mengambil langkah untuk meningkatkan pendapatan pesawah. Kadar Skim Subsidi Harga Padi ditingkatkan daripada RM360 pada tahun 2022 kepada RM500 satu tan pada 2023.

Berapa Harga Diesel Terkini?

Dengan pengumuman kerajaan untuk penyasaran subsidi diesel, harga terkini diesel masih kekal dengan harga yang sama bagi diesel berikut:

  • Diesel Euro 5 B10. RM 2.15.
  • Diesel Euro 5 B7. RM 2.35.

Kemungkinan harga diesel akan naik apabila penyasaran subsidi diesel dinaikkan. Namun kerajaan Malaysia tegaskan bahawa perkara ini tidak akan membebankan rakyat kerana sasaran mereka adalah golongan yang berkemampuan.

Bila Penyasaran Subsidi Diesel Bermula?

Buat masa sekarang kerajaan Malaysia masih belum mengeluarkan tarikh rasmi bagi penyasaran subsidi diesel akan bermula. Namun ia akan bermula di semenanjung Malaysia terlebih dahulu. Rakyat Malaysia perlu mengikuti rapat berkenaan pengumuman terbaru untuk tahun ini bagi mengetahui info terkini subsidi diesel.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati