Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan Tetap di UITM Kemasukan Bulan 9

Pengambilan Jawatan Tetap di UITM Kemasukan Bulan 9

Pengambilan Jawatan Tetap di UITM. Peluang bekerja di era ekonomi membangun dan peningkatan inflasi yang tersangat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.Oleh sebab itu,kami sediakan info kerjaya iaitu Pengambilan Jawatan Tetap di UITM Kemasukan Bulan 9 yang boleh anda memohon bagi pekerjaan tahun 2023 ini.

Kita ketahui UITM merupakan Universiti terbesar cawangannya di Malaysia dan merupakan pusat pendidikan terhebat. Makluman jawatan ini telah diwar-warkan oleh pihak UITM sendiri untuk mengambil staff bagi membantu pengurusan pentadbiran di Uitm. Jom mencuba nasib untuk mohon bekerja dibawah Universiti Teknologi Mara Kedah.

Sertai telegram rasmi bagi saluran kerja kosong Malaysia kerajaan dan swasta. Untuk itu anda boleh tekan pautan dibawah:

Info Penuh Pengambilan Jawatan Tetap di UITM Kemasukan Bulan 9

Maklumat Ringkas Pengambilan Jawatan Tetap di UITM

Pengambilan Jawatan Tetap di UITM Kemasukan Bulan 9
Pengambilan Jawatan Tetap di UITM

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang telah diiklankan oleh majikan beserta penerangan ringkas:

JAWATAN KOSONGGREDSYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Pembantu Tadbir (Kewangan)W19Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pengawal KeselamatanKP11Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pengambilan Jawatan Tetap di UITM

Tarikh Tutup Pengambilan Jawatan Tetap di UITM

Untuk makluman kepada semua calon, tarikh permohonan telah dibuka pada 10 September dan tarikh tutup pula pada 24 September 2023 hari ahad 11:59

Semak Jadual Gaji Untuk Jawatan yang Baharu Dibuka

Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda terokai mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.

Syarat Kelayakan Pengambilan Jawatan Tetap di UITM

Untuk permohoan jawatan kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:

Pembantu Tadbir (Kewangan)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00)

    (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan KiraKira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40)

    (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40).

    (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)

    (v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)

Pengawal Keselamatan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11 : RM1,205.00)
    (ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).
  4. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu

    (ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita

    (iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26

    (iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik
    nafas (lelaki sahaja)

    (v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata

    (vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat

    (vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

Prosedur Pengambilan Jawatan Tetap di UITM

Iklan Permohonan Penuh Pengambilan Jawatan Tetap di UITM

Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang disiarkan:

Jika anda telah selesai membuat semakan iklan, maka anda hendaklah membuat permohonan terus agar anda tidak terlepas untuk mendapat pengalaman bekerja dibawah uitm.

Cara Tepat Semasa Buat Permohonan

Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan dibawah:

Langkah 1

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani

Langkah 2

Sila kemukakan permohonan kepada :

ALAMAT PERMOHONAN
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN UiTM
CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
08400, MERBOK KEDAH DARUL AMAN

Maklumat Tambahan Pengambilan Jawatan Tetap di UITM yang Penting Untuk Pemohon:

  1. Calon yang ingin memohon jawatan ini mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Permohonan dari individu yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun haruslah disertai dengan kelulusan daripada Ketua Jabatan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan Terkini.
  3. Setiap permohonan mesti disertakan dengan salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
    • Kad Pengenalan
    • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau yang setaraf
    • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada atau terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja atau penetapan gaji
    • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan, Badan Berkanun, atau separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  4. Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon SATU JAWATAN yang diiklankan.
  5. Permohonan yang tidak lengkap dan dari calon yang berkhidmat di jabatan kerajaan, badan berkanun, atau separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
  6. Hanya calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
  7. Calon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap tidak berjaya.
  8. Pemohon mesti bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati