Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cari Kerja Part Time BHPetrol di Seluruh 370 Cawangan Dalam Malaysia

Kerja Part Time BHPetrol
Cari Kerja Part Time BHPetrol di Seluruh 370 Cawangan Dalam Malaysia 6

Kerja part time BHPetrol ada disediakan diseluruh negeri dalam Malaysia. Dengan pengusahaan perniagaan berteraskan perkhidmatan stesen minyak di Malaysia, BHPetrol hadir dengan pelbagai kelebihan dan fleksibiliti untuk bekerja.

Dengan era peredaran zaman, pekerjaan adalah dibuka banyak sekali dan ditawarkan juga pekerjaan part time untuk diisi bagi mereka yang berminat.

Maklumat Kerja Part Time BHPetrol

kerja part time bhpetrol
Cari Kerja Part Time BHPetrol di Seluruh 370 Cawangan Dalam Malaysia 7

Tawaran Kerja Sambilan

Walaupun anda mempunyai pekerjaan hakiki, namun anda adalah seorang yang rajin bekerja dan ingin mencari wang tambahan. Maka, adalah patut untuk anda membuat permohonan kerja part time BHPetrol yang menawarkan kualiti kerja yang anda boleh kendali.

Pekerjaan yang ada di stesen minyak mempunyai pelbagai peranan yang anda boleh kenali. Berikut adalah jenis kerja part BHPetrol yang tersedia untuk dimohon anda bila-bila masa sahaja:

  1. Juruwang
  2. Jurupam
  3. Kru

Skop Tugasan Mengikut Jenis Kerja

Penting untuk para calon mengetahui tugasan kerja yang diklasifikasikan bagi memastikan anda hanya membuat pekerjaan di dalam ruang lingkup yang ditetapkan sahaja. Berikut jadual mengenai penerangan skop tugasan kerja part time BHPetrol yang anda kena tahu.

Senarai JawatanPenerangan Tugasan
Juruwang– Sebagai seorang juruwang tugas anda adalah untuk memastikan aliran keluar masuk duit terjaga.
– Menerima bayaran dan menguruskan pelanggan
Jurupam– Sebagai seorang jurupam anda perlu membantu pelanggan untuk mengisi masuk minyak kenderaan yang sudah dibayar oleh pelanggan
– Perlu untuk mengetahui keadaan di tempat pam minyak dari segi jenis minyak kenderaan, kebersihan kenderaan pelanggan dan lain-lain lagi melibatkan pengurusan layanan pelanggan.
Kru– Ditugaskan untuk memastikan keadaan stesen minyak adalah selamat dari segi keselamat dan kebersihan terjaga.
– Membantu tugas-tugas khas yang diperlukan sepanjang pengoperasian stesen minyak dijalankan.

Kelayakan Bekerja di Stesen Minyak BHPetrol

Bagi para calon yang berminat untuk memulakan kerja di BHPetrol anda mestilah ikuti syarat yang dinyatakan seperti dibawah:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas
  2. Kelayakan pendidikan minimum adalah PMR danSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
  3. Kemahiran komunikasi yang baik.
  4. Kemampuan berkerja dalam pasukan.
  5. Kesihatan fizikal yang baik.
  6. Kepatuhan terhadap prosedur keselamatan dan peraturan industri.
  7. Kebolehan dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik.
  8. Komitmen terhadap kerja dan etika kerja yang tinggi.

Etika Pemakaian Pekerja BHPetrol

Untuk pemaiakan pekerja di BHPetrol telah ditetapkan dan mestilah seragam di antara pekerja. Maklumat ini perlu untuk anda ketahui sebelum memulakan kerja part time BHPetrol.

  • Jenis kain : Cotton
  • Warna : Oren
  • Saiz tersedia : S, M, L, XL, XXL
baju staff bhpetrol
Cari Kerja Part Time BHPetrol di Seluruh 370 Cawangan Dalam Malaysia 8
Kerja part time bhpetrol
Cari Kerja Part Time BHPetrol di Seluruh 370 Cawangan Dalam Malaysia 9
baju staff bhpetrol 1
Cari Kerja Part Time BHPetrol di Seluruh 370 Cawangan Dalam Malaysia 10

Prosedur Permohonan Kerja Part Time BHPetrol

Semak Lokasi Cawangan BHPetrol

Sebelum memohon kerja part time, anda perlu untuk menyemak cawangan BHPetrol yang berdekatan atau yang anda minat mohon kejra.

Mengikut laman web rasmi BHPetrol, ada disediakan tempat khusus untuk melihat cawangan stesen minyak BHPetrol yang anda boleh layari untuk akses semua lokasi semua negeri.

Cara Mohon Kerja Part Time BHPetrol

Berdasarkan lokasi cawangan BHPetrol di atas, anda boleh mendapatkan maklumat dan terus menghubungi talian majikan dan mohon bekerja sebagai part time. Untuk memudahkan anda, kami senaraikan langkah permohonan yang boleh anda ikuti:

  1. Lawati laman web rasmi BHPetrol atau hubungi cawangan terdekat untuk mendapatkan maklumat mengenai kekosongan pekerjaan.
  2. Hubungi BHPetrol untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda boleh mencari nombor telefon atau alamat e-mel di laman web mereka.
  3. Selepas berurusan dengan wakil BHPetrol, jika mereka memerlukannya, pastikan resume anda dikemaskini dan menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon.
  4. Buat surat permohonan yang merangkumi minat anda untuk pekerjaan dan mengapa anda sesuai untuk kerja tersebut.
  5. Sekiranya wakil BHPetrol meminta temuduga, sediakan diri anda untuk sesi temuduga. Pastikan anda tampil dengan pakaian yang sesuai dan bersedia menjawab soalan-soalan berkaitan pekerjaan dan pengalaman anda.

Selain itu, pastikan anda memberikan maklumat yang tepat dan profesional dalam setiap komunikasi dengan majikan. BHPetrol sering mencari pekerja yang mempunyai sikap positif, komunikasi yang baik, dan komitmen terhadap kerja. Jadi, pastikan anda menunjukkan ciri-ciri ini semasa berurusan dengan mereka.

Soalan FAQs Kerja Part Time BHPetrol Seluruh Malaysia

Adakah BHPetrol menerima permohonan secara dalam talian?

Mengikut keadaan dan tempat. Sila kunjungi laman web BHPetrol atau hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai cara memohon pekerjaan secara dalam talian. Proses permohonan dalam talian adalah lebih mudah dan cepat.

Apakah proses temuduga bagi pemohon pekerjaan part time di BHPetrol?

Anda mungkin akan ditanya soalan mengenai pengalaman anda, kemahiran komunikasi, dan sebab-sebab anda berminat untuk bekerja di BHPetrol. Persediaan yang baik untuk temuduga adalah penting, termasuk pengetahuan mengenai syarikat dan perkhidmatan mereka.

Berapakah gaji atau bayaran yang ditawarkan kepada pekerja part time di BHPetrol?

Untuk bayaran gaji pekerja part time adalah bergantung kepada nilai yang ditawarkan untuk kerja sejam. Kebiasaanya bayaran pekerja part time adalah sebanyak RM7-8 sejam.

Bolehkah saya memilih cawangan BHPetrol yang sesuai untuk saya bekerja?

Ya, boleh. Anda boleh menghubungi cawangan-cawangan berdekatan atau yang anda kehendaki merujuk kepada maklumat yang diberikan untuk mengetahui cawangan yang ada kekosongan yang sesuai untuk anda.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati