Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Kerja Keretapi KTMB Bagi Ambilan Bulan Oktober 2023

Kerja Keretapi KTMB
Pengambilan Kerja Keretapi KTMB Bagi Ambilan Bulan Oktober 2023 6

Makluman kepada semua rakyat Malaysia yang masih mencari pekerjaan. Kami kongikan satu maklumat terkini iaitu pengambilan kerja keretapi KTMB bagi bulan Oktober. Makluman ini menjadi satu peluang keemasan kepada anda semua para lepasan graduan atau sesiapa yang berminat untuk membina karier dibawah Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB).

Oleh yang demikian, untuk pengetahuan am syarikat KTMB adalah satu syarikat pengangkutan keretapi yang lama di Malaysia dan mempunyai pelbagai kelebihan jika anda bekerja dibawah seliaan mereka. Jadi kepada pemohon yang berminat untuk memohon diingatkan agar menyemak dan membaca satu persatu maklumat yang kami akan kongsikan dibawah,

Kepada mereka yang masih mencari peluang kerjaya mengikut minat anda, anda boleh rujuk telegram kami yang menyediakan pelbagai maklumat terkini berkaitan kerjaya swasta,part time atau dibawah sektor kerajaan:

Penjelasan Lengkap Bagi Ambilan Kerja Keretapi KTMB

Maklumat Ringkas Jawatan

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang telah diiklankan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad beserta penerangan ringkas:

Senarai Jawatan

JAWATAN KOSONGGREDSEKTOR
Pelatih Pemandu Tren(GRED: A07G10)Jabatan Kawalan Operasi
Pembantu Trafik(GRED: N09G10)Jabatan Kawalan Operasi
Penyenggara Am(GRED: PA10G12)Jabatan Kawalan Operasi

Tarikh Tutup Permohonan KTMB

Untuk makluman kepada semua calon, tarikh tutup permohonan kerjaya di Kereta Api Tanah Melayu Berhad ini pada 15 Oktober 2023 pada hari Ahad pukul 11:59 malam. Diminta kepada pemohon untuk segerakan permohonan anda agar proses pemilihan berjalan dengan lancar.

Semak Jadual Gaji Untuk Jawatan yang Baharu Dibuka

Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda terokai mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.

Syarat Kelayakan yang Perlu Ada Pada Calon

Untuk permohoan jawatan kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:

Pelatih Pemandu Tren

  • Mempunyai Sijil daripada Politeknik atau mana-manainstitusi yang setaraf.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayudan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna.
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah/ dadah.
This image has an empty alt attribute; its file name is photo_2023-10-12_09-38-57-1024x546.jpg
Iklan Jawatan Kerja Keretapi KTMB

Pembantu Trafik

  • Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 3 kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Berumur 18 tahun hingga 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai personaliti yang menarik.
  • Bersikap proaktif dan positif dan minat mendalam dalam bidang perkhidmatan pelanggan.
  • Tiada rekod jenayah/ dadah.
  • Sedia berkhidmat di mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad.
photo 2023 10 12 09 38 55
Iklan Jawatan Kerja Keretapi KTMB

Penyenggara Am

  • Umur 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Lulus Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).
  • Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapanV6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna.
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah/ dadah.
  • Sedia berkhidmat di mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad.
photo 2023 10 12 09 38 54
Iklan Jawatan Kerja Keretapi KTMB

Spesifikasi Tugas Bagi Ketiga-tiga Jawatan diatas

Berikut kami sediakan beberapa spesifikasi kerja pada jawatan yang anda bakal mohon:

JAWATANTUGAS KERJA
Pelatih Pemandu Tren● Calon-calon yang berjaya di dalam temuduga akan dipanggil untuk menghadiri kursus di Akademi KTMB (MyRA) Batu Gajah untuk
tempoh selama dua (2) tahun.
● Calon-calon dikehendaki menjalani latihan teori, amali dan praktikal.
● Calon-calon dikehendaki menduduki peperiksaan pada akhir kursus/ program.
● Calon-calon yang telah lulus dalam peperiksaan yang ditetapkan, akan dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan jawatan Pemandu Tren (EMU, DMU, Lokomotif Kargo/ Intercity).
Pembantu Trafik● Memastikan penumpang membuat perjalanan yang selesa dan tiba ke destinasi dengan selamat mengikut jadual yang ditetapkan.
● Menyantuni penumpang dengan penuh senyuman sepanjang masa.
● Bersedia membantu penumpang pada bila-bila masa sepanjang perjalanan.
● Memeriksa tiket dan memastikan tarikh dan masa perjalanan adalah betul.
● Sentiasa mempunyai maklumat semasa, info tren terkini serta menerima maklumbalas dari penumpang/ tetamu bagi tujuan memperbaiki mutu perkhidmatan dan menyerahkan laporan kepada pegawai penyelia.
● Sentiasa memastikan keselamatan penumpang sepanjang masa.
● Membuat pengumuman dari semasa ke semasa jika berlaku kecemasan.
Penyenggara Am● Membersih kawasan sekitar stesen, tandas, bilik VIP, bilik sembahyang, Pejabat Pengurus Stesen, pejabat tiket, platfom dan tempat lain seperti diarahkan oleh Pengurus Stesen.
● Pemeriksaan dan pembersihan berjadual di setiap kemudahan seperti tandas, lif, tangga, lobi stesen, pejabat, surau, kaunter, bilik VIP dan platfom.
● Penjagaan dan kebersihan kawasan persekitaran parkir, landskap, longkang,
pagar dan laluan pejalan kaki.
● Menaik dan menurun bendera Malaysia, KTMB dan negeri pada setiap hari mengikut waktu yang ditetapkan.
● Mengoperasi poin-poin dan semboyan di bawah arahan Pengurus Stesen.
● Mempamerkan isyarat Semboyan Tangan kepada Pemandu Tren bila mana perlu atas arahan atau pengawasan Pengurus Stesen/ Jusemboyan.

Langkah Permohonan Kerja Keretapi KTMB

Iklan Permohonan Penuh Pelbagai Jawatan

Sebelum membuat urusan permohonan kerja digalakkan untuk anda melihat terlebih dahulu iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang dikeluar oleh pihak KTMB:

Permohonan Hanya Secara Online

Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan.

• Permohonan adalah secara online melalui portal permohonan kerja KTMB Disini

photo 2023 10 12 09 38 52
Login Permohonan Kerja Keretapi KTMB

• Untuk memohon sila daftar masuk (login) atau jika anda belum mendaftar sebagai pencari kerja, sila daftar terlebih dahulu.

• Sila lengkapkan borang online dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan (rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan

• Pastikan anda telah melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan juga mengikuti syarat yang diberikan sebelum menghantar permohonan

• Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

• Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

Kita sekarang berada di fasa mencari kerja agak susah untuk diterima walaupun ada pengalaman bekerja dan lagi kepada graduan yang baru habis susah mencari pekerjaan. Di sini admin, doakan kepada semua yang memohon kerja keretapi KTMB dipermudahkan urusan anda lalu lulus diterima bekerja dibawah syarikat KTMB.

Maklumat Tambahan

Permohonan hendaklah dibuat melalui LINK E-Recruitment KTMB tidak lewat dari 15 Oktober 2023 Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Unit Perancangan & Pengambilan Bakat, Jabatan Modal Insan Keretapi Tanah Melayu Berhad di talian 03-2263 1273/1137

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati