Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Syarikat Penerbangan MYAirline Gantung Operasi Berkuatkuasa 12 Oktober 2023

myairline gantung operasi
Syarikat Penerbangan MYAirline Gantung Operasi Berkuatkuasa 12 Oktober 2023 6

Berita mengejutkan untuk rakyat Malaysia berkenaan penerbangan MYAirline gantung operasi keranan berdepan dengan isu kewangan. Hal ini telah dimaklumkan harini di awal pagi pada puku 5 pagi lebih.

Perkara ini telah menimbulkan pelbagai tanda tanya oleh rakyat Malaysia. Syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan penerbangan harga bajet itu adalah merupakan syarikat yang kini merupakan kegemaran sebahagian rakyat Malaysia.

Pengumuman Mengejutkan Oleh MYAirline di Awal Pagi

Keluar Kenyataan Bahawa MYAirline Gantung Operasi

myairline gantung operasi

Pada 12 Oktober 2023, MYAirline, sebuah syarikat penerbangan tambang murah, mengumumkan penggantungan operasinya dalam satu kenyataan rasmi pagi tadi. Keputusan ini, menurut syarikat akan berlangsung hingga tarikh yang akan dimaklumkan pada masa akan datang. Penyebab penggantungan operasi ini dinyatakan sebagai tekanan kewangan. MYAirline gantung operasi kerana menghadapi langkah sukar sebelum mereka dapat memulakan proses restrukturisasi pemegang saham dan penjanaan modal syarikat.

Dalam kenyataan tersebut, MYAirline mengucapkan permintaan maaf dan memahami kesan yang akan dialami oleh penumpang setia, pekerja syarikat, dan rakan kongsi. Mereka juga menjelaskan bahawa sebelum mengambil keputusan ini, mereka telah berusaha keras untuk mencari pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan operasi. Namun, kekangan masa telah mengakibatkan syarikat tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil langkah ini.

MYAirline Mohon Pelanggan Jangan Hadiri Lapangan Terbang

MYAirline juga memberi nasihat kepada penumpang yang terjejas untuk tidak menghadiri lapangan terbang dan mencari alternatif lain bagi perjalanan mereka. Mereka berjanji bahawa Lembaga Pengarah, pemegang saham, dan kakitangan MYAirline akan berusaha keras untuk menyambung operasi semula secepat yang mungkin, walaupun mereka tidak dapat memberikan sebarang jaminan mengenai tarikh yang tepat.

Berkenaan MYAirline gantung operasi, pihak mereka mengulangi permohonan maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan akibat penggantungan ini dan berjanji akan memberi kemas kini jika ada perkembangan. Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan sokongan, mereka boleh menghubungi melalui pautan dibawah.

Kerajaan Gesa MYAirline Ambil Tindakan Segera

MYAirline Perlu Bincang Isu Dihadapi Kepada Mavcom

MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah diberitahu oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, untuk menjelaskan segala masalah yang mereka hadapi kepada Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sebelum agensi tersebut dapat diberikan bantuan.

Anthony Loke menyatakan, “Kami akan menilai isu-isu mereka, termasuk aspek kemudahan, pelesenan, dan sokongan kawal selia. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu dan memberikan sokongan, tetapi mereka perlu datang kepada kami dan menjelaskan permasalahan yang dihadapi.”

Kerajaan Menunggu Laporan daripada MYAirline

Menteri Loke, dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Penerbangan Kebangsaan (NACC), tidak mempunyai maklumat mengenai status kewangan MYAirline atau kemungkinan pengambilalihan syarikat tersebut. Beliau menyatakan, “Setakat ini, saya tidak menerima sebarang maklumat daripada Mavcom. Saya tidak mempunyai maklumat mengenai sama ada syarikat ini akan dijual kepada pihak lain atau siapa yang akan mengambil alih. Ini adalah di luar pengetahuan saya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, pihak berkepentingan atau pihak lain sepatutnya memberitahu Mavcom. Namun, setakat ini, saya difahamkan bahawa tiada maklumat yang tersedia.”

Sebelum MYAirline gantung operasi, menurut media tempatan melaporkan bahawa MYAirline, syarikat penerbangan tambang murah, mungkin akan menerima pelabur baharu yang berpotensi, Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari, anak kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebagai tindak balas terhadap masalah kewangan yang melanda syarikat ini. Ini berlaku selepas Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo, meletak jawatan pada 7 Oktober 2023 atas sebab kesihatan.

Saluran untuk Para Pelanggan MYAirline yang Terjejas

Perkhidmatan Atas Talian MYAirline Diserbu Pelanggan

myairline gantung operasi 1

Situasi terkini yang dialami oleh syarikat MYAirline apabila menerima banyak panggilan atau khidmat pelanggan ekoran MYAirline gantung operasi. Ramai pelanggan yang mengeluh di laman facebook rasmi MYAirline keranan tiket penerbangan mereka ditunda dan ramai yang mendakwa mereka belum menerima maklum balas oleh pihak MYAirline.

Keluhan pelanggan yang terlalu tinggi menyebabkan pihak MYAirline perlu melayan sebilangan ramai yang terkesan dengan urusan penangguhan penerbangan, penjadualan penerbangan semula dan lain-lain urusan.

Saluran untuk Para Pelanggan Menghubungi Customer Services MYAirline

saluran khidmat pelanggan MYAirline

Untuk pelanggan yang terjejas dengan isu MYAirline gantung operasi, boleh menghubungi Customer Services MYAirline. Kami ingin mengesyorkan agar anda merujuk ke laman sokongan pelanggan (customer support) MYAirline. Anda boleh mencari maklumat terkini mengenai urusan pelanggan, pertanyaan, dan sokongan yang anda perlukan di sana.

Laman sokongan pelanggan MYAirline adalah sumber utama bagi segala perkara berkaitan dengan perjalanan anda dan untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Urusan Pembayaran dan Refund MYAirline

Bagi para pelanggan yang terjejas dan ingin membuat urusan berkenaan pembayaran balik, anda boleh ikuti di laman customer support yang menyediakan perkhidmatan pelanggan yang akan dapat membantu urusan anda.

Disediakan pelbagai pertanyaan dan panduan untuk anda mendapatkan saluran yang betul bagi bertanyakan masalah yang anda hadapi.

myairline gantung operasi

Untuk maklumat dan pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh mengklik dimana-mana bahagian yang perlu anda berurusan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati