Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Lelaki dan Wanita Awam Dibuka 16 Oktober 2023

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Lelaki dan Wanita
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Lelaki dan Wanita Awam Dibuka 16 Oktober 2023 4

Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 telah dibuka kepada umum untuk dibuat permohonan. Perkara ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak PDRM di laman rasmi Facebook dan laman web. Sehubungan itu, adalah dialu-alukan kepada orang ramai untuk membuat permohonan jawatan Konstabel Polis dengan kadar segera yang dibuka dari 16 oktober sehingga 30 oktober 2023.

Untuk maklumat lengkap permohonan berserta maklumat lengkap dan tip kerjaya anda boleh teruskan bacaan di bahagian seterusnya.

PDRM Buka Pengambilan Konstabel Polis Bulan Oktober 2023

Jawatan Polis Terbuka Kepada Lelaki dan Perempuan

PDRM buka pengambilan kali ini terbuka kepada lelaki dan perempuan.Permohonan jawatan konstabel polis Gred YA1 adalah merupakan jawatan polis yang akan ditempatkan di seluruh negara untuk diisi segera.

Calon yang terpilih akan menjalani proses pemilihan berdasarkan ujian fizikal. Kemudian seterusnya calon akan menghadapi temuduga sebelum berjaya dilantik sebagai konstabel polis secara rasminya.

permohonan jawatan konstabel polis gred ya1
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Lelaki dan Wanita Awam Dibuka 16 Oktober 2023 5

Syarat Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1

Telah digariskan oleh PDRM untuk para calon ikuti syarat permohonan jawatan konstabel polis gred YA1 yang telah ditetapkan. Untuk syarat adalah terdapat dua syarat yang perlu diikuti iaitu syarat akademik dan syarat fizikal.

  1. Calon mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 28 tahun pada tarikh tutup permohonan secara atas talian.
  2. Hanya Warganegara Malaysia yang layak memohon.

Syarat Kelayakan Akademik

Berikut adalah peneranganj kelayakan akademik yang ditetapkan oleh PDRM untuk pengambilan kali ini.

AkademikPenerangan
Kelayakan Akademik (Pilihan 1)Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Dua (2) kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain.
Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM 1,441.00.
Kelayakan Akademik (Pilihan 2)Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’).
Memiliki purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67), dan kompeten dalam modul vokasional, terutamanya dalam bidang kursus yang telah dinyatakan.
Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM 1,441.00.
Kelayakan Akademik (Pilihan 3)Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Memiliki Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM 1,507.01.
Kelayakan Akademik (Pilihan 4)Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Memiliki Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM 1,573.02.
Untuk permohonan jawatan konstabel polis gred ya1 adalah minima SPM yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Syarat Kelayakan Fizikal

Berikut adalah syarat kelayakan fizikal permohonan lelaki dan wanita mengikut penetapan rasmi oleh PDRM:

Kelayakan FizikalLelakiWanita
TinggiLelaki mesti mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 163cm.Wanita mesti mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 157cm.
Berat BadanSekurang-kurangnya 50kgSekurang-kurangnya 48kg
Indeks Jisim Badan (BMI)Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
Ukuran Lilit Dada81cm dalam keadaan biasa dan 86 semasa menarik nafas
PenglihatanLulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan.Lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan.
Pengecaman Warna dan PendengaranPengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
Kesihatan UmumMesti diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegamal perubatan berdaftar.Mesti diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegamal perubatan berdaftar.

Gaji dan Faedah yang Ditawarkan

Untuk jawatan konstabel polis gred ya1 adalah diperuntukkan gaji dan faedah yang ditetapkan berdasarkan sektor kerajaan Malaysia. Terdapat beberapa faedah dan kenaikan gaji yang akan diterima oleh bakal calon jawatan yang terpilih:

  • Gaji permulaan : RM1441.00
  • Elaun Khidmat
  • Elaun Sara Hidup / Bayaran Insentif Wilayah
  • Bayaran Insentif Khas PDRM
  • Elaun Perumahan
  • Lain-lain elaun mengikut jabatan

Urusan Membuat Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Bagi Ambilan Tahun 2023

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Lelaki dan Wanita Awam Dibuka 16 Oktober 2023 6

Hebahan Rasmi Oleh PDRM

Kepada orang awam yang berminat untuk menyertai perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebagai konstabel, kami ingin memberi amaran bahawa adalah penting untuk merujuk iklan permohonan jawatan konstabel polis gred ya1 yang telah dikeluarkan sebelum membuat permohonan anda.

Iklan permohonan jawatan konstabel mengandungi maklumat penting mengenai syarat-syarat kelayakan, tarikh tutup permohonan, proses pemilihan, dan maklumat lain yang perlu anda ketahui sebelum menghantar permohonan. Kami menasihatkan anda untuk membaca iklan tersebut secara teliti sebelum memulakan proses permohonan.

Kaedah Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1

Anda boleh mengemukakan permohonan untuk jawatan Konstabel Polis Gred YA1 melalui laman web rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di laman e-pengambilan. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

  1. Sekiranya anda belum mempunyai akaun di laman web tersebut, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Anda akan diminta untuk mengisi maklumat peribadi dan mengesahkan akaun anda.
  2. Selepas mendaftar akaun, log masuk ke laman web dengan menggunakan akaun yang telah anda daftarkan.
  3. Isi borang permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 dalam talian mengikut arahan yang diberikan dalam iklan. Pastikan anda memberikan maklumat yang tepat dan lengkap.
  4. Dokumen-dokumen sokongan seperti salinan Sijil Pelajaran Malaysia, gambar pasport, dan dokumen lain yang dinyatakan dalam iklan perlu dimuat naik ke dalam sistem.
  5. Semak semula borang permohonan untuk memastikan semua maklumat dan dokumen telah dimasukkan dengan betul. Setelah yakin, hantar permohonan anda melalui laman web.
  6. Anda boleh menggunakan akaun anda untuk semak status permohonan anda di laman web. PDRM akan memberikan maklumat lanjut mengenai proses pemilihan dan keputusan.

Pastikan anda merujuk iklan permohonan untuk mendapatkan maklumat terkini dan pastikan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan. Selamat berjaya dalam permohonan jawatan konstabel polis gred ya1 di PDRM.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati