Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai dan Susunan 16 Pangkat Polis Diraja Malaysia(PDRM)

Senarai dan Susunan 16 Pangkat Polis Diraja Malaysia (pdrm)

Apakah itu pangkat polis diraja Malaysia? Polis adalah merupakan satu bidang pekerjaan badan beruniform dibawah Kementerian Dalam Negeri. Seperti kita ketahui, polis amatlah rapat dengan masyarakat sesuai dengan “Polis dan masyarakat berpisah tiada”.

Jasa pihak polis juga sangat besar dan peranan mereka adalah untuk memastikan keselamatan masyarakat dan negara terjaga.

Masih ramai yang belum tahu terdapatnya perbezaan antara tugasan polis mengikut pangkat. Oleh itu, terdapat pengetahuan yang anda boleh ikuti berkenaan pangkat polis PDRM dibawah.

Penerangan Lengkap Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Apakah Maksud Polis Diraja Malaysia?

image 407

Polis Diraja Malaysia(PDRM) terdiri daripada 137,574 pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam. Tugas yang dijalankan oleh PDRM, bermula dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan juga penglibatan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Pihak PDRM bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas keselamatan dan melindungi negara yang turut dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam.

Senarai 10 Jabatan Dalam PDRM

image 409

Terdapat senarai jabatan dalam PDRM yang anda boleh ketahui. Setiap jabatan ini mempunyai peranan yang tersendiri. Berikut adalah senarai 10 jabatan dalam PDRM:

  1. Jabatan Pengurusan,
  2. Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
  3. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,
  4. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil,
  5. Jabatan Sumber Logistik dan Teknologi,
  6. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA),
  7. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
  8. Jabatan Siasatan Jenayah,
  9. Cawangan Khas,
  10. Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard

Senarai Tugas Polis Diraja Malaysia

Terdapat peruntukan khas berkenaan tugas am polis diraja Malaysia dibawah seksyen 20 dalam akta Polis No.41-1967. Bagi seorang polis adalah ditugaskan kepada mereka untuk mejalankan beberapa tugasan seperti:

  • Menangkap semua orang yang dia berkuasa menangkap menurut undang-undang.
  • Menjalankan risikan keselamatan.
  • Menjalankan pendakwaan.
  • Menolong menjalankan sebarang tugas mengenai hasil, cukai,kesihatan,kuarantin,Imigresen dan pendaftaran.
  • Menolong mengekalkan ketenteraman di Perlabuhan, Pengkalan, dan Lapangan Terbang.
  • Menjalankan Saman, sepina dan waran.
  • Menghebatkan maklumat.
  • Menjaga harta benda yang tidak dituntut serta mencaru tuannya.
  • Menangkap binatang yang merayau-rayau dan dimasukkan ke dalam pound awam.
  • Menolong menyelamatkan nyawa dan harta benda.
  • Menjaga harta benda daripada hilang dan rosak.
  • Menghadiri Mahkamah.
  • Tugas eskot orang salah.

Berkenaan Pangkat Polis Diraja Malaysia

Bidang kuasa polis mempunyai organisasi yang tersendiri dan juga terdapat pembahagian dari segi pangkat polis diraja Malaysia. Dengan pembahagian pangkat ini maka terdapat juga pembahagian tugas yang berbeza seiring dengan pengkelasan pangkat.

2 Kategori Pangkat Polis Diraja Malaysia

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada
2 kategori, iaitu :-

  • Kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan
  • Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.
image 408

Bagi kumpulan pegawai kanan polis adalah dibahagi kepada2 kelompok yang mana pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis keatas dikelaskan sebagai Pegawau Polis Diwartakan.

Manakala bagi Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan juga Cif Inspektor dikelaskan sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan.

Kumpulan Utama Pegawai Kanan Polis

Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan
utama, iaitu :-

  1. Kumpulan Komisioner (ACP – IGP),
  2. Kumpulan Superintendan (ASP – SUPT) dan
  3. Kumpulan Inspektor (INSP – C/INSP).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Senarai Pangkat Polis Diraja Malaysia

image 410

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

Pegawai-Pegawai Kanan Polis

  • Inspektor General Polis (IG)
  • Deputi Inspektor General Polis (DIG)
  • Komissioner Polis (CP)
  • Deputi Komisioner Polis (DCP)
  • Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
  • Asisten Komisioner Polis (ACP)
  • Superintendan Polis (SUPT.)
  • Deputi Superintendan Polis (DSP)
  • Asistan Superintendan Polis (ASP)
  • Cif Inspektor (C/INSP)
  • Inspektor (INSP)
  • Inspektor Percubaan (P/I)

Pegawai Rendah Polis

  • Sub-Inspektor (SI)
  • Sarjan Mejar (SM)
  • Sarjan (SJN)
  • Koperal (KPL)
  • Lans Koperal (L/KPL)
  • Konstabel (KONST)

Senarai pangkat ini adalah mengikut turutan dari bawah ke atas. Pangkat polis yang disenaraikan ini mempunyai tugas dan pengkhususan yang khusus.

Cara Kenaikan Pangkat Polis Diraja Malaysia

Dalam kenaikan pangkat polis, seseorang itu perlu memasuki perkhidmatan polis sebagai konstabel, Sarjan dan Inspektor. Sekiranya anda terpilih, anda perlu menjalani kursus asas bergantung kepada jenis pangkat selama 3-12 bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Menerusi kursus ini, anda akan mempelajar berkenaan undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani serta seni mempertahankan diri.

Selepas anda disahkan jawatan dalam perkhidmatan polis, anda akan mula berkhidmat dan mempunyai peluang yang samarata dalam kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat polis diraja Malaysia adalah dinilai berdasarkan:

  • Tempoh perkhidmatan
  • Kecemerlangan dalam tugas
  • Rekod perkhidmatan yang baik

Soalan FAQs Berkenaan Pangkat Polis Diraja Malaysia

Apakah pangkat polis diraja Malaysia paling tinggi?

Inspektor General Polis (IG) adalah merupakan pangkat paling tinggi dalam organisasi PDRM.

Dimanakah ibu pejabat polis diraja Malaysia?

Ibu pejabat PDRM terletak di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Adakah polis yang berpangkat tinggi boleh ditahan jika disabitkan kesalahan?

Ya, seorang polis boleh ditahan jika terlibat dengan kesalahan di sisi undang-undang.

Adakah kenaikan pangkat mengikut tempoh perkhidmatan?

Untuk kenaikan pangkat polis ianya tertakluk kepada kecemerlangan perkhidmatan, tempoh perkhidmatan dan lain-lain perkara yang perlu dinilai oleh orang atasan PDRM.

Bagaimanakah cara untuk menjadi seorang polis?

Anda boleh membuat permohonan apabila pengambilan polis dibuka. Pengambilan polis boleh dimohon melalui laman e-pengambilan PDRM.

2 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati