Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Ringkas dan Sedap

ayam goreng berempah template

Ayam goreng berempah sememangnya menjadi kegemaran ramai orang. Selalunya, kalau masak ayam goreng berempah ni memang satu tak akan cukup sebab sedap sangat. Jadi, untuk memudahkan anda semua terutamanya yang suka makan ayam berempah ni, harini kami akan kongsikan resepi ayam goreng berempah yang mudah dan ringkas saja!

Berikut merupakan perkongsian resepi ayam goreng berempah yang senang je nak buat. Jom cuba!

Resepi Ayam Goreng Berempah

Sebelum nak masak, kenalah sediakan bahan dulu kan. Bahan-bahan nak buat menu ni tak banyak pun jadi kat bawah ni ialah bahan-bahan yang perlu disediakan sebelum nak masak ayam goreng berempah ni. Semua bahan kat bawah pun adalah bahan-bahan ringkas dan senang nak dapat.

ayam berempah

Bahan-bahan:

  1. Serai
  2. Lengkuas
  3. Halia
  4. Lada kering
  5. Telur ayam
  6. Garam
  7. Serbuk kunyit
  8. Ajinamoto
  9. Gula
  10. Biji Ketumbar
  11. Daun kari
  12. Tepung jagung

Cara Memasak Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah

Lepas dah siapkan semua bahan, bolelah mula memasak. Cara masak pun tak susah mana, mudah jer.

Untuk mudahkan anda semua, ikut jer lima langkah ni untuk menyediakan menu seperti di bawah.

  1. Sediakan ayam yang telah dicuci dan ditapis airnya.
  2. Masukkan semua bahan yang disenaraikan di atas.
  3. Gaul agar rasa rempah sebati.
  4. Perap ayam selama 20 minit dan simpan dalam peti sejuk.
  5. Goreng dan masakan sedia untuk dihidangkan.

Sesiapa yang nak cuba resepi ayam goreng berempah yang lain pun boleh. Kami sertakan beberapa resepi ayam goreng berempah yang mudah untuk anda lakukan di rumah.

Jika kehilangan idea nak masak apa, bolelah cuba resepi ini di rumah. Harap dengan perkongsian kali ni, anda boleh gunakan resepi ini sebagai menu harian anda. Lepas ni, anda semua dah boleh buat ayam berempah ni sendiri kat rumah, tak payah beli kat luar sebab mudah jer nak masak. Jangan lupa kongsikan resepi ni dengan rakan anda.

Selamat menjamu selera!

Berapa lamakah masa yang diambil untuk memerap ayam sebelum digoreng?

Balsamic Marinated Chicken Juicy Baked or Grilled Chicken Breast

Ayam perlu diperap selama 20 minit sebelum dimasak.

Berapakah bahan yang diperlukan untuk memasak ayam goreng berempah?

Terdapat 12 bahan yang perlu disediakan sebelum memasak ayam goreng berempah.

Apakah bahan asas yang perlu untuk memasak ayam goreng berempah?

Bahan asas untuk memasak ayam goreng berempah ialah ayam, serai, lengkuas, halia, lada kering, telur ayam dan biji ketumbar.

Apakah yang sedap dimakan dengan ayam goreng berempah?

Ayam goreng berempah sedap dimakan dengan nasi putih, tauhu dan sambal.

Apakah ayam berempah?

Ayam berempah ialah ayam yang diperap dengan pelbagai rempah.

Bilakah ayam goreng berempah dihidangkan?

Ayam goreng berempah sellau dihidangkan sebagai menu makan malam kerana mudah unutk disediakan dan juga pada upacara perkahwinan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati