Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Download Surat Rayuan Haji 2024 dan Senarai Alasan Mohon Rayuan Haji

download surat rayuan haji

Mohon rayuan haji melalui surat rayuan haji 2024. Mungkin ramai yang berhajat untuk menunaikan haji bagi tahun 2024. Mengikut rekod pada tahun 2023, sebanyak 100 ribu permohonan rayuan haji dibuat oleh pelbagai lapisan. Kuota haji adalah diberikan oleh badan berwajib seperti Tabung Haji sahaja.

Permohonan rayuan haji dijangka akan dibuka pada 3 bulan sebelum musim haji. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai hajat untuk menunaikan haji bagi tahun 2024, disarankan kepada anda untuk membuat rayuan haji sebagai usaha dan ikhtiar untuk menjejakkan kaki ke Kaabah.

Berkenaan Rayuan Haji 2024

Bilakah Rayuan Haji 2024 Dibuka?

Download Surat Rayuan Haji 2024 dan Senarai Alasan Mohon Rayuan Haji

Untuk tahun 2024, pihak Tabung Haji masih belum mengumumkan tarikh rasmi rayuan haji 2024. Bagi tahun 2023 yang lalu, permohonan telah dibuka pada 27 Mac 2023 dan ditutup pada 21 Mei 2023 dengan sebanyak 100,000 permohonan dikemukakan oleh bakal haji. Untuk maklumat lanjut berkenaan rayuan haji 2024 boleh rujuk pada artikel yang kami sediakan.

Untuk membuat rayuan haji 2024, anda boleh melalui cara manual dan cara online. Terdapat juga pilihan lain yang anda boleh buat selain membuat rayuan haji tabung haji, anda juga boleh membuat rayuan melalui Pengelol Perkhidmatan Haji (PJH).

Apakah Kriteria Utama untuk Membuat Rayuan Haji?

image 141

Untuk kriteria utama dalam membuat rayuan haji, pemohon perlu mencukupi beberapa syarat. Berikut adalah merupakan syarat kriteria untuk membuat rayuan haji:

  • Keutamaan dalam pemilihan akan diberi kepada bakal haji yang membuat rayuan:
    • Mahram
    • Lanjut usia
    • Pembantu lanjut usia
    • Mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini namun terpaksa menangguh ibadah haji.
  • Pertimbangan rayuan juga diberi keutamaan kepada mereka yang giliran menunaikan haji adalah pada tahun berikutnya (Contoh: Tahun semasa ialah 1445H/2024M, manakala tahun giliran tunai haji ialah tahun berikutnya 1446H/2025M).

Permohonan Rayuan Haji 2024

Cara Buat Permohonan Melalui Surat Rayuan Haji 2024

Terdapat kaedah permohonan manual yang anda boleh lakukan untuk memohon rayuan haji 2024. Melalui surat rayuan haji 2024, anda boleh menghantar terus ke cawangan Tabung Haji (TH). Sebagai rujukan untuk persuratan rasmi, kami sediakan kepada anda contoh surat rayuan Haji 2024 yang anda boleh download.

image 139

Berikut adalah merupakan pautan Download Surat Rayuan Haji 2024:

Alasan untuk Buat Surat Rayuan Haji yang Boleh Digunakan

Terdapat pelbagai alasan yang anda boleh kemukakan dalam surat rayuan Haji. Berikut adalah antara alasan-alasan lain yang anda boleh guna:

1. Ikut Suami/ Ayah/ Abang/ Adik Lelaki

Dalam kes ni, suami / ayah / abang / adik lelaki telah mendapat tawaran haji. Oleh itu, sekiranya kita ini isteri / anak perempuan / adik-beradik perempuan, boleh nyatakan bahawa kita hendak mengikut mahram kita untuk pergi haji. Kita tiada mahram lain yang lebih sesuai. Untuk pergi haji, adalah wanita WAJIB pergi bersama mahramnya iaitu samada suami  / ayah / abang / adik lelaki.

2. Ingin Menjaga Ibu/ Ayah yang Mempunyai Masalah Kesihatan

Sekiranya ibu atau ayah telah pun mendapat tawaran haji dan mereka ada masalah kesihatan, Anda boleh mohon atas sebab ibu ayah mempunyai masalah kesihatan dan perlukan penjagaan.

3. Telah Tamat Kursus Haji.

Sekiranya sebelum ini anda pernah pergi kursus haji, sertakan sekali dalam tu. Kerana ianya boleh dijadikan sebab kukuh kenapa anda layak untuk menunaikan haji pada tahun yang anda ingin.

4. Mempunyai Perancangan untuk Tahun Hadapan

Permohonan rayuan haji juga boleh dikemukakan dengan alasan bahawa anda mempunyai perancangan lain untuk tahun hadapan seperti pindah negara, sambung belajar dan lain-lain.

Ini adalah merupakan sebahagian alasan yang logik dan boleh diterima untuk dimasukkan dalam surat rayuan haji anda. Bagi sebarang alasan yang munasabah adalah boleh dibuat sebagai alasan mengikut keperluan masing-masing.

Soalan FAQs Berkenaan Surat Rayuan Haji 2024

Bilakah dibuka rayuan haji 2024?

Untuk permohonan rayuan haji 2024 masih belum dibuka, mungkin akan dibuka bermula Mac atau April 2024.

Bagaimana untuk buat rayuan haji 2024?

Anda boleh kemukana melalui dua cara iaitu melalui manual dan online di Aplikasi Thijar TH.

Adakah seorang uzur boleh kemukakan rayuan haji?

Ya, tetapi keputusannya adalah berdasarkan pihak TH.

Adakah boleh mohon rayuan haji 2024 walaupun merupakan jemaah haji 2025?

Ya, boleh mohon mengikut penetapan TH.

Bolehkah mohon rayuan haji untuk dua pemohon?

Boleh untuk mohon bagi dua pemohon dengan menyatakan dua nama permohonan.

3 KOMEN

  1. Assalammualaikum

    Saya telah menjadi ahli TH lebih 30 tahun. Menyimpan dan mengeluarkan wang diTH. Tetapi tidak dimaklumkan cara2 untuk mendaftar untuk pergi Haji. Setelah diberi tahu kawan saya. Mendaftar duhulu ditabung haji RM1.500.00. Baru boleh tunai haji. Baru2 ini saya telah mendaftar haji. Ada ke saya dikira sebagai ahli baru, untuk menunaikan haji. Walau pun saya telah menjadi ahli selama puluhan tahun..

  2. Assalammualaikum

    Saya telah menjadi ahli TH puluhan tahun ttp saya xtahu menjadi ahli bukan mendaftar haji..tidak dimaklumkan..sebbtu saya hanya mendaftar pada 2016 setelah dimaklumkan olih kkwan di ofis.

    Jika menunggu giliran mmng saya xkn dapt menunaikan hj..2095..sekrng saya 63 tahun..alhamdulillah Allaah bg sihat..saya mohon sangat2 dipertimbangkan dapat menunaikan haji tahun ni…Moga Allaah terima saya tahun ni..

    Terima kasih atas kerjasama pihak TH.

  3. Saya lulus dlm rayuan haji tahun lepas tetapi gagal setelah pemeriksaan kesehatan.Tahun ini saya mohon lagi dan alhamduliĺlah kesehatan saya baik.Adakah saya berpeluang pergi tahun ini .Saya tidak memulangkan buku kesehatan yg gagal itu kepihak tabung haji tahun lepas.kegagalan kesehatan telah dimaklumkan ke tsbung haji oleh klinik yg merawat saya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati