Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Netizen Dakwa Harga Caj Bagasi Air Asia Berbeza Mengikut Peranti

Harga Caj Bagasi Air Asia Berbeza Mengikut Peranti
Harga Caj Bagasi Air Asia Berbeza Mengikut Peranti

Betulkah harga caj bagasi Air Asia Berbeza selama ini? Air Asia adalah merupakan sebuah syarikat penerbangan komersial yang murah dan mesra rakyat. Rakyat Malaysia amatlah sinonim dengan tawaran pakej perkhidmatan kos tambang murah ini.

Namun, apa yang mengejutkan hari ini adalah apabila terdapat dakwaan yang dimulakan di platform sosial, Facebook mengenai tawaran harga tiket Air Asia berbeza mengikut peranti telefon, laptop dan lain-lain? Ikuti penerangan berkenaan isu yang baharu sahaja timbul.

Penemuan Mengejutkan Oleh Pengguna Facebook Berkenaan Caj Tambahan Air Asia

Apakah Itu Air Asia?

Air Asia adalah merupakan antara syarikat penerbangan dari rakyat Malaysia yang menjadi kebanggan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan laluan udara. Ditubuhkan oleh Dato Tan Sri Tony Fernandes dengan kisah yang menakjubkan, Air Asia telah lama berlayar dan memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.

Kini, syarikat Air Asia telah bertukar nama kepada Capital A. Dengan strategi yang baharu, Capital A akan membawa sinar baharu dan memperhebatkan usaha bidang penerbangan mereka.

Dakwaan Mengenai Tawaran Harga Caj Bagasi Air Asia Berbeza

Isu ini timbul pada hari ini beberapa minit yang lalu selepas artikel ini ditulis. Ianya bermula dari seorang pengguna Facebook, Kelvin Liew.

image 146
Harga Caj Bagasi Air Asia Berbeza

Kemudiannya ianya dibangkitkan lagi melalui postingan Facebook, Pendakwah Teknologi yang dipercayai memberi kesedaran umum kepada rakyat Malaysia tentang perkembangan teknologi semasa. Pendakwah Teknologi mendakwa bahawa terdapat perbezaan pada harga caj bagasi Air Asia yang ditawarkan mengikut beberapa peranti lain.

image 145
Harga Caj Bagasi Air Asia Berbeza

Contoh Harga Caj Bagasi Air Asia Berbeza

Kami bawakan situasi yang mana terdapat perbezaan yang dipamerkan. Dalam membuat perbezaan, digunakan 3 peranti berbeza iaitu Telefon android, Komputer dan Iphone. Hasil dapatan mendapati bahawa harga adalah berbeza-beza mengikut seperti dibawah:

  • Komputer Website – RM49.46
  • Android Honor x9b – RM43.00
  • Iphone – RM62.44

Dapatan ini menunjukkan bahawa android mendapat harga yang paling rendah iaitu sebanyak RM43 sahaja. Manakala Iphone dikenakan caj sebanayk RM62.44. Ini mengejutkan sekali kerana rata-rata perbezaan adalah dalam jumlah yang besar.

Kenapa Harga Caj Bagasi Air Asia Berbeza?

Ada juga pihak lain yang berpendapat kenapa harga boleh berbeza adalah ianya mengikut keadaan. Berikut adalah merupakan sebab terjadinya “Dynamic Pricing” berdasarkan faktor seperti berikut:

  • Permintaan
  • Availability
  • Platform tempahan

3 faktor diatas adalah merupakan faktor yang mungkin terkait dan boleh menjawab soalan kenapa harga boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, kita perlu mendapatkan penjelasan yang jelas daripada pihak pengurusan Air Asia untuk menjawab situasi ini adakah adanya diskriminasi harga atau hanyalah sebab masalah sistem yang sering bertukar-tukar dan tidak tetap.

Isu Penggunaan Bagasi di Bawah Air Asia

Kes Melibatkan Bagasi, Apa Perlu Buat?

Dengan kesempatan yang anda, pembaca yang mengetahui berkenaan isu di atas, anda boleh mendapatkan pengetahuan mengenai pengurusan bagasi yang kami kongsikan. Dibawah adalah merupakan perkara kebiasaan yang berlaku melibatkan bagasi penumpang:

1. Kandungan Bagasi Rosak

Bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kerosakan pada barangan di dalam bagasi berdaftar anda, terlebih dahulu, Anda perlu ambil maklum mengenai barangan yang dilarang dibawa di dalam bagasi berdaftar anda di sini.

Seandainya anda mendapati bahawa barangan di dalam bagasi berdaftar anda telah rosak, Anda boleh pergi ke pejabat bagasi untuk melaporkan mengenai kerosakan tersebut dan kakitangan kami akan memproses aduan anda.

2. Bagasi Rosak

Anda mestilah berhubung dengan mana-mana pegawai perkhidmatan tetamu Air Asia sebelum anda meninggalkan lapangan terbang. Nyatakan butiran berkaitan kerosakan bagasi anda dan pihak Air Asia akan rekod dan anda akan diberikan bantuan segera, jika perlu.

Pihak Air Asia tidak akan menanggung kerosakan bagasi sekiranya melibatkan:

  • Kerosakan/koyakan pada aksesori atau pakaian.
  • Sekiranya bagasi rosak atau terlewat disebabkan oleh terlebih muatan atau pembungkusan yang tidak sesuai

Bagi mengelakkan sebarang pengalaman yang tidak menyenangkan atau kesulitan lain semasa perjalanan, Pihak Air Asia amat menyarankan agar anda mendapatkan perlindungan insurans perjalanan yang terbaik sebelum terbang.

Sekiranya penumpang telah membeli Tune Protect Travel AirAsia, Penumpang boleh menghantar semua dokumen untuk membuat tuntutan (bagi tuntutan yang layak). Boleh layari laman web Air Asia untuk info lanjut.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati