Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengumuman Kos Haji 2024 Serta Bantuan Kewangan Haji B40, M40 dan T20

Kos Haji Tahun 2024

Baharu sahaja diumumkan oleh pihak Tabung Haji mengenai kos haji 2024 dan lain-lain kepada pemohon haji dan bakal haji. Maklumat ini disempurnakan pada 19 Januari 2024 dengan tujuan untuk memberi peluang dan peringatan kepada semua mereka yang terlibat dengan Tabung Haji (TH).

Berikut adalah merupakan harga dan kos haji 2024 dan beberapa perkara yang anda boleh tahu.

Berkenaan Kos Haji 2024 dan Makluman Pihak Tabung Haji

Kos Haji Tahun 2024

Makluman kepada semua, untuk kos haji tahun 2024 adalah RM33,300. Kos telah meningkat 11% (RM2,500) dari tahun 2023. Berikut adalah merupakan bayaran harga haji mengikut harga haji Muassasah:

  • B40 (Kali pertama) : RM12,356
  • M40 : RM14,148
  • T20 : full RM33,300

Untuk tahun ini, Kerajaan Malaysia telah menanggung sebanyak RM1000 seorang untuk kelas B40. Manakala pula TH tanggung baki kos haji untuk B40 dan M40. Beruikut adalah merupakan bantuan kewangan yang diberikan:

  • Bantuan Haji B40 : RM20,944 (63% dari kos haji)
  • Bantuan Haji M40 : RM19,152 (42% dari kos haji)

Kos Haji 2024 untuk Jemaah Rayuan

image 160
Pengumuman Kos Haji 2024 Serta Bantuan Kewangan Haji B40, M40 dan T20 7

Untuk mereka yang membuat rayuan, TH menetapkan jemaah yang MERAYU perlu membayar kos keseluruhan haji iaitu RM33,300. Bagi Bakal Haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah, mereka perlu membayar penuh kos haji melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah, rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia atau pembantu kepada jemaah kurang upaya yang telah terpilih menunaikan haji.

Makluman Tabung Haji(TH) untuk Tahun 2024

Panggilan Haji tahun 2024 ini akan utamakan bakal haji yang masih lagi berbaki (Covid) sehingga tahun 2023 dan sebahagian giliran haji 2024. TH maklumkan ada 4 juta pendeposit TH dan yang telah berdaftar untuk tunaikan haji yang masih menunggu giliran haji.

Semakan Surat Tawaran Haji 2024 serta Rayuan Haji 2024

Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) telah maklumkan bahawa mereka akan mengeluarkan surat tawaran bagi haji 2024 secara berperingkat bermula hari Jumaat, 19 Januari 2024.

Bantuan Kewangan Haji TH Bagi Musim Haji 1445H/2024 M

Berikut adalah merupakan senarai bantuan kewangan Haji pihak Tabung Haji(TH) disediakan untuk golongan B40, M40 dan T20:

1.Bantuan Kewangan Haji Untuk B40 2024

image 163
Pengumuman Kos Haji 2024 Serta Bantuan Kewangan Haji B40, M40 dan T20 8

Untuk kos haji 2024, dikenakan bayaran kos Haji untuk jemaah haji Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali dalam menunaikan haji telah ditetapkan pada kos haji 2024 iaitu RM13,356 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun 2023.

Biarpun ada peningkatan RM1,000, namun Kerajaan Malaysia bertindak akan menanggung kenaikan tersebut dan Bakal Haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM12,356 seorang, sama dengan kadar tahun lalu.

2.Bantuan Kewangan Haji untuk M40 2024

image 161
Pengumuman Kos Haji 2024 Serta Bantuan Kewangan Haji B40, M40 dan T20 9

Bagi jemaah haji dari kumpulan M40 akan dikenakan kos haji 2024 sebanyak RM19,152. Untuk bantuan kewangan haji pula TH telah memberi potongan 42% dari harga kos haji 2024 yang asal.

3. Bantuan Kewangan Haji untuk T20 2024

Untuk kumpulan T20, tiada bantuan kewangan haji yang disediakan kepada jemaah Haji T20. Kos haji 2024 bagi T20 adalah sebanyak RM33,300.

Untuki jemaah yang merayu luar giliran bagi menunaikan haji secara Muassasah adalah perlu membayar penuh Kos Haji 2024 sebanyak RM33,300 seorang, melainkan untuk rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji 2024.

Permohonan Rayuan Haji 2024

image 162
Pengumuman Kos Haji 2024 Serta Bantuan Kewangan Haji B40, M40 dan T20 10

Untuk makluman semua, permohonan rayuan haji akan dibuka bermula 26 Januari 2024 secara ONLINE melalui aplikasi dan laman web THIJARI.

Anda boleh mengemukakan rayuan haji anda segera sebelum tarikh tutup yang akan diumumkan pada bila-bila masa.

Pengeluaran KWSP Bagi Tujuan Haji

Bagi jemaah haji yang terpilih mereka adalah layak untuk membuat pengeluaran KWSP untuk tujuan haji. Bagi jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH untuk tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).

Had maksimum untuk pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan ianya bergantung kepada syarat-syarat seperti berikut:

  • Merupakan ahli KWSP
  • Perlu mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
  • Perlu mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
  • Mereka yang berumur kurang 55 tahun

Dengan maklumat mengenai pengumuman terbaru pihak Lembaga Tabung Haji 2024 ini akan membantu anda untuk membuat persiapan rapi dan kemas. Semoga urusan haji anda dipermudahkan dan semoga peroleh haji mabrur.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati