![Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat 1 Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2024/01/Solat-6-1024x577.jpg)
Umat Islam dituntut untuk datang awal ke Masjid menunaikan solat fardu Jumaat bagi meraih ganjaran daripada Allah SWT. Solat ini wajib ditunaikan secara berjemaah di masjid dengan sekurang-kurangnya 40 orang jemaah yang tinggal tetap di kawasan tersebut.
Kepada yang tidak tahu apa syarat-syarat wajib dan sah solat Jumaat boleh boleh ketahui lebih lanjut di artikel ini. Di sini juga disertakan sekali dengan cara niat Solat Jumaat.
Pengertian Solat Jumaat
Isi Kandungan
![Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat 2 Solat Jumaat](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2024/01/Solat-Jumaat-1024x577.jpg)
Solat fardhu Jumaat ialah Solat dua rakaat berjamaah selepas mendengar khutbah, dalam waktu Zuhur pada hari Jumaat. Hukumnya “Fardhu Ain iaitu wajib dikerjakan oleh setiap orang lelaki yang mencukupi syarat-syarat yang tertentu.
Syarat-syarat Wajib Solat Jumaat
- Islam- tidak wajib bagi orang-orang kafir
- Lelaki- orang-orang perempuan tidak diwajibkan, tetapi sah jika mereka mengikut bermakmum solat Jumaat
- Baligh- tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh
- Berakal- tidak wajib ke atas orang yang gila
- Bermukim (tinggal mentap)- tidak diwajibkan ke atas orang musafir
- Tidak uzur- orang yang sakit
- Merdeka- tidak diwajibkan ke atas hamba abdi
Syarat-syarat Sah Solat Jumaat
Solat Jumaat seseorang hanya sah dengan memenuhi syarat-syarat yang berikut:
- Berjamaah- tidak sah jika solat itu seorang diri.
- Jumlah jamaah yang mendirikan solat Jumaat itu sekurang-kurangnya 40(empat puluh) orang yang bermastautin (tinggal menetap) di tempat itu.
- Solat Jumaat hendaklah didirikan dalam waktu Zuhur.
- Solat Jumaat wajib didirikan pada tempat yang telah ditentukan seperti bangunan masjid dalam kawasan kediaman, sama ada di kampung, di kawasan perumahan atau di bandar.
- Dalam satu kawasan hendaklah diadakan satu Jumaat sahaja.
- Sebelum didirikan solat Jumaat hendaklah diadakan Khutbah dua kali(khutbah pertama dankhutbah kedua).
Catatan:
- Orang yang bermukim sementara (tinggal buat sementara waktu) di kawasan tersebut, hukumnya “fardhu Ain” atau wajib solat Jumaat tetapi ia tidak termasuk dalam bilangan 40 orang yang tinggal menetap.
- Orang musafir hukumnya sunat sahaja dapat bersam-sama mendirikan solat Jumaat. Ia juga tidak termasuk dalam bilangan 40 orang yang tinggal menetap.
Niat Solat Jumaat
![Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat 3 Solat Jumaat 2](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2024/01/Solat-Jumaat-2-1024x577.jpg)
Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”
Khutbah Jumaat dan Rukun-rukun Dua Khutbah Jumaat
Khutbah JUmaat ialah ucapan/syarahan atau ceramah yang wajib diucapkan oleh Khatib atau Imam; dan wajib didengar oleh para jemaah solat Jumaat tersebut. Khutbah hendaklah mengandungi nasiha-nasihat dan pengajaran di samping memuji Allah dan mengucap salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
![Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat 4 Solat Jumaat 3](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2024/01/Solat-Jumaat-3-1024x577.jpg)
Kedua-dua khutbah Jumaat hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan dan rukun-rukun yang telah ditentukan iaitu:
- Setiap Khutbah hendaklah dimulai dengan memuji Allah seperti ucapan: “Alhamdulillah”.
- Setelah memuji Allah SWT hendaklah diikuti dengan Salawat ke atas Nabi Muhammad SAW seperti ucapan “Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad”.
- Setiap khutbah Jumaat hendaklah mengandungi peringatan dan pesana kepada para jemaah supaya taat mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan nsegala larangan-Nya.
- Salah satu dari dua khutbah itu hendaklah mengandungi bacaan ayat-ayat Al-Quran serta tafsirannya sebaik dalam khutbah yang pertama.
- Dalam Khutbah yang kedua hendaklah mendoakan sekalian orang-orang yang beriman, mukminin dan mukminat.
Syarat-syarat Sah Dua Khutbah Jumaat
Khutbah Jumaat hanya sah dilaksanakan dengan syarta-syarat yang telajh ditentukan iaitu:
- Khatib atau Imam yang membaca Khutbah hendaklah lelaki. Tidak sah jika perempuan.
- Ketika membaca Khutbah hendaklah berdiri (bagi orang yang berkuasa berdiri).
- Pembaca Khutbah hendaklah duduk duduk sebentar selepas membaca khutbah pertama sebelum diikuti khutbah yang kedua (duduk antara dua khutbah).
- Pembaca khutbah hendaklah dalam keadaan suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.
- Pembaca khutbah hendaklah dalam keadaan menutup aurat.
- Suara pembaca khutbah hendaklah nyaring supaya dapat didengar oleh para jemaah.
- Rukun-rukun khutbah hendaklah dibaca dalam bahasa asal (bahasa Arab) demikian juga ayat-ayat Al-Quran.
- Membaca khutbah Jumaat hendaklah telah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
- Hendaklah berturut-turut rukun-rukunnya iaitu didahului khutbah pertama, khutbah kedua dan solat Jumaat.
Peringatan Penting Semasa Khutbah dan Semasa Masuk Ke Masjid
![Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat 5 Solat Jumaat 4](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2024/01/Solat-Jumaat-4-1024x577.jpg)
Semasa Imam atau khatib sedang membaca khutbah, para jemaah wajib mendengar dengan kusyuk dan teliti, tidak dibenarkan berbual-bual atau bercakap-cakap walau sepatah pun. Rasulullah SAW pernah mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:
“Apabila Khatib menaiki mimbar, janganlah seseorang dari kamu bercakap-cakap; dan sesiapa yang bercakap maka sia-sialah ia; dan sesiapa yang sia-sia maka tiadalah pahala Jumaat baginya”.
1.Solat Sunat Tahiyyatul Masjid
Setiap kali masuk ke dalam masjid, sebelum duduk, disunatkan solat sunat dua rakaat bagi mnghormati masjid; dunamakan solat sunat Tahiyyatul Masjid.
Lafaz niatnya:
أُصَلِّى سُنَّةَ التَّحِيَّةَ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لله تعالى
Arab Latin: Ushallii sunnatat tahiyatal masjidi rak’ataini lillahi ta’aala
Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Tahiyat-Masjid dua rakaat, karena Allah Ta’ala”.
2. Niat I’tikaf Bila Masuk Masjid
Setiap kali masuk ke dalam masjid, disunatkan berbuat i’tikaf (berhenti dalam masjid).
Lafaz niatnya:
نَوَيْتُ الاِعْتِكَافَ فِي هذَا المَسْجِدِ لِلّهِ تَعَالى
Arab latin: Nawaitul i’tikāfa fī hādzal masjidi lillāhi ta‘ālā.
Ertinya: “Sahaja aku berniat i’tikaf di masjid ini karena Allah SWT.”
Amalan-amalan Sunat Hari Jumaat
Mereka yang mengerjakan solat Jumaat akan mendapat tambahan pahala sunat dengan melakukan perkara-perkara berikut:
- Mandi sunat
- Memotong kuku dan bercukur
- Membaca Surah al-Kahfi
- Perbanyakan bersedekah
- Memakai pakaian yang elok
- Memakai wang-wangian
- Perbanyakkan Zikrullah dan Doa
- Hadir awal ke masjid
- Memperbanyakkan solat sunat
- Berselawat
Semua maklumat ini dirujuk dari sumber Buku Terbitan DARUL NU’MAN (Panduan Lengkap Ibadah Solat). Semoga dengan info ini kita lebih mendekatkan diri dengan Allah sebagai hamba yang patut syariat-Nya.