Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024 – Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(ISMP)

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024 - Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(ISMP)

Penawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2024 untuk pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang-bidang yang telah disenaraikan.

Untuk mereka yang berminat, pendaftaran dan permohonan akan dibuka secara dalam online bermula 21 Mac 2024 bersamaan hari Khamis pada pukul 5:00 petang. Permohonan boleh dibuat sehingga 25 April 2024 hari Khamis, para pukul 5:00 petang.

Jom ikuti maklumat lebih lanjut berkenaan permohonan biasiswa perguruan persekutuan 2024 berkenaan tawaran, syarat kelayakan dan cara permohonan.

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024

Apa itu Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP?

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024

Permohonan biasiswa perguruan persekutuan 2024 adalah merupakan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang diwujudkan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan bagi dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan perancangan dan keperluan bidang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).

Permohonan ini dibuka kepada semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

Syarat Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024

Bagi para calon yang berminat untuk membuat permohonan biasiswa perguruan persekutuan 2024, anda mestilah menepati syarat-syarat seperti dibawah:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Umur pemohon tidak melebihi 25 tahun
  3. Pemohon memiliki Sijil sah untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Pemohon kini sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang ditetapkan (rujuk dibawah) dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 serta ke atas untuk keputusan semester terkini bagi permohonan.
  5. Peluang ini adalah terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan.
  6. Permohonan hanya untuk pelajar Universiti Awam sahaja.

Para pemohon boleh merujuk syarat kelayakan penuh serta senarai lengkap berkenaan permohonan biasiswa pergururan 2024 melalui pautan dibawah:

Tempoh Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024

Untuk makluman kepada semua pemohon, permohonan boleh dibuat bermula 21 Mac 2024 bersamaan hari khamis pada pukul 5 petang sehingga 24 April 2024, khamis pukul 5 petang.

Senarai Bidang yang Layak Mohon

Bidang-bidang Yang Layak Memohon
Bidang-bidang yang layak memohon adalah seperti dalam rajah di bawah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Dini (Usuluddin/Al-Lughah Al’Arabiah Almu’Asirah) (Kbd)
  • Tahfiz
  • Al-Quran & Al-Sunnah
  • Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas
  • Bimbingandankaunseling
    Reka Bentuk & Teknologi
  • Reka Cipta
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Pembinaan
  • Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
  • Teknologi Pemesinan Industri

Panduan Permohonan Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024

Senarai Universiti Terlibat Dalam Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024

Berikut adalah merupakan senarai nama universiti awam yang terlibat dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang ditawarkan oleh KPM:

  1. UIAM
  2. UKM
  3. UM
  4. UMS
  5. UPM
  6. UPSI
  7. USM
  8. UTHM
  9. UTM
  10. UITM
  11. USIM
  12. UUM
  13. UNIMAS

Minta perhatian, senarai universiti diatas sahaja yang para penuntut boleh lakukan permohonan. Sila rujuk cara permohonan lengkap yang kami sediakan dibahagian bawah.

Cara Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024

Bagi para pemohon yang layak, anda boleh membuat Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan 2024 dengan ikuti langkah-langkah dibawah:

  • Permohonan secara dalam talian (online) dibuka melalui pautan Biasiswa Perguruan Persekutuan mulai 21 Mac 2024 (Khamis), pukul 5:00 petang hingga 25 April 2024 (Khamis), pukul 5:00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan. Pemohon dimohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.
  • Pemohon adalah diingatkan untuk mengisi permohonan baharu (bagi calon yang pernah memohon terdahulu), membaca dan memahami syarat dan panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
  • Kesilapan mengisi maklumat permohonan secara dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Boleh ikuti panduan lengkap permohonan dengan merujuk manual permohonan.

Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba untuk membuat capaian permohonan secara dalam talian ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati