Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

10 Tip Cara Berjimat Cermat Bagi Rakyat Malaysia

Cara Berjimat Cermat

Tahukah anda terdapat banyak cara berjimat cermat dalam menguruskan kewangan bagi rakyat Malaysia?. Disebabkan keadaan kewangan yang tidak stabil, ramai ibu bapa pastinya mengalami kesukaran untuk memikirkan bagaimana untuk membiayai pelbagai keperluan seisi keluarga.

Di sini kami kongsikan cara berjimat cermat yang lebih berkesan untuk anda menguruskan perbelanjaan anda supaya tidak berlaku pembaziran yang melampau. Tambahan pula, kos sara hidup di negara ini semakin meningkat.

Senarai Cara Berjimat Cermat Bagi Rakyat Malaysia

Cara Berjimat Cermat

Berikut merupakan perkongsian daripada portal kami tentang cara Berjimat cermat yang paling berkesan :

Utamakan Keperluan Lebih Dari Kemahuan

​Keperluan merupakan kepentingan asas yang diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan.Keperluan terdiri daripada barang atau perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup pada tahap minimum.
– Keperluan asas merupakan keperluan yang wajib dan mesti dipenuhi untuk meneruskan kehidupan.
– Keperluan terdiri daripada:

a) keperuan asas
b) keperluan sampingan

– keperluan asas terdiri daripada:

a) makanan- untuk pertumbuhan tubuh badan dan kesihatan
b) pakaian- untuk melindungi tubuh badan
c) tempat tinggal- untuk melindungi daripada keadaan cuaca dan binatang buas

Kehendak adalah keinginan terhadap barang  perkhidmatan untuk hidup dengan lebih selesa dan mewah daripada keadaan asal(tahap minimum), serta dapat meningkatkan taraf hidup.
– perbezaa kehendak antara individu dngaruhi oleh factor umur, jantina, cita rasa, pekerjaan, dan pendapatan.
– ciri-ciri kehendak manusia adalah:

a) kompleks dan tidak terhad
b) sukar dipuaskan
c) sentiasa berubah

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada tahap kewangan keluarga, tidak salah memberi yang terbaik untuk anak dan belajar untuk utamakan perkara penting dahulu.

Tetapkan Bajet Pembelanjaan Keluarga

Cara Berjimat Cermat

Menetapkan bajet perbelajaan keluarga merupakan cara berjimat cermat yang baik. Anda boleh melakukan hal-hal seperti :

  1. Tentukan anggaran belanjawan yang anda perlu keluarkan untuk bulan tersebut
  2. Bawa wang yang diperuntukkan sahaja
  3. Pilihlah kedai yang paling banyak memberi manfaat pada anda seperti menawarkan promosi dan harga yang murah
  4. Amalkan kaedah membawa senarai semak setiap kali beli barang keperluan supaya bajet yang ditetapkan terkawal

Ukur baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang perlu untuk keluarga.

Jangan Bawa Anak Semasa Beli Belah

Cara Berjimat Cermat

Ini merupakan cara berjimat cermat yang baik kerana kehadiran anak biasanya mendorong kita membeli barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang yang ingin dibeli terlebih dulu.

Selalu Masak di Rumah

Cara Berjimat Cermat

Sekiranya anda mempunyai masa, cuba sediakan bekalan anak ke sekolah. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga dan lebih terjaga kebersihannya.

Buat Pembelian Secara Pukal atau Borong

Pilihlah pasar raya yang paling banyak menawarkan harga barangan runcit pada harga borong. Selain itu, Belilah barangan secara borong agar perbelanjaan anda dapat dijimatkan.

Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya.

Beli barang untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.

Buat Semakan dan Bandingkan Harga Barang

Amalan ini penting kerana kadang kala ada perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu anda berjimat.

Jangan Kerap Beli Barangan Berjenama

Anda tidak perlu laburkan wang yang banyak semata-mata mahu melihat anak ke sekolah dengan kelengkapan barangan berjenama kerana sikap semula jadi anak yang aktif dan lasak akan membuatkan barangan mewah itu cepat rosak serta tidak dijaga rapi.

Rancang Tabung Sekolah Anak

Cuba ketepikan RM50 hingga RM100 setiap bulan untuk membeli buku rujukan anak, alat tulis, atau apa saja berkaitan dengan perbelanjaan sekolah anak sepanjang tahun.

Rancang Baju Sekolah Anak

Cara Berjimat Cermat

Jika anak baru memasuki Tahun Satu atau Tingkatan Satu, baju sekolah dan sukan wajib beli yang baharu.

Tetapi jika anak kita masuk tahun dua, perhatikan baju, kain atau seluar sekolah andainya masih elok dan tidak singkat boleh dipakai semula. Anda cuma perlu tambah satu pasang yang baru saja untuk tahun ini.

Rancang Buku Tulis Anak

Buku tulis pula biasanya yang disenaraikan pihak sekolah mungkin untuk kegunaan setahun oleh pihak sekolah. Sekiranya anda lihat jumlah itu terlalu banyak untuk tahun berikutnya boleh gunakan buku yang belum digunakan lagi.

Begitu juga dengan keperluan lain, jika boleh diguna semula, tidak salah gunakan semula. Tidak perlu rasanya semua kelengkapan dibeli baharu. Anda juga boleh beli setiap keperluan secara beransuransuran.

Soalan FAQs Berkenaan Cara Berjimat Cermat

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan perbelanjaan harian?

Anda perlu merancang perbelanjaan harian anda dengan membuat senarai keperluan, bandingkan harga barang dan sebagainya

Apakah cara terbaik untuk menjaga perbelajaan semasa membeli makanan?

Anda perlu rancang menu dan senarai perbelajaan dan elakkan beli barang yang tidak diperlukan

Apakah cara berjimat cermat lain bagi anak sekolah?

Anda boleh menyediakan bekal makanan untuk mereka bawa ke sekolah. Hal ini dapat menjimatkan lagi kos perbelajaan harian mereka.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati