Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3

Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 16

KWSP umum akaun 3 KWSP sebagai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP bermula 12 Mei 2024 untuk tambah baik keselamatan pendapatan persaraan dalam masa yang sama memenuhi keperluan kitaran hidup pencarum.

Penerangan Lengkap Akaun 3 KWSP

Dengan pengumuman terbaru daripada KWSP, pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah fungsi akaun 3 KWSP dan bagaimana pindah serta keluar duit KWSP. Jom ikuti penerangan berkenaan inisiatif akaun 3 KWSP.

Apa itu Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel KWSP)?

Akaun 3 KWSP adalah Akaun Fleksibel yang merupakan satu akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan pencarum. Akaun ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek pencarum KWSP. 

Melalui inisiatif ini, Akaun pencarum akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada Akaun 3:
•  Akaun Persaraan (Akaun 1) (75%) : Bagi mengumpul simpanan yang dijadikan pendapatan semasa persaraan.
•  Akaun Sejahtera (Akaun 2) (15%) : Bagi menangani keperluan kitaran hayat untuk menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan
•  Akaun Fleksibel (Akaun 3) (10%) : Merupakan akaun baharu bagi menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan pencarum.

penstrukturan akaun 3 KWSP

Untuk smpanan Akaun Fleksibel ini, boleh dikeluarkan oleh pencarum pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

akaun-3-kwsp-2-1024x421
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 17

Tarikh Mula Pindah Akaun 3 KWSP

Menurut KWSP, Pelaksanaan penstrukturan 3 akaun KWSP ini bermula dari 12 Mei 2024.

Tarikh Mula Pindah Akaun 3 KWSP
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 18

Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua pencarum KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024 sahaja.

Cara Pindah Amaun Permulaan Ke Akaun 3 KWSP

Pencarum kini boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk dengan amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Cara Pindah Duit Ke Akaun 3 KWSP
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 19

Permohonan untuk pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun masing-masing atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Pencarum yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun digalakkan untuk daftar supaya transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

Cara Pindah Amaun KWSP dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

Cara Pindah Duit dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 20
  1. Log masuk I-Akaun anda.
  2. Laman utama I-Akaun Anda dipaparkan.
  3. Tekan pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
  4. Penerangan diberikan sebelum boleh melakukan pemindahan.
  5. Tekan Teruskan.
  6. Seandainya anda faham berkenaan penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, Tekan “Pindah Sekarang”.Untuk pindah ke akaun 3, anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja.
  7. Tekan Teruskan. KWSP maklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  8. Tekan Teruskan seandainya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Perakuan Ahli Pencarum KWSP – Klik Terima.
  10. Tekan “Ya” seandainya anda pasti dengan pilihan anda.
  11. Pilihan pindahan anda telah berjaya dan akan mengambil masa kelulusan 3-5 hari bekerja.
Cara Pindah Duit dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

Syarat dan Panduan Keluarkan Duit KWSP Akaun 3

Bagi membantu para pencarum memahami dengan lebih mendalam berkenaan syarat dan cara keluarkan duit KWSP akaun 3 boleh rujuk maklumat dibawah:

Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 21

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

Cara Keluarkan Duit KWSP Akaun 3

Selepas anda membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel), anda boleh terus membuat pengeluaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda. Berikut adalah cara keluarkan duit KWSP akaun 3:

  1. Log masuk I-Akaun.
  2. Tekan Pengeluaran.
  3. Tekan pada “Keluarkan simpanan anda”
  4. Tetapkan jenis pengeluaran anda.
  5. Tekan Akaun Fleksibel
  6. Jumlah yg boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas. “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX” akan dipaparkan.
  7. Tekan “Keluarkan Sekarang”.
Cara Keluarkan Duit KWSP Akaun 3
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 22

Cara Pengiraan Akaun 3 KWSP

Terdapat beberapa pengiraan akaun 3 KWSP yang perlu pencarum faham. Berikut adalah merupakan beberapa penerangan berkenaan cara pengiraan akaun 3 KWSP bagi pendapatan:

Kaedah 1 Cara Pengiraan Akaun 3 KWSP

Kaedah 1 Cara Pengiraan Akaun 3 KWSP
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 23

Kaedah 2 Cara Pengiraan Akaun 3 KWSP Bagi Baki Lebih RM3,000 Dalam Akaun Sejarahtera

Kaedah 2 Cara Pengiraan Akaun 3 KWSP Bagi Baki Lebih RM3,000 Dalam Akaun Sejarahtera
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 24
Kaedah 2 Cara Pengiraan Akaun 3 KWSP Bagi Baki Lebih RM3,000 Dalam Akaun Sejarahtera
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 25

Kaedah 3 Cara Pengiraan Akaun 3 KWSP Bagi Baki Kurang RM3,000 Dalam Akaun Sejarahtera

Kaedah 3 Cara Pengiraan Akaun 3 KWSP Bagi Baki Kurang RM3,000 Dalam Akaun Sejarahtera
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 26
Kaedah 3 Cara Pengiraan Akaun 3 KWSP Bagi Baki Kurang RM3,000 Dalam Akaun Sejarahtera
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 27
Kaedah 3 Cara Pengiraan Akaun 3 KWSP Bagi Baki Kurang RM3,000 Dalam Akaun Sejarahtera
Penerangan Akaun 3 KWSP, Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 28

Soalan FAQs Berkenaan Akaun 3 KWSP

Bila boleh pindah KWSP akaun 3?

Bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024. Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

Bagaimana dengan pencarum yang tidak pindah amaun permulaan?

Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki sedia ada dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera akan kekal.
Manakala, caruman baharu mulai 11 Mei 2024 akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. 

Bila proses pindah amaun permulaan siap?

Pilihan pindahan amaun permulaan akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

    TINGGALKAN KOMEN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    Cikgu Ahmad
    Cikgu Ahmad
    "It always seems impossible until it's done."

    Anda Mungkin Meminati