Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Ayam Masak Lemon Simple dan Sedap

ayam masak lemon

Ayam masak lemon adalah hidangan yang segar dan lazat yang memiliki rasa manis, asam dan pedas yang seimbang. Resepi ini mempunyai rasa ayam yang lembut dengan keasaman segar dari lemon menyebabkan ia merupakan salah satu hidangan yang memikat lidah.

Daripada dipanggang lalu digoreng, ayam biasanya dimasak dengan lemon yang kaya dengan rasa dan aroma yang harum. Rasanya yang menyegarkan menjadikannya pilihan sempurna untuk hidangan apa pun mulai dari hidangan harian hingga jamuan makan malam istimewa.

Resepi Ayam Masak Lemon Ranggup

ayam masak lemon ranggup

Rahsia ayam masak lemon ranggup terdapat dalam resepi di bawah. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaanya yang sangat mudah.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Garam
  • Gula
  • Lada putih
  • Tepung jagung
  • Sos tiram
  • Telur
  • Serbuk penaik
  • Tepung gandum
  • Air
  • Minyak masak
  • Lemon

Cara penyediaan:

  1. Potong dan cuci ayam hingga bersih menggunakan air.
  2. Masukkan garam, gula, lada putih, tepung jagung dan sos tiram.
  3. Masukkan satu biji telur ke dalam ayam bersama bahan-bahan tadi dan gaul hingga sebati.
  4. Sediakan satu pinggan kosong dan masukkan sedikit tepung gandum, tepung jagung, garam, air, serbuk penaik dan minyak masak.
  5. Gaul sebati sehingga menjadi bancuhan tepung.
  6. Untuk sos lemon, perah lemon dan keluarkan biji dari lemon tersebut dan masukkan gula, air dan tepung jagung.
  7. Panaskan minyak dalam kuali.
  8. Masukkan bancuhan tepung yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk yang berisi ayam yang telah diperap sebelum digoreng.
  9. Masukkan satu per satu ketul ayam ke dalam kuali untuk digoreng selama 3 minit.
  10. Angkat ayam dan tapis minyak daripada ayam tersebut.
  11. Goreng ayam bagi kali yang kedua sehingga bertukar warna keemasan.
  12. Masukkan sos lemon yang telah diperah ke dalam kuali yang panas berisi sedikit minyak.
  13. Masukkan ketulan ayam yang telah digoreng ke dalam kuali dan hidangkan semasa panas.
  14. Taburkan bijan putih sebagai hiasan.

Resepi Ayam Masak Lemon Madu

ayam masak lemon madu

Berikut merupakan resepi ayam lemon madu yang boleh anda cuba di rumah. Macam biasa, sediakan bahan-bahan terlebih dahulu dan ikuti sahaja cara penyediaan yang disenaraikan di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • Dada ayam
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Cuka satu sudu
  • Serbuk lada hitam
  • Satu telur
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 biji lemon
  • Sos lemon
  • Air lemon
  • Madu
  • 2 sudu gula
  • Tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Cuci ayam hingga bersih dan potong dadu.
  2. Kemudian, masukkan garam, ajinamoto, cuka, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
  3. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan satu biji telur dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan tepung jagung.
  6. Potong lemon dan hiris kulit lemon secara nipis.
  7. Masukkan sos lemon ke dalam mangkuk kosong, air lemon, madu dan gula kemudian gaul hingga sebati.
  8. Masukkan hirisan ayam ke dalam tepung gandum dan salut ayam tersebut.
  9. Panaskan minyak dan goreng ayam.
  10. Panaskan kuali dan masukkan sos lemon ke dalamnya. Gunakan api yang kecil.
  11. Masukkan hirisan kulit lemon ke dalam kuali.
  12. Masukkan ayam dan gaul rata.
  13. Hidangan siap.

Resepi Ayam Masak Lemon Goreng

ayam goreng lemon

Resepi yang satu ini hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah sahaja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak hidangan ini berserta langkah-langkah penyediaan.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Tepung bestari
  • Telur ayam
  • Minyak masak
  • Bawang putih
  • Air
  • Kiub ayam
  • Sirup
  • Lemon
  • Cili api
  • Bijan

Langkah-langkah:

  1. Panaskan kuali dan isi minyak kemudian masukkan kepingan ayam yang telah dipotong bersih dengan air. Pastikan ayam telah disalut dengan tepung bestari dan telur.
  2. Masukkan bawang putih, air, kiub ayam, sirup dan lemon ke dalam kuali.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
  4. Masukkan cili api dan taburkan bijan putih ke atas ayam.
  5. Hidangan siap.

Dengan perkongsian resepi pada hari ini, anda dapat menikmati hidangan ayam masak lemon yang lazat dan mengenyangkan di rumah dengan sangat mudah, ringkas dan jimat masa. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat!

Bagaimanakah rasa ayam masak lemon?

Hidangan ini memiliki rasa segar dan asam dari jus lemon yang dicampurkan dengan rasa yang ranggup dari daging ayam.

Bolekah saya menggantikan jus lemon dengan bahan lain?

Ya, jika anda tidak memiliki jus lemon, anda boleh menggunakan cuka lemon atau jus jeruk sebagai pengganti. Namun, rasanya akan sedikit berbeza.

Berapa lama waktu yang diperlukan untuk memasak ayam masak lemon?

Waktu memasak dapat bervariasi tergantung pada cara masakan yang digunakan dan sebesar apa potongan ayam. Secara umunya. hidangan ini mengambil masa selama 20 hingga 30 minit.

Bolekah saya menggunakan daging lain selain ayam?

Ya, anda boleh menggunakan daging lain seperti ikan atau udang untuk membuat hidangan masak lemon yang sama. Namun, perlu diingatkan bahawa waktu memasak dan penyesuaian rasa amat diperlukan.

Apakah pelengkap yang sesuai disajikan dengan ayam masak lemon ini?

Hidangan ini sesuai disajikan dengan nasi putih hangat, pasta atau sayuran kukus. Anda juga dapat menambahkan rasa salad segar sebagai pelengkap kepada hidangan ini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati