Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penerangan dan Permohonan Biasiswa Khas JPA-MARA Bagi Pelajar Lepasan SPM

bantuan biasiswa khas jpa-mara

Pelajar lepasan SPM yang ingin sambung pengajian boleh mohon biasiswa khas JPA-MARA! Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA ada menyediakan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian ke peringkat IPT.

Permohonan akan dibuka setiap kali diumumkan keputusan SPM mengikut tahun semasa. Oleh itu, bagi pelajar lepasan SPM anda boleh merujuk beberapa maklumat berkenaan dengan biasiswa JPA-MARA yang mempunyai banyak kelebihan dan peluang untuk anda sambung pengajian ke luar negara.

Apa itu Biasiswa Khas JPA-MARA?

Program Biasiswa Khas JPA-MARA (PKJM) adalah merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pelajar Bumiputera cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama di dalam negara dan luar negara iaitu di negara Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat, India dan New Zealand dalam bidang-bidang berkaitan.

Ciri-ciri Biasiswa Khas JPA-MARA

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Senarai Bidang Pengajian Bagi Biasiswa Khas JPA-MARA

Terdapat beberapa bidang pengajian yang pihak JPA akan taja. Berikut adalah merupakan jenis senarai bidang pengajian yang disenaraikan oleh JPA:

  1. Bidang Pendidikan;
  2. Kejururawatan;
  3. Sijil Profesional untuk pelesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License);
  4. Kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP)
  5. Chartered Accountancy (CA).

Syarat Permohonan Biasiswa Khas JPA-MARA

Untuk permohonan, JPA telah menetapkan syarat umum dan syarat khusus sebagai kelayakan permohonan. Calon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  • Menduduki peperiksaan SPM tahun semasa buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan
  • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Syarat Khusus

Perincian syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti yang tertera pada lampiran yang disediakan. Untuk contoh syarat khusus, anda boleh menyemak pada lampiran daripada pihak JPA.

Cara Mohon Biasiswa Khas JPA-MARA

biasiswa khas jpa-mara

Bagi para calon lepasan SPM semasa yang berminat untuk menyambung pengajian dan mendapat tajaan biasiswa, anda boleh membuat permohonan dengan beberapa langkap dan kemukakan pada pautan rasmi JPA MARA dibawah:

Permohonan Biasiswa Khas JPA-MARA 2024

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di laman web MARA mulai 27 Mei 2024 (Isnin), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh
tersebut tidak akan diproses.

Berikut adalah merupakan jadual berkenaan permohonan biasiswa JPA 2024:

PerkaraMaklumat
Permohonan dibuka27 Mei 2024 (Isnin) | 2.00 petang
Permohonan ditutup9 Jun 2024 (Ahad) | 5.00 petang
Pengisian UKPP dan IBK27 Mei 2024 (Isnin) | 2.00 petang

9 Jun 2024 (Ahad) | 5.00 petang
Semakan Panggilan SAC19 Jun 2024 (Rabu) | 9.00 pagi

21 Jun 2024 (Jumaat) | 4.00 petang
Tempoh SAC24 Jun 2024 (Isnin) – 28 Jun 2024 (Jumaat)
Jangkaan Keputusan25 Julai 2024 (Khamis) | 12.00 tengah hari

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dan Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK) yang akan dibuka mulai 27 Mei 2024 (Isnin), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki
ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP & IBK dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA-MARA Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati