Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Guru, Bersara dan Rakan Sekerja atau Sahabat

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Guru, Bersara dan Rakan Sekerja atau Sahabat

Semak contoh pantun perpisahan yang menarik. Perpisahan sering kali menyentuh hati, terutamanya apabila melibatkan insan yang rapat dengan kita. Sama ada seorang guru yang mendidik dengan penuh kasih sayang, rakan sekerja yang akan bersara, atau sahabat karib yang akan berpisah, momen ini sering dipenuhi dengan kenangan indah dan rasa syukur.

Dalam budaya kita, pantun sering digunakan sebagai cara untuk menyampaikan perasaan dalam majlis perpisahan. Berikut adalah beberapa himpunan pantun perpisahan yang sesuai untuk guru, bersara, dan sahabat.

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Guru

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Guru

Berikut adalah merupakan contoh pantun perpisahan guru yang anda boleh guna:

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman;
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Mengait rambutan menggunakan galah,
Disimpan bersama buah berangan;
Walau sezarah silap dan salah,
Harap dimaafkan disimpan jangan.

Subuh hari memetik kangkung,
Kangkung dipetik bersama serai;
Setelah semusim kita berkampung,
Tiba masanya kita bersurai.

Pohon mempelam lebat berbuah,
Gugur sebiji di tepi tangga;
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Allah berjumpa juga.

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Persaraan

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Persaraan

Berikut adalah merupakan contoh pantun perpisahan persaraan yang anda boleh guna:

Kalau tidak karena unggas,
Tidaklah rusak padi disawah,
Kalaulah tidak karena tugas,
Tidaklah kita akan berpisah.

Tanjung sauh di pulau bintan,
Tempat berlabuh orang penyengat,
Berpisah jauh bercerai badan,
Sahabat handai tetap kuingat.

Gunung bintan lekuk ditengah,
Sayang penyengat kubunya tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi kusanjung kuingat juga.

Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur diujung dahan,
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi,
Puji syukur dan terimakasih kami ucapkan.

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Sahabat Atau Rakan Sekerja

Berikut adalah merupakan contoh pantun perpisahan sahabat atau rakan sekerja yang anda boleh guna:

Hati gembira bersama teman,
bersuka ria di bawah jambatan
jikalau kita diizinkan Tuhan
pasti bertemu dihari kemudian

Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai

Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Kalau menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri,
Kalau lah ada umur panjang,
Insya Allah kita kan berjumpa lagi.

Orang memangkas pohon salam,
Daunnya gugur habis ditutuh,
Akhir kata penutup salam,
Dipanjatkan doa, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pantun-pantun ini bukan sahaja indah, tetapi penuh makna dan perasaan yang mendalam, sesuai digunakan untuk majlis perpisahan sebagai tanda penghargaan dan kenangan yang akan selalu diingati.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati