Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan UTHM September 2024

Pengambilan Jawatan UTHM September 2024

Info terbaru mengenai jawatan UTHM september 2024. Jawatan kosong ini adalah merupakan satu jawatan terbaru di bawah sektor awam yang boleh dibuat permohonan oleh rakyat Malaysia dalam bulan september ini.

Makluman Jawatan UTHM September 2024

Jawatan UTHM September 2024

Maklumat jawatan kosong ini adalah tawaran jawatan minima PMR, SPM, Diploma dan Ijazah dengan taraf jawatan kosong adalah kontrak/tetap.

Berikut adalah merupakan senarai jawatan kosong UTHM yang dibuka bulan september 2024:

  1. Pegawai Penyelidik Gred Q41
  2. Pegawai Perubatan Gred UD43
  3. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
  4. Penolong Jurutera Gred JA29
  5. Jururawat Gred U29
  6. Penolong Pegawai Tadbir (Pengkhususan Penolong Artis Budaya) Gred N29
  7. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  8. Pembantu Akauntan Gred W19
  9. Juruteknik Komputer Gred FT19
  10. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19

Berikut adalah merupakan maklumat jawatan UTHM september 2024 yang dibuka :

MaklumatPenerangan
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Kelayakan AkademikSPM, Diploma dan Ijazah
PenempatanUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Tarikh Permohonan Jawatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) September 2024

Melalui iklan yang disiarkan dalam jawatan UTHM september 2024 dibuka bermula bulan september 2024 dan akan ditutup 22 september 2024 serta permohonan boleh dilakukan secara atas talian serta perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaku pihak majikan.

Skop Kerja Jawatan UTHM September 2024

Dibawah adalah merupakan senarai syarat kelayakan bagi jawatan kosong UTHM september 2024 seperti berikut:

Pegawai Penyelidik Gred Q41

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang berkaitan.

Pegawai Perubatan Gred UD43

  • Bertanggungjawab memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat, menyediakan laporan, menjalankan tugas-tugas on call dan menyampaikan ceramah-ceramah.

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

  • Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.

Penolong Jurutera Gred JA29

  • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori dan lain-lain.

Jururawat Gred U29

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan, serta menyokong unit-unit lain di Pusat Kesihatan Universiti seperti makmal, fisioterapi dan x-ray.

Penolong Pegawai Tadbir (Pengkhususan Penolong Artis Budaya) Gred N29

  • Mengurus aktiviti & kegiatan pelajar yang berteraskan Kreatif dan inovatif dengan melakukan penambahbaikkan berterusan untuk kecemerlangan pelajar.

Pembantu Kesihatan Awam Gred U19

  • Membantu PPKP dalam pemeriksaan dan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
  • Pematuhan tatacara penghantaran notis dan saman.
  • Penyimpanan dan rekod eksibit.
  • Membantu dalam penyediaan laporan secara berkala.

Pembantu Akauntan Gred W19

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.

Juruteknik Komputer Gred FT19

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

Penjaga Jentera Elektrik Gred J19

  • Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

    Bagi para pemohon, disarankan kepada anda untuk merujuk makluman lengkap daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sendiri di laman web rasmi mereka. Calon boleh mengetahui info dan kriteria maklumat jawatan yang ditawarkan kepada umum untuk permohonan.

    Semak Iklan Jawatan UTHM September 2024

    Pemohon boleh buat rujukan iklan lebih lanjut mengenai maklumat permohonan. Pastikan para pemohon merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) siaran iklan rasmi jawatan kosong:

    Setelah mengetahui info lengkap mengenai jawatan, para pemohon boleh mengemukakan permohonan jawatan UTHM september 2024 dengan kadar segera merujuk pada panduan dibawah.

    Cara Permohonan Jawatan UTHM September 2024

    Berikut adalah merupakan cara untuk mohon jawatan kosong UTHM september 2024:

    • Sila lengkapkan borang permohonan di pautan berikut di eperjawatan UTHM.
    • Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 september 2024 (Rabu) sebelum jam 3 petang.
    • Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui emel [email protected].

    TINGGALKAN KOMEN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    Cikgu Ahmad
    Cikgu Ahmad
    "It always seems impossible until it's done."

    Anda Mungkin Meminati