Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta
Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta! Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini menawarkan kursus Kecerdasan Buatan (AI) secara percuma melalui platform Massive Open Online Course (MOOC). Kursus ini dilengkapi dengan sijil pengiktirafan peserta, membolehkan individu dari pelbagai latar belakang untuk memperolehi pengetahuan mendalam tentang AI tanpa sebarang kos.

Program ini sangat bermanfaat bagi guru-guru, pelajar, dan profesional yang ingin meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi. SGO kongsikan secara terperinci tentang apa itu Kursus AI UTM, cara-cara permohonan, serta kelebihan yang ditawarkan.

Apa itu Kursus AI UTM?

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta
Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Kursus AI UTM adalah kursus dalam talian yang direka untuk memberikan pengenalan dan pemahaman mendalam tentang Kecerdasan Buatan. Ia ditawarkan oleh UTM melalui platform MOOC yang membolehkan akses pembelajaran secara fleksibel, bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kursus ini melibatkan tempoh pembelajaran sebanyak 5 jam kredit, di mana peserta akan menonton video pembelajaran, berinteraksi dengan rakan-rakan pelajar, dan menjawab kuiz untuk mengukuhkan pemahaman.

Di akhir kursus, peserta akan menerima sijil pengiktirafan rasmi daripada UTM, yang boleh digunakan sebagai bukti penguasaan dalam bidang AI.

Cara Permohonan Kursus AI UTM

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Sebagai alumni UTM, Mohd Faruze telah mempromosikan salah satu program UTM iaitu Massive Open Online Course (MOOC) dalam bidang AI. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon kursus ini:

  1. Buka laman web: Pergi ke pautan Kursus AI Pendidikan UTM.
  2. Klik butang “Join Now”: Pada halaman utama kursus, klik butang “Join Now” untuk memulakan proses pendaftaran.
  3. Sunting nama untuk sijil: Pada paparan welcome, pastikan untuk menyunting nama anda yang akan digunakan pada sijil.
  4. Klik “I agree”: Setuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan untuk memulakan pembelajaran.
  5. Klik “Start Learning”: Mulakan sesi pembelajaran dengan menekan butang “Start Learning”.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda akan dapat mengakses kursus AI secara percuma dan memulakan pembelajaran anda.

Kelebihan Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Permohonan Kursus AI UTM Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Berikut adalah merupakan beberapa kelebihan sekiranya anda buat permohonan kursus AI UTM:

  • Percuma: Tidak memerlukan sebarang bayaran, membolehkan sesiapa sahaja untuk belajar tanpa kos.
  • Fleksibel: Belajar bila-bila masa dan di mana sahaja sesuai dengan jadual anda.
  • Sijil Pengiktirafan: Menerima sijil rasmi daripada UTM sebagai bukti penguasaan dalam bidang AI.
  • Pengetahuan Mendalam: Kursus ini diajar oleh pensyarah berpengalaman seperti PM Dr Ts Zaida Tasir dan PM Dr Nurbiha A Shukor.
  • Pembelajaran Berkesan: Melibatkan video pembelajaran, kuiz, dan interaksi dengan pelajar lain untuk pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif.
  • Manfaat untuk Guru: Guru-guru boleh merekodkan pembelajaran ini dalam SPLKPM P06-Pembelajaran Kendiri dengan mata kredit 5 jam.

Dengan adanya kursus ini, anda tidak perlu merasa kerdil untuk berkongsi ilmu tentang AI dengan masyarakat. Sertai kursus ini dan jadilah sebahagian daripada revolusi AI!

“AI won’t replace educators, but it will replace educators who don’t use AI”.

Selamat mencuba!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati